X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Main Bowling Ketika Hamil, Ini Panduan & Tips Keselamatan Untuk Elak Komplikasi Pada Kandungan

6 min bacaan
Main Bowling Ketika Hamil, Ini Panduan & Tips Keselamatan Untuk Elak Komplikasi Pada Kandungan

Bowling ketika hamil adalah aktiviti yang berimpak rendah. Namun ibu perlu mengendalikan dengan cara yang betul ketika mengangkat bola boling

Semasa kehamilan, tentunya anda akan mula berasa ragu-ragu adakah anda masih lagi berpeluang bermain bowling sama seperti sebelum mengandung. Tambahan lagi jika aktiviti ini merupakan rutin dan ia adalah sukan utama yang anda lakukan.

Andai kata boleh, bagaimana pula caranya? Tentu berbeza situasi bermain semasa hamil berbanding sebelum ini?

Tetapi jika meneruskannya pula, rasa risau mula menjengah di minda tambah-tambah lagi bila memikirkan soal keselamatan bayi yang berada dalam kandungan.

▲▼Isi Kandungan

  • Main bowling ketika hamil
  • Panduan ibu mengandung main bowling
  • Tanda bahaya ibu hamil main boling
  • Perkara perlu dielakkan bila main boling

Main bowling ketika hamil

Bowling merupakan sukan atau kegiatan di mana seorang pemain akan mengguling atau melemparkan bola menuju sasaran.

Ia merupakan jenis olahraga yang menyeronokkan dan mampu melegakan tekanan dalam diri. Bagi anda yang selalu bermain bowling, tentunya akan berasa sukar untuk menghentikan rutin ini tatkala hamil.

main boling

Sukan bowling merupakan jenis aktiviti yang berimpak rendah. Ia sangat digemari ramai kerana sifatnya yang lebih kepada relaks dan kurang tekanan.

Bagi ibu hamil mungkin sedikit ralat kalau aktiviti yang sangat digemari dan kerap bermain sebelum kehamilan lagi, tidak dapat diteruskan ketika hamil. Sebenarnya anda masih mampu melakukan aktiviti yang menyeronokkan ini.

Jika sebelum hamil anda kerap bermain boling, anda juga tetap boleh teruskannya ketika hamil. Tetapi terdapat sedikit perbezaan tatkala anda melakukannya semasa kehamilan disebabkan terdapat banyak perubahan yang berlaku.

Adalah sangat disyorkan untuk anda meneruskan aktiviti dan rutin harian selagi mana ia tidak menjejaskan dan mendatangkan mudarat kepada anda dan juga bayi dalam kandungan.

Namun perlu diingat, walaupun aktiviti ini memberi kesan yang minimum, tetapi anda perlu mengendalikannya dengan cara yang betul dan selamat terutama ketika ingin mengangkat bola bowling.

Apatah lagi tatkala anda ingin melontarkannya, pastikan keseimbangan tubuh anda adalah stabil dan postur badan selesa serta betul kaedahnya sebelum melontarkan bola bowling tersebut. Ini bagi memastikan anda tidak mengalami sebarang kecederaan dan terjatuh ketika melakukannya.

Malah, sekiranya anda mempunyai sebarang masalah perubatan atau masalah mengenai kehamilan anda, contohnya seperti preeklampsia, penyakit jantung, plasenta previa atau pun kelahiran pramatang, sedang mengandung anak kembar, adalah lebih baik sekiranya anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sama ada anda boleh teruskan bermain boling atau pun tidak.

Doktor akan terangkan apakah aktiviti terbaik yang boleh anda lakukan berdasarkan keadaan dan peringkat kehamilan anda.

Panduan ibu mengandung main bowling

cara selamat main boling

Perlu diingat bahawa, sewaktu hamil sendi dan ligamen anda akan menjadi lebih longgar manakala pusat graviti anda akan berubah.

Ketika bermain boling, anda perlu membuat gerakan badan dan juga mengimbangkan tubuh anda dan dalam masa yang sama perlu menampung berat bola di mana semua ini secara tak langsung boleh menegangkan belakang tubuh anda serta ligamen-ligamen lain.

Jadi, sekiranya anda ingin bermain bowling, langkah berjaga-jaga serta aspek keselamatan diri perlu dititikberatkan dan gunakan kaedah yang betul untuk melakukannya.

#1. Guna cara yang betul

Waspada dan berhati-hati dengan tekanan di bahagian belakang tubuh anda semasa mengangkat dan membaling bola.

Pastikan semasa anda mengambil, mengangkat dan membaling bola tersebut, anda telah pun memerhatikan dengan teliti kedudukan serta pergerakan badan anda terlebih dahulu.

Ketika anda bergerak secara berbolak balik, pastikan belakang anda lurus dan lutut dibengkokkan.

Seandainya, ketika ingin membaling bola anda mendapati terdapat mana-mana bahagian tubuh yang mengalami sakit, anda perlu melaraskan cara melakukannya atau segera berhenti dan berehat seketika.

