X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ciri-Ciri Air Ketuban Yang Ibu Mengandung Perlu Tahu Supaya Tidak Keliru Dengan Keputihan Ketika Hamil

4 min bacaan
Ciri-Ciri Air Ketuban Yang Ibu Mengandung Perlu Tahu Supaya Tidak Keliru Dengan Keputihan Ketika Hamil

Ibu hamil perlu peka ciri-ciri air ketuban dan bezanya dengan keputihan supaya tidak mudah panik jika tiba-tiba anda rasa sesuatu yang ganjil pada vagina.

Masalah keputihan yang ketika hamil adalah perkara yang sering dialami. Keputihan yang terlalu banyak kadang kala menyebabkan ibu hamil boleh terkeliru malah risau jika ia air ketuban. Jadi kali ini, kami kongsikan ciri-ciri air ketuban supaya ibu hamil lebih tahu perbezaannya.

Ada kes berlakunya lelehan air ketuban, tetapi tidak disedari ibu hamil kerana menganggapnya sebagai keputihan kerana dia memang mengalami masalah keputihan yang banyak.

Namun, perkara ini seharunya diberi perhatian kerana kebocoran air ketuban boleh berlaku dan ia juga boleh mendatangkan bahaya kepada si ibu dan kandungannya.

Ciri-ciri air ketuban & bezanya dengan keputihan

Ciri-Ciri Air Ketuban

Air ketuban atau nama lainnya cecair amniotik dihasilkan oleh beberapa sumber seperti membran amniotik dan juga air kencing bayi. Kuantiti air ketuban kebiasaannya diukur melalui imbasan ultrasound pada empat bahagian kandungan yang juga dikenali sebagai penilaian cecair amniotik (AFI).

Jika kuantiti air ketuban berkurang, antara risikonya adalah dikhuatiri boleh berlaku kecacatan pada janin.

Air ketuban dihasilkan daripada cecair plasma ibu dan disalurkan pada bayi melalui membran amniotik mengunakan proses osmosis. Ketika janin mencapai usia 16 minggu ke atas, air kencing yang dihasilkan oleh janin juga menyumbang kepada air ketuban.

Pada awal kandungan, air ketuban diserap melalui liang kulit dan juga tisu janin. Setelah janin mencecah usia 20 minggu ke atas, janin akan menelan air ketuban dan masuk ke saluran pemakanan. Regulasi seperti ini penting bagi memastikan kuantiti air ketuban normal.

Air ketuban dan keputihan pada umumnya memiliki ciri yang lebih kurang sama iaitu jernih dan tidak berbau. Namun, ada beberapa perbezaan air ketuban dan keputihan ketika hamil.

Ciri-ciri air ketuban

Apabila cairan yang keluar dari vagina adalah air ketuban, tanda-tandanya adalah:

  • Air jernih
  • Tidak berbau
  • Rasa air menitis sedikit demi sedikit atau terlalu banyak/laju
  • Mengalir ke bahagian paha dan terangat hangat/suam
  • Seluar dalam tiba-tiba basah
  • Ada perasaan seperti ‘letupan kecil’ seperti ‘pop’ dan seluar dalam atau seluar/kain yang dipakai basah
  • Rasa seperti darah haid yang mengalir dari vagina
  • Rasa memulas
  • Tiada rasa sakit langsung

Ciri-ciri keputihan

Ciri-Ciri Air Ketuban

Keputihan atau lelehan lendir yang keluar daripada faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara wanita. Biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan.

Jika keputihan tidak berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan. Pangkal uterus juga mengeluarkan lendir dengan tujuan mencantumkan benih lelaki (sperma) dan perempuan (ovum) dalam proses persenyawaan.

Lendir dikeluarkan menghasilkan tenaga dan makanan kepada sperma bagi tempoh persenyawaan berlaku.

Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, perlu jalani ujian lumuran pap dan pemeriksaan pelvis. Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon dan perubahan mental, jangkitan, ubatan dan penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi hormon.

Keputihan dianggap bermasalah seandainya ia keluar terlalu banyak, berbau busuk, hanyir dan menyebabkan bahagian sulit berasa gatal atau radang.

Apabila cairan yang keluar adalah keputihan yang banyak, ia berbeza dengan air ketuban. Tanda-tandanya termasuklah:

  • Ia berwarna jernih, tetapi ada keputihan yang berwarna putih seperti krim
  • Berlendir dan berbau ringan
  • Apabila mengering, keputihan akan meninggalkan kesan kekuningan di atas pakaian dalam

Risiko sekiranya air ketuban berkurang

Ciri-Ciri Air Ketuban

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Sekiranya air ketuban berkurang, ada banyak risiko yang bakal terjadi terutamanya kepada bayi dalam kandungan ibu. Antaranya termasuklah:

  1. Kematian janin dalam kandungan ataupun ketika dilahirkan
  2. Air ketuban yang kurang akan menyebabkan janin sukar bergerak
  3. Bayi juga boleh mengalami kecacatan terutamanya pada tangan dan kaki akibat daripada mampatan dalam rahim
  4. Menyebabkan proses kematangan paru-paru terbantut
  5. Menyebabkan perkembangan janin terbantut ataupun terhalang
  6. Menyukarkan proses beranak yakni tali pusat boleh terbelit

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Anda Rasa Air Ketuban Pecah? Jangan Panik, Ini 3 Benda Anda Harus Buat

Baca juga: Air Ketuban Pecah, Perlukah Terus Ke Hospital?

Baca juga: Selain Makan Buah Tembikai, Ini 7 Cara BERKESAN Menambah Air Ketuban Ketika Hamil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Ciri-Ciri Air Ketuban Yang Ibu Mengandung Perlu Tahu Supaya Tidak Keliru Dengan Keputihan Ketika Hamil
Kongsikan:
  • Bila Ibu Boleh Mula Dengar Degupan Jantung Bayi & Berapa Kadar Denyutan Normal?

    Bila Ibu Boleh Mula Dengar Degupan Jantung Bayi & Berapa Kadar Denyutan Normal?

  • Anda Sedang Hamil? Pastikan Syampu Rambut Anda Tidak Mengandungi 4 Bahan Ini

    Anda Sedang Hamil? Pastikan Syampu Rambut Anda Tidak Mengandungi 4 Bahan Ini

  • Maksud Nama Anak Perempuan & Lelaki Bermula Huruf Y Yang Unik Serta Menarik

    Maksud Nama Anak Perempuan & Lelaki Bermula Huruf Y Yang Unik Serta Menarik

  • Bila Ibu Boleh Mula Dengar Degupan Jantung Bayi & Berapa Kadar Denyutan Normal?

    Bila Ibu Boleh Mula Dengar Degupan Jantung Bayi & Berapa Kadar Denyutan Normal?

  • Anda Sedang Hamil? Pastikan Syampu Rambut Anda Tidak Mengandungi 4 Bahan Ini

    Anda Sedang Hamil? Pastikan Syampu Rambut Anda Tidak Mengandungi 4 Bahan Ini

  • Maksud Nama Anak Perempuan & Lelaki Bermula Huruf Y Yang Unik Serta Menarik

    Maksud Nama Anak Perempuan & Lelaki Bermula Huruf Y Yang Unik Serta Menarik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.