X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Budak perempuan 5 tahun ini diperkosa dalam tandas di pusat beli-belah!

5 min bacaan
Budak perempuan 5 tahun ini diperkosa dalam tandas di pusat beli-belah!Budak perempuan 5 tahun ini diperkosa dalam tandas di pusat beli-belah!

Seorang ibu yang sedang makan di restoran mewah terkejut apabila mendapati anak diperkosa selepas diberi izin untuk ke tandas seorang diri.

Pernah tak anda biarkan anak perempuan pergi ke tandas awam sendiri? Selepas ini, anda perlu fikir dua kali kerana tempat yang kita rasakan selamat juga boleh mengundang bahaya.

Baru-baru ini, seorang anak diperkosa dalam tandas di pusat membeli-belah!

Anak diperkosa: Seorang budak perempuan 5 tahun dikunci dan diperkosa dalam tandas

anak diperkosa, keselamatan anak di tempat awam, budak perempuan diperkosa, diperkosa dalam tandas, bahaya ke tandas seorang diri, bahaya pusat membeli belah

child safety in public places

Menurut satu pos yang tular dari seorang netizen yang tak mahu identitinya diketahui, kejadian ini berlaku di restoran “mewah”. Lebih spesifik, dalam tandas pusat membeli-belah di Manila, Filipina.

Wanita ini sedang menunggu makanannya apabila kekecohan berlaku di salah satu meja di dalam restoran tak jauh darinya.

“Pengurus restoran meminta perhatian dari dua pengawal keselamata yang sedang bertugas,” katanya.

Kekecohan ini melibatkan seorang budak perempuan berusia lima tahun dan ibunya…

Apa yang terjadi kepada budak ini sangat mengerikan…

anak diperkosa, keselamatan anak di tempat awam, budak perempuan diperkosa, diperkosa dalam tandas, bahaya ke tandas seorang diri, bahaya pusat membeli belah

Budak perempuan ini, ibunya dan seorang wanita tua di atas kerusi roda dan seorang lagi wanita sedang makan di dalam restoran ini. Kemudian, budak perempuan ini perlu pergi ke tandas dan meminta izin dari ibunya.

Dia diberi keizinan untuk ke tandas seorang diri. Ketika ini, seorang lelaki yang tak dikenali mengikut budak perempuan ini ke tandas dan mengunci pintu!

Ibunya yang hairan kenapa anaknya terlalu lama di dalam tandas, telah pergi memeriksa keadaan anaknya. Tapi dia terjumpa anaknya sedang menggigil dan menangis di satu sudut tandas dan alat sulitnya dipenuhi darah!

Selepas ibu dan anak ini pulang ke meja mereka, dia mula menyoal anaknya tentang apa yang terjadi. Ibu ini tak dapat mengawal kemarahannya dan mula menjerit

“Tak! tak! Anak saya diperkosa!”

Semasa hendak keluar dari restoran tersebut, netizen ini berkata yang ibu ini masih menangis sementara anak diperkosa ini dibawa ke hospital untuk tujuan rawatan dan undang-undang.

Apa yang paling mengerikan dalam kejadian ini adalah, segalanya berlaku dalam sekelip mata. Tapi cukup untuk merosakkan anak ini.

Tak ada siapa yang sangka kejadian ini akan berlaku.

Kejadian ini telah mengingatkan kita untuk sentiasa berhati-hati dan tak membiarkan anak kita seorang diri di mana saja anda berada. Lebih-lebih lagi di tempat awam. 

Anak diperkosa: Tip untuk memastikan keselamatan anak di tempat awam

Budak perempuan 5 tahun ini diperkosa dalam tandas di pusat beli-belah!

Kejadian anak diperkosa ini sangat menyayat hati. Kita hanya boleh membayangkan ketakutan yang dialami oleh anak ini dan berharap agar lelaki tersebut ditangkap.

Ibu, ayah, jadikan kejadian ini sebagai peringatan untuk lebih berhati-hati semasa membawa anak ke tempat awam.

Beberapa tip ini dapat membantu anda untuk memastikan keselamatan anak anda di tempat awam.

1. JANGAN ambil mudah keselamatan anak anda

Walau macam mana selamat pun anda rasa sesuatu tempat tersebut, jangan pernah ambil mudah lebih-lebih lagi jika ia melibatkan keselamatan anak.

