Masihkah anda ingat tentang seorang bayi lelaki yang dilahirkan dengan tiga kaki, dan dua alat kemaluan tanpa dubur di Rusia dulu?
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Alat kemaluan bayi, dilahirkan dengan dua zakar
- Prosedur yang digunakan untuk merawat
- Apa itu diphallia?
- Bagaimana mengatasi penyakit diphallia pada bayi
Menariknya, bayi tersebut sebenarnya mempunyai kembar tetapi pembentukannya tidak berjaya dan tidak terbentuk dengan sempurna di dalam rahim ibu.
Hal inilah yang menyebabkan kesan yang luar biasa pada kembar yang berhasil. Alat sulit bayi yang abnormal mungkin memberikan beberapa risiko lain kepada kesihatan.
Alat kemaluan bayi, dilahirkan dengan dua zakar
Manakala kes yang menjadi tular baru-baru ini mengenai seorang bayi lelaki dilahirkan dengan dua zakar di Sao Paulo, Brazil.
Bayi berkenaan dilapor akan menjalani pembedahan bagi membuang satu alat sulit yang lebih besar.
Keadaan seperti ini memang sangat jarang berlaku, keberangkaliannya adalah satu daripada setiap lima hingga enam juta bayi lelaki yang lahir dengan zakar tambahan.
Situasi ini dipanggil sebagai diphallia dari sudut medikal. Apa yang membezakan bayi lelaki berumur 2 tahun ini adalah dia memiliki “complete diphallia”.
Hal ini kerana, kedua-dua zakar tersebut hampir sama dan turut berfungsi dengan sempurna untuk ereksi dan membuang air. Hanya saiznya sahaja mempunyai sedikit perbezaan.
Namun, pemeriksaan lanjut mendapati zakar sebelah kanan yang kecil itu tidak mampu memproses atau membuang air kecil dalam kuantiti yang normal atau banyak.
Manakala bagi zakar yang bersaiz lebih besar pula, saluran uretranya terlalu sempit dan tidak mampu melakukan proses pembuangan tersebut.
Pihak hospital bersepakat untuk menjalankan pembedahan membuang zakar yang bersaiz lebih besar pada bayi itu kerana kegagalannya untuk berfungsi dengan baik berbanding dengan yang satu lagi.
Prosedur yang digunakan untuk merawat masalah ini
Menurut laporan Journal of Pedriatic Urology, kes bagi budak lelaki ini menggunakan kaedah cistoscopy.
Kaedah ini adalah prosuder yang menggunakan bantuan kamera kecil yang dipasang untuk melalui zakar kanan. Tujuannya untuk mengenal pasti pertemuan uretra di kawasan bulbar (kerosakan dua hala fungsi saraf kranial bawah).
Selain itu, doktor juga terpaksa melakukan meatotomy pada zakar kirinya untuk memasukkan cystoscope. Prosedur ini berguna untuk memperluas meatuss.
Meatus adalah pembukaan di ujung penis di mana urin meninggalkan tubuh. Tujuannya untuk mengenal pasti saluran zakar yang mana satu tidak mampu berfungsi dengan baik.
Apa itu penyakit diphallia?
Diphalia adalah masalah genetik tidak teratur sehingga menyebabkan bayi lelaki lahir dengan dua alat sulit.
Kes pertama yang pernah berlaku di dunia dilaporkan pada tahun 1609, oleh Johannes Jacob Wecker, seorang dokter dari Swiss. Penghidap diphallia umumnya memiliki dua zakar yang mempunyai ukuran dan saiz yang seakan-akan.
Fenomena diphallia bukanlah sesuatu yang asing, sebaliknya kira-kira 100 kes setahun dilaporkan berlaku di seluruh dunia. Bayi dari Iraq masih tersenarai sebagai rekod sejarah dengan kes triphalia (3 zakar) pertama di dunia.
Kebiasannya ramai yang memilih untuk membuang zakar tambahan tersebut kerana ia berisiko besar mengganggu saluran kencing, buah pinggang, dan tulang belakang seseorang untuk jangka masa yang lama.
Pesakit yang menghidapi diphallia juga memiliki risiko yang lebih tinggi untuk mengalami infeksi saluran kencing kerana struktur saluran kencingnya yang lebih rumit. Faktor kemandulan disebabkan diphallia turut tidak terkecuali untuk berlaku.
Bagaimana mengatasi penyakit diphallia pada bayi
Walaupun penyakit diphallia ini merupakan penyakit genetik tetapi ia masih boleh diatasi pada peringkat awal oleh ibu dengan beberapa cara seperti:
- Pastikan pengambilan makanan yang tinggi nutrisi sepanjang kehamilan pada tahap yang terbaik
- Tidak boleh sembarangan mengambil ubat-ubatan tanpa persetujuan doktor yang merawat
- Mengamalkan pola hidup yang sihat
- Menghindari dari kawasan-kawasan yang mempunyai unsur kimia yang tinggi seperti radiasi, asap rokok, dan pengambilan alkhohol
Justeru itu, penjagaan awal kehamilan penting bagi memastikan ibu dan bayi sentiasa sihat dan tiada sebarang komplikasi sehingga saat kelahiran nanti.
Trimester pertama boleh mempengaruhi kesihatan fizikal dan mental bayi yang bakal lahir. Untuk mengelakkan faktor genetik saat kehamilan pula, ujian yang lebih terperinci boleh dibuat pada peringkat yang sama.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Buah Zakar Bayi Tak Turun Ke Kantung Bukan Perkara Biasa, Berisiko Kanser/Mandul
Baca juga: Phimosis Atau Zakar ‘Buta’ Serang Budak 4 Hingga 7 Tahun, Jika Teruk Perlu Disunat Terus
Baca juga: Cara Menjaga Kebersihan Kemaluan Bayi Lelaki: Panduan Buat Ibu Bapa