Setiap ibu ayah memiliki gaya dan pendekatan yang berbeza apabila berkaitan dengan cara mendidik anak. Walau bagaimanapun, hal paling penting adalah memastikan mereka menjadi anak baik serta menghormati orang tua.
Tidak dinafikan bahawa ibu ayah moden kini tidak sama seperti dahulu. Sesetengahnya cenderung mengambil mudah bab membesarkan anak sehingga mengabaikan penerapan nilai-nilai yang baik dalam diri mereka.
Kesannya mungkin tidak akan nampak pada hari ini, akan tetapi apabila mereka besar kelak. Anak cenderung menjadi ‘raja’, mudah mengamuk apabila keinginannya tidak dipenuhi atau mungkin bersikap mementingkan diri sendiri.
10 perkara dalam membentuk keperibadian anak baik
Justeru sebagai ibu ayah, ada beberapa perkara yang boleh anda ajarkan pada anak sejak dari kecil. Meskipun kelihatan kecil dan remeh, ia mampu memberikan kesan mendalam terhadap keperibadian mereka.
#1. Beritahu anak kita bahawa dirinya adalah Hamba Allah
Nampak simple tapi ini menentukan ‘mental self image’ anak kita. Anak yang tak rasa diri dia hamba Allah mudah menjadi angkuh, bossy dan merasakan kemahuan dirinya mesti dipenuhi setiap masa.
#2. Beritahu anak kita bahawa dirinya dimiliki Penciptanya
Meskipun anak kita nakal-nakal, insyaAllah dia akan mudah balik ke pangkal jalan jika dia tahu hakikat dirinya dan siapa yang memiliki dirinya
#3. Beritahu anak kita bahawa mencari duit itu perlu tetapi bersedekah itu lebih perlu
Barulah anak kita sentiasa ada minda suka memberi sedekah (giving mindset) daripada cuma menerima semata mata (receiving mindset).
#4. Beritahu anak bahawa dia bahawa bakal tempuhi 5 checkpoint
- Checkpoint 1 – mati
- Checkpoint 2 – barzakh
- Checkpoint 3 – mahsyar
- Checkpoint 4 – mizan
- Checkpoint 5 – sirat
Dan selepas itu akan berakhir samada di syurga ataupun neraka. Anak yang tahu checkpoint ini akan mudah tunduk hatinya dengan kebaikan.
#5. Beritahu anak kita bahawa Al Quran bukan cuma untuk dilagukan semata
Al-Quran adalah kitab praktikal yang kita perlu ‘take action’ selepas membaca dan memahaminya.
#6. Beritahu anak mengenai rezeki
Katakan kepada anak bahawa rezeki bukan datang daripada kita ibu ayah, tetapi ia datang daripada Pencipta. Anak yang tahu rezeki itu adalah pemberian Penciptanya akan mudah bersyukur dan berterima kasih.
#7. Ajarkan anak tentang tanggungjawab
Sentiasa ingatkan anak bahawa selepas akil baligh, dia akan terpaksa memikul banyak tanggungjawab dan akan disoal di akhirat kelak tentang tanggungjawabnya.
Anak yang tahu dia ada banyak tanggungjawab dalam keluarga akan lebih memiliki ‘sense of responsibility’.
#8. Beritahu anak kita bahawa amal soleh bukan cuma solat dan puasa
Bekerja, makan, tidur, bantu adik beradik dan semua perkara akan jadi amal soleh asalkan diniatkan untuk Allah semata.
Jika dilakukan dengan ikhlas, nanti akan mendapat ganjaran pahala.
#9. Beritahu anak kita bawa nilai adik beradik melebihi nilai segala harta benda dunia
Anak yang tahu nilai adik beradiknya takkan mudah bergaduh sesama sendiri. Mereka akan hidup berkasih sayang dan saling membantu ketika ibu ayahnya sibuk menguruskan rumah tangga.
#10. Beritahu anak bahawa suatu hari nanti kita akan pergi jua dan sebaik-baik bekal yang kita ada adalah doa daripadanya
Pelaburan paling berharga sepanjang menjadi ibubapa adalah apabila anak kita sudi mendoakan kita kerana majoriti anak di luar sana sangat jarang mendoakan ibubapanya yang sudah meninggal dunia
Tahap mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah SAW
-
Baru lahir sehingga 6 tahun (mumayyiz)
Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anaknya. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun anak bongsu dengan bersikap adil kepada setiap anak-anak.
-
Umur 7 tahun sehingga baligh (14 Tahun)
Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan berikan mereka tanggungjawab yang perlu dilakukan seperti dirikan solat.
Kalau mereka ingkar, pukullah mereka dengan niat untuk mengingatkan mereka bukan untuk menyeksa.
-
Umur 15 tahun sehingga dewasa (21 tahun)
Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibu ayah seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang tentang perkara yang mereka hadapi.
Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka.
Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama di hadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.
Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.
- Umur anak 21 tahun dan ke atas
Fasa ini adalah masa ibubapa memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri.
Ibu ayah hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah.
Mudah-mudahan dengan segala didikan seawal usia ini cukup menjadi benteng diri buat mereka.
Ibu ayah jangan penat untuk menasihati anak kerana mengikut kajian, nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkah laku yang baik seperti anda inginkan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak Makan Banyak Bila Bagi Tengok Skrin, Ibu Jangan Leka Ia Boleh Jadi Punca Anak Mindless Eater
Baca juga: 9 Tempat Menarik Di Kundasang Yang Wajib Dikunjungi Bersama Keluarga, Anak Mesti Suka!
Baca juga: Fakta Anak Ke 3 Dalam Keluarga, Pandai Bawa Diri & Selalu Disenangi Orang Sekeliling
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!