Elakkan dari membiarkan anak ke tandas awam seorang diri. Jika perlu, ajar mereka cara untuk memastikan diri mereka selamat.

Jika ada sesiapa yang cuba mencederakan mereka, ajar anak anda untuk jerit sekuat yang mungkin.

Anda juga perlu ingat yang anak lelaki juga turut terdedah dengan pemangsa seperti anak perempuan.

2. Dengar apa yang diberitahu anak 

Memang mudah untuk menidakkan apa yang anak beritahu, lebih-lebih lagi jika anda fikir anda lebih mengetahui.

Tapi dengar apa yang mereka cakap, lebih-lebih lagi semasa mereka bercerita dan berkongsi dengan anda, termasuk apa yang merisaukan dan mengganggu mereka.

Cuba untuk siasat apa yang sebenarnya berlaku. Adakah mereka dibuli di sekolah? Pengasuh yang mereka tak suka?

3. Bantu bina rasa kurang keyakinan diri mereka

Menurut Pencegahan Kekejaman Terhadap Kanak-Kanak Masyarakat Ireland, orang dewasa yang mahu berbuat jahat akan memilih kanak-kanak yang malu, diabaikan dan menyendiri.

Mereka mengambil kesempatan terhadap rasa kurang keyakinan sebagai mereka tak boleh menjaga diri mereka sendiri.

Anda boleh bantu mereka untuk menaikkan keyakinan diri dengan memberikan mereka kasih-sayang, pujian dan perhatian.

Stories Rakan Kongsi
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

4. Pastikan anak anda tahu kuasa “tidak”

Pastikan anak anda tahu yang mereka boleh cakap “tidak” walaupun pada orang dewasa. Mereka tak perlu rasa yang mereka perlu membuat sesuatu yang mereka tak mahu walaupun dengan orang dewasa atau kanak-kanak yang lebih tua yang mereka kenali.

Anda boleh berlatih perkara ini di rumah dengan mereka. Pastikan mereka tak beri ciuman atau pelukan kepada orang dewasa jika mereka tak mahu.

Ajar mereka untuk kata “tidak” atau “berhenti” jika seseorang buat mereka rasa tak selesa dengan cara orang menyentuh mereka. Beritahu mereka untuk beritahu anda jika perkara ini berlaku pada mereka.

5. Peraturan “tiada pengecualian”

Hanya kerana orang dewasa mempunyai lebih banyak pengaruh dari kanak-kanak, ini tak bermakna mereka boleh mempengaruhi mereka dengan mudah.

Ajar anak anda untuk berkomunikasi secara terbuka dan berlatih tentang peraturan “tiada pengecualian”: Orang dewasa tak boleh meminta kanak-kanak menolong mereka atau menyuruh kanak-kanak untuk menyimpan rahsia.

Semoga kejadian ini tak berlaku kepada anak-anak kita dan kita juga menjadi lebih berhati-hati tentang keselamatan anak.

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Artikel asal ditulis oleh Jaya dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

Jangan Tinggalkan Anak Berseorangan Apabila ke Tandas Awam

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • Budak perempuan 5 tahun ini diperkosa dalam tandas di pusat beli-belah!
Kongsikan:
  • Gadis 15 Tahun Kata Senggugut, Tapi Sebenarnya Terberanak Dalam Tandas Shopping Mall

    Gadis 15 Tahun Kata Senggugut, Tapi Sebenarnya Terberanak Dalam Tandas Shopping Mall

  • Salah Beli Kasut Anak Boleh Buat Dia Lambat Berjalan, Guna Panduan Betul Ini!

    Salah Beli Kasut Anak Boleh Buat Dia Lambat Berjalan, Guna Panduan Betul Ini!

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

app info
get app banner
  • Gadis 15 Tahun Kata Senggugut, Tapi Sebenarnya Terberanak Dalam Tandas Shopping Mall

    Gadis 15 Tahun Kata Senggugut, Tapi Sebenarnya Terberanak Dalam Tandas Shopping Mall

  • Salah Beli Kasut Anak Boleh Buat Dia Lambat Berjalan, Guna Panduan Betul Ini!

    Salah Beli Kasut Anak Boleh Buat Dia Lambat Berjalan, Guna Panduan Betul Ini!

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.