Air Nabeez, Air Rendaman Kurma Yang Mampu Kekalkan Tenaga Ketika Berpuasa

Air Nabeez atau air rendaman kurma mampu membekalkan tenaga sepanjang hari ketika berpuasa. Anda disaran ambil ketika waktu sahur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada tahun ini, seluruh masyarakat Islam menyambut bulan puasa Ramadhan dalam cuaca yang terik dan panas. Bukan itu sahaja, sesi persekolahan juga baru bermula. Ibu perlulah sediakan air nabeez bagi membekalkan tenaga buat seisi keluarga.

Buah kurma segar amat sinonim dengan bulan Ramadhan. Ia menjadi makanan sunnah Rasulullah dan memiliki pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh badan.

Air nabeez atau air rendaman kurma

Menurut perkongsian seorang doktor, Mazliana Mazlan, air nabeez atau rendaman air kurma adalah minuman tenaga yang sebenar untuk anak-anak puasa.

Air nabeez kurma ini perlu diambil ketika sahur. Bukan beri anak minum air coklat, milo kosong, air bijirin dan bukan air manis.

Air rendaman kurma ini adalah air tenaga yang saya tak tinggal minum bila berpuasa waktu mengandung dan menyusu dulu.

Saya pernah mengandung, mengandung dan menyusu dalam tahun yang sama, menyusu dua anak dalam tahun yang sama waktu Ramadhan.

Alhamdulillah alhamdulillah, Allah izin dengan ikhtiar amalkan air nabeez, saya dapat jaga waktu puasa Ramadhan dari Subuh hingga Maghrib, dengan izinNya.

Waktu tak mengandung dan menyusu pun, saya masih minum rendaman air kurma sebagai sumber tenaga bila berpuasa. Bagi anak dan suami kita minum air nabeez juga. Satu keluarga lah senang cerita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Air yang beri tenaga berpanjangan sampai waktu berbuka, dengan izinNya.

Cara buat air kurma nabeez

Air nabeez kurma atau kismis adalah air yang jadi amalan Rasullullah SAW. Apa yang Nabi buat, tak ada satu pun yang sia-sia kan. Apa yang Rasulullah tunjukkan, semuanya bawa manfaat untuk ummat kan?

Kita boleh cuba buat dan rasai perbezaannya selepas ambil nabeez kurma ini.

Anda tengok gambar ya. Saya kongsi satu persatu cara buat nabeez kurma supaya anda pun boleh buat kat rumah malam nanti. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Rendam kurma segar berserta biji.
  2. Ambil 3, 5 atau 7 biji kurma, carikkan.
  3. Masuk dalam jug, tambah air, ikut keperluan keluarga kita minum banyak mana.
  4. Buat waktu malam, tinggalkan air kurma ini pada suhu bilik.
  5. Minum air kurma nabeez waktu sahur. Buat untuk minum satu hari sahaja.

Air rendaman kurma antara air minuman yang disukai Rasulullah

Air Nabeez merujuk kepada air minuman yang direndam buah kurma dalamnya selama semalaman dan kemudian diminum keesokan harinya.

Bagi anda yang baru pertama kali mengambil air minuman kurma ini, ada beberapa fakta menarik mengapa ia menjadi minuman kesukaan Rasulullah SAW.

Menurut sumber, air rendaman kurma ini merupakan air yang sering diminum oleh Rasulullah SAW. Kini, kita kerap melihat orang-orang Barat mempopularkan air rendaman atau infused water ini. Walhal, ia sudah wujud sejak zaman Nabi kita lagi.

Menurut riwayat Imam Muslim, Aisyah pernah berkata:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Kami biasa membuat perahan untuk Rasullulah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di petang hari, atau membuat rendaman di petang hari dan meminumnya di pagi hari.” (H.R Muslim)

Manfaat air Nabeez sebagai minuman kesihatan

Mari kami kongsikan manfaat air Nabeez ini untuk kesihatan diri.

  • Meningkatkan kesihatan menyeluruh dengan sifat alkali. Salah satu ciri penting khasiat air nabeez ialah ianya bersifat alkali dan ia boleh membantu menstabilkan pH dalam badan seseorang. Air rendaman kurma bagus untuk tujuan penyingkiran toksin dari badan kerana ia boleh bertindak sebagai detoks juga.
  • Baik untuk sistem penghadaman. Khasiat air nabeez juga kaya dengan serat, rendaman air kurma ini bagus untuk sistem penghadaman dan ia juga boleh mengurangkan rasa lapar ketika berpuasa kerana kandungan serat berkenaan yang tinggi.
  • Membekalkan tenaga. Kandungan gula semulajadi (fruktosa) dalam buah kurma dapat memberi kita tenaga ketika bulan puasa agar dapat menjalani hidupan seharian tanpa rasa lemah dan tidak bermaya.
  • Dapat mengurangkan masalah alahan. Buah kurma juga mempunyai sulfur di dalamnya yang dapat mengurangkan masalah alahan seperti rhinitis. Dengan manfaat air nabeez, tidak mustahil untuk anda atau ahli keluarga mengurangkan simptom alahan seperti bersin, hidung, berair dan tersumbat atau sakit kepala dapat dikurangkan.
  • Mengelakkan sembelit. Seperti yang dikongsi awal tadi, air rendaman kurma atau air nabeez kurma dapat membantu sistem penghadaman kerana kandungan serat yang tinggi dalam kurma. Ini sekaligus membantu mengurangkan masalah sembelit yang dihadapi.

