Kenali Tanda Air Ketuban Kurang, Jaga-Jaga Ia Boleh Sebabkan Kecacatan & Kematian Janin!
Air ketuban kurang atau terlalu tinggi boleh mendatangkan beberapa komplikasi terhadap kehamilan dan merisikokan bayi dalam kandungan anda.
Air ketuban kurang atau terlalu tinggi boleh mendatangkan beberapa komplikasi terhadap kehamilan dan merisikokan bayi dalam kandungan anda.
Oleh itu, pemantauan yang teliti akan dilakukan oleh doktor anda setiap kali pemeriksaan pranatal dilakukan melalui ultrasound. Air ketuban atau cecair amniotik ini merupakan cecair yang melindungi dan meliputi janin dalam kandungan ibu yang hamil.
Ia akan menjadi petanda masalah apabila air ketuban kurang atau sedikit. Kondisi ini berlaku pada 1% ke 2% kehamilan. Kondisi ini diberi nama Oligohydramnios dan ia boleh memudaratkan janin anda. Untuk mengetahui apakah itu Oligohydramnios dan apakah pula fungsi dan kepentingan air ketuban ini, ikuti perkongsian mengenainya di dalam artikel ini.
Isi Kandungan
Apa Fungsi Air Ketuban Semasa Hamil
Air ketuban atau cecair amniotik ini merupakan cecair jernih yang mengelilingi bayi anda di dalam rahim sepanjang tempoh kehamilan. Di awal kehamilan, cecair amniotik ini mengandungi 98% air dan elektrolit atau mineral yang asalnya daipada cecair yang terdapat dari rongga badan, serum atau bahagian cecair darah anda.
Memasuki usia kehamilan ke-20 minggu, kebanyakan air ketuban ini akan dipenuhi oleh air kencing bayi anda serta rembesan dari paru-paru yang dikeluarkan selepas bayi anda bernafas dalam cecair amniotik.
Terdapat beberapa fungsi air ketuban iaitu :
- Melindungi janin di dalam rahim daripada tekanan di bahagian luar sama ada pukulan atau trauma secara tiba-tiba.
- Pengawalan suhu agar ia sentiasa sentiasa stabil dan normal untuk memastikan bayi dalam keadaan hangat.
- Membantu perkembangan paru-paru bayi.
- Memainkan peranan dalam perkembangan sistem penghadaman bayi disebabkan cecair yang ditelan semasa dalam rahim.
- Membantu perkembangan otot dan tulang bayi.
- Menghalang mana-mana bahagian anggota bayi daripada melekat antara satu sama lain.
- Memastikan bayi mendapat keperluan nutrisi, ruang dan oksigen yang mencukupi.
- Ia mengandungi antibodi yang membantu menghalang dan melawan penyakit.
Tanda Air Ketuban Kurang
Sangat penting untuk anda mengikuti semua pemeriksaan pranatal yang telah doktor jadualkan untuk anda bagi mengesan sebarang komplikasi berkaitan kehamilan terutamanya masalah air ketuban yang kurang.
Kebiasaannya, air ketuban kurang akan kerap terjadi pada trimester yang ketiga. Tetapi terdapat juga kejadian ia boleh berlaku pada awal kehamilan lagi.
Antara tanda tanda air ketuban kurang adalah seperti berikut:
- Tidak mencapai berat badan yang ideal atau cukup ketika kehamilan.
- Degupan jantung bayi yang turun beberapa saat secara tiba-tiba sebelum kembali normal.
- Jumlah cecair amniotik kurang yang dikesan melalui ultrasound.
- Keluar cecair dari faraj.
- Penurunan pergerakan janin mungkin menunjukkan tahap cecair amniotik yang rendah. Ini kerana cecair itu menyediakan kusyen untuk bayi dan membolehkan pergerakan.
- Ukuran rahim mungkin lebih kecil daripada yang dijangkakan untuk peringkat kehamilan disebabkan oleh penurunan jumlah cecair amniotik.
- Air ketuban yang rendah boleh menyebabkan fetal distress, yang mungkin dibuktikan dengan perubahan dalam kadar denyutan jantung bayi atau jalur pemantauan janin yang tidak normal.
- Air ketuban yang rendah boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan gatal, yang mungkin tidak selesa untuk ibu.
- Dalam sesetengah kes, ibu mungkin mengalami bengkak, terutamanya pada kaki dan kaki, akibat air ketuban yang rendah.
- Air ketuban yang rendah juga boleh menyebabkan kesukaran bernafas, yang mungkin merupakan tanda komplikasi yang lebih teruk.
Air ketuban banyak pula adalah keadaan kehamilan di mana terdapat terlalu banyak cecair amniotik mengelilingi bayi dalam rahim. Cecair amniotik tambahan ini cenderung untuk terkumpul secara perlahan-lahan semasa separuh kedua kehamilan.
Jika ibu hamil mencari maternity belt yang berkualiti dan berbaloi, ibu boleh cuba yang ini.
