Memang mengucap panjang bila menonton video anak jatuh eskalator ini. Semuanya berlaku dengan sekelip mata. Inilah akibatnya yang terpaksa ditanggung ibu, gara-gara sibuk berselfie. Aduhai!
Insiden yang sungguh menyayat hati ini membuatkan orang tuanya rasa bersalah yang tak tertanggung. Kejadian berlaku pada 10 Mei yang lalu dan ia dirakam melalui sebuah CCTV di sebuah pusat membeli-belah.
Laporan media mengatakan bayi berusia 10 bulan ini terlepas dari dukungan ibunya ketika sedang naik eskalator untuk menuju ke tingkat atas pusat membeli belah tersebut.
Apapun, rakaman CCTV ini memang cukup menyedihkan buat keluarga kecil ini.
Anak jatuh eskalator tak dapat diselamatkan dan meninggal dunia
Menurut laporan akhbar The News Straits Times dan The New Paper, keluarga yang berasal dari Rajasthan India ini baru saja pulang dari membawa anak mereka ke klinik.
Selepas itu, mereka bercadang untuk ke pusat membeli belah terbabit bagi membeli sedikit keperluan dapur.
Jika dilihat pada rakaman CCTV tersebut, pasangan suami isteri ini begitu sibuk dan leka mengambil gambar selfie berdekatan eskalator. Malah, mereka tak sangka ia akan jadi punca anak jatuh eskalator hingga meninggal dunia.
Melihat kembali rakaman tersebut, si ibu yang berpakaian sari oren sedang mendukung seorang bayi perempuan. Seterusnya, pasangan suami isteri ini dilihat berjalan menaiki eskalator untuk menuju ke tingkat atas.
Menurut saksi tempat kejadian, suaminya meminta sang isteri untuk berselfie di atas eskalator tersebut yang membuatkan insiden anak jatuh eskalator ini.
Jelas saksi kejadian lagi, si ibu berdiri di tepi eskalator dan cuba mengeluarkan telefon bagi penuhi permintaan suami untuk berselfie.
Malangnya, dia tak dapat seimbangkan badan lalu anak jatuh eskalator dalam sekelip mata. Bayi malang itu, jatuh antara celahan pagar dan tangga eskalator.
Memang tak dapat bayangkan macam mana sakitnya yang ditanggung si kecil itu.
Akibat kejadian yang tidak diduga itu, ibu bapanya terus panik dan ketakutan, lantas berlari ke tingkat bawah untuk melihat anak jatuh eskalator itu.
Pihak polis yang menyiasat kes tersebut mengatakan, ibu bapa bayi tersebut tidak berhadapan dengan hukuman mahkamah kerana ia berlaku di luar jangka. Apapun, mereka turut bersedih dengan apa yang berlaku.
Justeru, ibu bapa wajar menitikberatkan keselamatan anak tak kira di mana berada sama ada di rumah atau di tempat awam. Ia bagi memastikan si kecil kita dalam keadaan yang baik.
Janganlah terlalu berseronok hingga kehilangan nyawa yang tersayang.
Pengajaran kejadian anak jatuh eskalator: Ibu bapa harus ingat ini…
- Sentiasa mementingkan keselamatan anak. Ini paling utama.
- Sekiranya sedang menaiki eskalator, pastikan anak didukung dengan baik. Jika anak sudah pandai berjalan, pimpin tanggannya.
- Jangan biarkan anak kecil berlari-lari di eskalator kerana banyak sangat kejadian buruk berlaku atas eskalator.
- Ingatkan anak supaya tidak bermain di tangga eskalator atau lif. Bimbang perkara tak diigini berlaku.
- Jangan terburu-buru untuk naik eskalator sekiranya anda membawa bayi. Terutama bila ramai orang, takut tolok menolak hingga anak boleh terjatuh.
Sebenarnya, insiden ngeri sebegini bukan hanya berlaku di atas eskalator tapi boleh berlaku dimana-mana sahaja, jadi adalah penting ibu bapa lebih waspada terhadap keselamatan anak.
Jadikan kes ini sebagai pengajaran untuk kita semua.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: theAsianparent Indonesia
Baca juga:
Kanak-kanak ini terhempap almari ketika sibuk bermain! Sebab itu pentingnya childproof