Bolehkah minum air nabeez setiap hari?

Bagi anda yang tertanya bolehkah minum air nabeez setiap hari? Sebenarnya tiada batas waktu pengambilan minuman kesihatan ini.

Ia tidak terhad untuk diamalkan ketika bulan puasa sahaja. Ibu ayah dan seisi keluarga boleh mengambilnya setiap pagi sebelum pergi ke sekolah mahupun tempat kerja.

Banyak testimoni dan orang kongsikan pengalaman mereka amalkan air nabeez kurma ini mengatakan mereka jadi kurang letih dan kekal bertenaga sepanjang hari.

Air nabeez kurma ini juga boleh boleh diubah suai dan ditambah dengan susu / yogurt untuk dijadikan sebagai smoothie.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi kalau buat dengan air susu, kena letakkan dalam peti sejuk bagi mengelakkan susu rosak jika dibiarkan semalaman dekat luar. Atau rendam kurma dalam bilangan ganjil dalam air masak, esok nak minum barulah tambah dengan susu dan goncang-goncang sedikit supaya lebih ”mesra”.

Pantang larang air nabeez kurma

Seorang pengguna Facebook, Hanis Zulaika, ada beberapa pantang larang ketika buat air nabeez kurma ini. 

#1. Tidak boleh campurkan kurma dan kismis sekaligus

Anda hanya boleh memilih salah satu buah sunnah sahaja pada satu masa. Misalnya, tidak boleh campurkan kurma dan kismis untuk membuat air nabeez.

Jika perlu, kena buat dalam dua bekas yang berasingan iaitu satu untuk air nabeez kurma dan satu lagi air minuman nabeez kismis.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara saya mudah sahaja. Minggu pertama saya buat rendaman air kurma. Minggu kedua barulah tukar kepada nabeez kismis (itupun kalau ada stok kismis, kalau tiada guna sahaja kurma sampai hujung bulan Ramadhan).

#2. Elakkan minum air yang sudah tiga hari

Rendaman air kurma jika disimpan dalam peti sejuk boleh bertahan satu hingga dua hari sahaja. Masuk hari ketiga, rasanya sudah tidak sedap.

Anda dilarang minum air nabeez kurma atau kismis apabila sudah 2-3 hari. Hal ini kerana air rendaman kurma atau kismis yang dibiarkan melebihi 2-3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula.

Kesannya, nabeez kismis atau kurma itu sedang dalam proses menjadi arak dan haram diminum.

#3. Lebih baik buat setiap hari

Bagi mengelakkan perkara sedemikian berlaku, anda dinasihatkan untuk buat nabeez kurma setiap hari sebelum tidur. 

Buah kurma wajib ada di dalam rumah

Terlalu banyak khasiat kurma yang menjadi sunnah Rasullah saw. ini.

Rasulullah bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”.

Rasa kurma yang manis dan teksturnya yang lembut menjadikan ia tidak terhad kepada kegemaran umat Islam sahaja. Malah, kurma menjadi snek yang sedap bagi rakyat serata dunia.

Kurma berupaya untuk membekalkan pelbagai jenis nutrisi penting dan ia juga merupakan sumber potasium. 

Kandungan kurma apabila dikeringkan sebenarnya hanyalah lebih kurang 80% gula sahaja. Namun, nutrien lain yang terdapat dalam kurma iaitu 20% yang tinggal terdiri daripada protein, serat, dan juga baki mineral seperti magnesium, zink, flourin, karbon dan juga boron.

Oleh sebab itu, kurma bukan sahaja sedap untuk dimakan malah ia juga penuh dengan khasiat dan nutrien yang amat diperlukan pada bulan Ramadhan. Semoga bermanfat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Ini Kadar Bayaran Fidyah Ikut Negeri Tahun 2023

Baca juga: Stok Makanan ‘Wajib’ Ibu Mengandung & Menyusu, Bantu Bekal Tenaga Ketika Puasa

Baca juga: Pakar Laktasi Kongsi Tips Puasa Penuh Ibu Menyusu Badan, Tidak Perlu Qada Tahun Depan!