Ujian Air Ketuban Semasa Hamil
Ketika hamil anda akan membuat pemeriksaan ultrasound untuk memantau tahap perkembangan dan kesihatan bayi dalam kandungan.
Pada waktu pemeriksaan ultrasound ini doktor akan membuat pemeriksaan berkaitan dengan paras atau jumlah air ketuban anda melalui beberapa kaedah atau cara. Termasuklah Indeks cecair amniotik (AFI) serta ukuran kedalaman poket.
Melalui ujian ini, doktor akan menganggarkan jumlah isipadu air ketuban dengan cara mengukur poket cecair yang boleh dilihat di sekeliling janin semasa ultrasound dilakukan. Jika anda mengalami masalah mengenainya atau sedang mengandungkan bayi kembar, ujian ini akan lebih kerap dilakukan.
Oligohydramnios Punca Komplikasi Ibu Hamil
Oligohydramnios adalah satu kondisi air ketuban yang kurang. Terdapat beberapa pendapat daripada pakar perubatan bahawa tiada kesan negatif terhadap kesihatan bayi dan ibu tetapi ia bukanlah satu jaminan.
Kondisi ini telah menunjukkan bahawa ia boleh menyebabkan janin dalam kandungan cacat, gugur atau yang paling teruk, meninggal dunia di dalam perut ibu.
Ia disebabkan air ketuban adalah sangat penting di dalam aspek pertumbuhan, perkembangan dan pergerakan bayi. Jika air ketuban menjadi sedikit atau kurang di dalam kandungan, ia mungkin akan berlaku komplikasi kehamilan dan kelahiran.
Punca Air Ketuban Kurang
Salah satu punca utama bagi air ketuban kurang ialah kebocoran air itu. Air ketuban bocor dan mengalir keluar melalui lubang faraj si ibu. Tetapi tetaplah berhati-hati kerana air ketuban pecah juga bermaksud bayi anda sudah bersedia untuk dilahirkan.
Tambahan juga, kehamilan yang sudah memasuki usia minggu ke-20 juga menjadi punca air ketuban kurang kerana pada masa ini air kencing bayi akan keluar lebih drastik. Air kencing janin boleh berkurang disebabkan faktor-faktor tersebut.
- Masalah pada buah pinggang janin. Kerosakan buah pinggang akan menghalangkan penghasilan air kencing dan air ketuban.
- Masalah pada pundi kencing janin. Masalah pundi kencing juga menjadi masalah apabila ia memerangkap pengeluaran air kencing dan air ketuban.
- Masalah pada plasenta janin. Ia menyebabkan bayi terima lebih sedikit air, nutrien dan oksigen daripada tali pusat yang bersambung dengan ibunya.
Apa Yang Ibu Perlu Lakukan Ketika Berdepan Masalah Air Ketuban Sikit
Kekurangan cairan amniotik boleh menjejaskan tangan, kaki, paru-paru dan anggota badan si kecil. Ia boleh menyebabkan kecacatan kepada anak anda.
Oleh itu, anda perlu ketahui langkah-langkah untuk menambah air ketuban supaya masalah ini dapat dielakkan. Para ibu wajib tahu!
- Suntikan cecair amniotik. Jika kekurangan air ketuban, doktor akan suntik dengan cecair amniotik supaya dapat meningkatkan tahap cecair amniotik dalam rahim.
- Kerap minum air kosong. Ini adalah salah satu cara yang mudah untuk meningkatkan tahap bendalir amniotik. Tidak ambil banyak masa pun. Jadikan ia satu kebiasaan.
- Jangan minum minuman beralkohol. Anda perlu elak minum minuman air keras semasa hamil ia tidak bagus untuk janin dalam kandungan anda. Ia menyebabkan hidrasi dalam badan.
- Lakukan senaman ringan. Senaman boleh membantu anda dengan meningkatkan aliran darah di bahagian tubuh anda. Tetapi, anda perlu bersenam atas panduan dan nasihat doktor pakar. Jangan membuat pergerakkan yang berketerlaluan.
Air ketuban kurang atau dipanggil oligohydramnios boleh menyebabkan kesan yang serius dan bahaya terhadap janin anda. Oleh itu, anda perlu sentiasa berhati-hati dengan pergerakkan anda dan sentiasa ikut nasihat-nasihat doktor anda sekiranya kandungan menunjukkan tanda air ketuban kurang.
Kami mendoakan agar anda dan anak anda dalam kandungan sentiasa dalam keadaan yang selamat dan sihat. Semoga bermanfaat.
- www.webmd.com (2020, Disember 15) Amniotic Fluid Volume Assessment www.webmd.com/baby/amniotic-fluid-volume-assessment
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bahaya Air Ketuban Keruh, Jika Tak Dikesan Awal, Ia Mendatangkan Risiko Pada Janin!
Baca juga: Jangan Panik Bila Air Ketuban Pecah! Ini Yang Anda Patut Lakukan