Lebih baik sekiranya anda memperlahan gerakan tubuh terutamanya ketika membuat pemanasan badan.

#2. Hati-hati dengan berat bola

Pilihan yang terbaik adalah memilih bola yang lebih ringan berbanding biasa dan pastikan juga bola yang dipilih itu membuat anda berasa selesa untuk digunakan.

Untuk langkah keselamatan, anda boleh menggunakan tali pinggang kehamilan untuk mengurangkan tekanan di bahagian belakang tubuh anda.

#3. Kuatkan bahagian atas tubuh

Semakin perut anda membesar semakin banyak kekuatan yang diperlukan di bahagian atas badan untuk berbolak balik tanpa menggunakan punggung serta bahagian tubuh yang lain.

Oleh itu, bagi anda yang ingin kesempurnaan dalam bermain boling, anda perlu melakukan senaman ringan dalam rutin anda bagi mendapatkan stamina yang kuat dan kekal cergas.

Malah senaman juga mampu menguatkan otot yang anda perlu gunakan ketika bermain boling dan dapat mengelakkan serta mengurangkan risiko kecederaan.

#4. Lakukan secara perlahan

Perubahan pusat graviti disebabkan perut yang semakin membesar semasa kehamilan amat menyukarkan anda untuk menyeimbangkan tubuh badan.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Malah, bergerak dengan laju juga boleh menyebabkan anda mudah terjatuh atau tergelincir terutama ketika membaling bola. 

Pilihan terbaik adalah mengehadkan dan memperlahankan rentak semasa bermain boling amat membantu situasi keseimbangan anda semasa kehamilan ini.

Malah, anda juga perlu ambil perhatian dan sentiasa ingatkan diri, landasan boling adalah licin kerana bola boling perlu bergerak dengan baik dan tanpa sekatan, ini bermaksud anda perlu elakkan diri dan berhati-hati agar tidak melintasi garisan landasan atau lorong tersebut.

Tanda bahaya ibu hamil main boling

berehat main boling

Tidak seperti sebelum hamil, tekanan kepada keadaan tubuh anda adalah sedikit berbeza ketika hamil.

Jika sebelum ini, anda dapat melakukan segala aktiviti tanpa had waktu, tetapi di saat anda hamil segalanya akan membataskan pergerakan anda. Anda akan mudah berasa letih, stress dan kekejangan di beberapa anggota tubuh terutamanya di bahagian kaki.

Sama juga seperti bermain boling, pergerakan tubuh anda lebih banyak tertumpu kepada kaki dan belakang badan.

Tambah-tambah lagi ketika sedang hamil, tekanan pada tubuh adalah sangat tinggi. Oleh itu, sangat penting untuk anda berhenti melakukannya sekiranya mula berasa letih atau mengalami sebarang kesakitan. Rehatkan diri anda secukupnya. 

Jika anda mengalami pendarahan faraj, sakit perut, kontraksi yang berterusan selepas berehat, terdapat cecair yang bocor dari faraj, atau gejala-gejala lain sila hubungi doktor anda segera.

Perkara perlu dielakkan bila main boling

  • Jangan bebankan tubuh anda dengan memilih bola yang berat. Perlu diingat bahawa semasa kehamilan sendi dan ligamen tubuh anda adalah longgar.
  • Jika pergerakan yang anda lakukan memberi kesan kepada sendi, berhenti lakukannya.
  • Berhati-hati ketika membaling bola kerana lorong mempunyai minyak untuk melicinkannya.
  • Jangan pakai pakaian ketat yang menambahkan lagi kesukaran anda untuk bergerak malah menghadkan pernafasan dan membuatkan anda berasa tidak selesa.
  • Elakkan meletak jari di dalam lubang bola sebelum anda mengangkatnya. Ini akan memberi tekanan pada jari jika mengangkatnya lebih awal dengan jari anda. Pastikan anda mengangkat bola dengan kedua tangan terlebih dahulu.
  • Jangan membuat gerakan yang melampau. Pergerakan yang tidak natural dan seolah dipaksa memberikan tekanan kepada sendi dan tendon.
  • Tunggu sehingga bola kembali barulah anda menyeluk tangan ke dalam rak.
  • Berhenti bermain jika anda mula berasa tidak selesa.

Oleh itu sentiasalah bersikap berwaspada dan berhati-hati ketika bermain boling atau apa jua jenis sukan semasa kehamilan.

  1. babycenter.com (2021, Julai 8) Is bowling during pregnancy safe? www.babycenter.com/pregnancy/diet-and-fitness/is-it-safe-to-bowl-while-im-pregnant_1246876

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Adakah perbuatan melompat seperti ini bahaya untuk bayi dalam kandungan?

Baca juga : Berenang Adalah Senaman Yang Paling Baik Semasa Mengandung

Baca juga : 5 Sebab Kenapa Anda Tidak Perlu Risau Untuk Berenang Semasa Hamil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nur Syazwani

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Main Bowling Ketika Hamil, Ini Panduan & Tips Keselamatan Untuk Elak Komplikasi Pada Kandungan
Kongsikan:
  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham