TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Bapa Bunuh Anak Usia 40 Hari Selepas Isteri Tolak Ajakan Seks Ketika Berpantang!

13 Aug, 2020
Bapa Bunuh Anak Usia 40 Hari Selepas Isteri Tolak Ajakan Seks Ketika Berpantang!

Difahamkan, isterinya menolak ajakan untuk mengadakan hubungan seks kerana dia masih dalam pantang selepas melahirkan bayi mereka.

Entah apa yang merasuk lelaki ini hingga sanggup bunuh anak sendiri yang berusia 40 hari hanya kerana ajakan  seks ditolak isteri. Dasar ketagih seks!

Difahamkan, isterinya menolak ajakan untuk mengadakan hubungan seks kerana dia masih dalam pantang selepas melahirkan bayi mereka.

Lelaki itu tidak dapat menerima kenyataan dengan alasan isterinya yang masih dalam pantang dan menolak ajakan untuk mengadakan hubungan seks.

Ajakan seks ditolak isteri, bapa bunuh anak usia 40 hari 

ajakan seks

Menurut laporan Harian Metro, berang ajakannya ditolak, lelaki itu kemudian mencekik dan memukul anaknya. Wanita berkenaan mencuba sedaya upaya melindungi anaknya, namun pukulan lelaki berkenaan terkena kepala anaknya yang menyebabkan bayi itu tidak sedarkan diri. 

Sebelum kejadian, wanita berkenaan juga ada menegurnya yang terus mencium anak selepas menghisap rokok.

Wanita itu kemudia ke dapur untuk memasak sebelum mendengar tangisan bayinya, apabila dijengah lelaki berkenaan sedang mencekik bayinya pula namun berjaya dihalang.

Kemuncak kepada kejadian itu apabila suaminya meminta mengadakan hubungan seks tetapi ditolak atas alasan sedang berpantang yang menyebabkan lelaki itu bertindak di luar kawalan. 

Kejadian yang berlaku di Palembang, Indonesia itu menyebabkan lelaki berkenaan ditahan polis dan dia berdepan  tuduhan di bawah akta perlindungan kanak-kanak yang memperuntukkan hukuman maksimum 15 tahun penjara.

Bilakah waktu yang sesuai untuk seks selepas bersalin?

ajakan seks

Secara amnya anda perlu menunggu sehingga sebarang pendarahan selepas bersalin (lokia) atau darah nifas anda berhenti, iaitu biasanya kira-kira tiga minggu selepas bersalin.

Luka yang berlaku dalam rahim akibat uri (plasenta) keluar daripadanya masih dalam proses penyembuhan. Jika anda mengadakan seks sebelum pendarahan berhenti, anda boleh mengalami jangkitan.

Setiap orang adalah berbeza. Kebanyakan ibu di Malaysia menunggu sehingga habis tempoh berpantang. Namun begitu, tidak ada waktu yang ditetapkan bila anda seharusnya mula memikirkan tentang seks semula.

Apa yang penting ialah tunggu sehingga anda sedia dari segi fizikal dan mental.

Ada juga pasangan yang mula mengadakan seks semula dalam bulan pertama selepas si ibu bersalin, tetapi kira-kira separuh daripada pasangan menunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu kerana kebanyakan wanita mengalami kekoyakan atau episiotomi.

Menjelang tiga bulan, kebanyakan pasangan telahpun cuba mengadakan seks semula, namun sesetengahnya lebih suka menunggu sehingga selepas enam bulan.

Tips tentang seks selepas bersalin

ajakan seks

  • Cuba berpeluk-pelukan dan bermesra dahulu supaya anda akan beransur-ansur selesa disentuh secara seksual semula.
  • Lakukan perlahan-lahan. Bersentuhan dan berciuman tanpa mengharapkan ia akan menjurus kepada seks penetratif.
  • Jika anda gementar atau resah, atau bimbang ia akan menyakitkan, anda tidak akan rasa terangsang. Maka seks akan jadi tidak selesa kerana faraj anda tidak cukup basah.
  • Cuba gunakan jeli pelincir jika bahagian perineal anda rasa sensitif kerana ini boleh membuatkan seks lebih selesa. Jangan guna pelincir berasaskan minyak jika anda menggunakan kondom kerana ini boleh membuatkan kondom bocor. Pelincir juga akan membantu menyelesaikan masalah kekeringan faraj yang anda alami.
  • Apabila anda rasa sudah bersedia, cuba jangan tergesa-gesa. Ia seharusnya sesuatu yang berlaku secara natural, dan anda berdua seharusnya rasa bersedia dan cukup terangsang. Cuba posisi yang tidak memberi terlalu tekanan pada mana-mana bahagian yang sensitif. Memulakannya dengan anda berada di atas bermakna anda boleh mengawal kadar dan kedalaman penetrasi.
  • Anda perlu berada dalam keadaan relax dan santai bagi supaya tidak terlalu teringat pengalaman ketika bersalin, disebabkan itu posisi yang betul perlu bagi mengelakkan tidak berlaku sebarang tekanan. 
  • Jika anda mula rasa sensitif atau tidak selesa, mintalah suami berhenti seketika. Dia boleh cuba menyentuh klitoris anda perlahan-lahan. Sebaik sahaja anda rasa terangsang, anda boleh cuba semula.
  • Teruskan membuat senaman lantai pelvis untuk menguatkan semula otot faraj anda. Ini akan membantu meningkatkan keseronokkan anda terhadap seks.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Harian Metro, babycenter

Baca juga:

Tips Meningkatkan Keinginan Seks Hamil, Ini Yang Bakal Ibu Patut Lakukan!

Stories Rakan Kongsi
Mums, are you encouraging your little ones to be creative?
Mums, are you encouraging your little ones to be creative?
Money Lessons For Children That Will Last A Lifetime
Money Lessons For Children That Will Last A Lifetime
Nak Mendidik Ibu Milenium Perlu Buat 7 Perkara Ini.  Barulah Anak Jadi Hebat!
Nak Mendidik Ibu Milenium Perlu Buat 7 Perkara Ini. Barulah Anak Jadi Hebat!
Teenage Growth Comes from Parental Support!
Teenage Growth Comes from Parental Support!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bapa Bunuh Anak Usia 40 Hari Selepas Isteri Tolak Ajakan Seks Ketika Berpantang!
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham