Begitu cepat masa berlalu, pejam celik bayi yang baru dilahirkan pada suatu ketika dahulu kini sudah membesar dengan sihat dan comel. Walau bagaimanapun seiring pertambahan usia mereka, ibu ayah dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada akan risiko anak jatuh katil atau jatuh terlentang.
Apabila berdepan dengan situasi ini, pastinya ibu ayah menjadi tidak keruan dan panik. Ini kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan dalaman dan tidak boleh dikesan dengan mata kasar.
Bayi semakin membesar, waspada risiko anak jatuh katil
Bukan mudah untuk menjaga anak yang masih kecil. Meskipun sudah waspada setiap masa, namun jika ia ditakdirkan untuk berlaku, ia akan tetap berlaku walaupun si manja berada di depan mata anda.
Di Malaysia kebanyakan anak yang masih kecil tidur lena bersama ibu ayah. Ia amat berbeza dengan negara luar kerap mempraktikkan tidur berasingan sejak dari bayi lagi.
Tidak kira anda melihat dengan mata sendiri si manja terjatuh dan segera menyelamatkannya atau hanya sedar setelah mendengar bunyi objek terjatuh, semestinya sudah cukup mendatangkan rasa bersalah dalam diri.
Apa perlu buat jika anak jatuh
#1. Mengangkat bayi dengan secepat mungkin
Apa perlu buat jika anak jatuh yang pertama adalah mengangkatnya secepat mungkin.
Apabila anak jatuh, sudah tentu ia memberikan impak terhadap fizikal si manja tanpa anda dapat mengesannya dengan baik. Kebiasaannya, bayi yang jatuh akan meraung dan terkejut.
Keadaan menjadi bertambah buruk sekiranya mereka terkejut mendengar jeritan ibu ketika melihat si manja terjatuh. Justeru, cara pertama paling penting untuk anda lakukan ialah segera mengangkat dan mendukungnya.
Berikan kucupan dan usap-usaplah tubuh si manja untuk memberikan sedikit ketenangan kepadanya.
#2. Lakukan pemeriksaan
Seterusnya apa perlu buat jika anak jatuh adalah dengan melakukan pemeriksaan.
Apabila bayi yang jatuh sudah kembali tenang, ibu ayah dinasihatkan untuk memeriksaan bahagian kepada dan tubuh badan yang lain. Sekiranya anda mendapati terdapat tanda-tanda kecederaan, benjolan, luka atau pendarahan yang teruk, segeralah untuk membawanya berjumpa doktor.
Elakkan terus memeriksa badan si manja ketika mereka masih lagi menangis kerana anda mungkin terpaksa berdepan kesukaran untuk melakukannya.
Anak jatuh katil benjol boleh dirawat di rumah. Ibu boleh cuba rendamkan sehelai kain bersih menggunakan air suam dan tuamkan pada bahagian tersebut.
Namun jangan sesekali menggunakan minyak atau krim bila anak jatuh katil benjol kerana ia boleh mendatangkan masalah kerengsaan kulit.
#3. Beri minum susu
Sekiranya ibu ayah berjaya melakukan kedua-dua langkah di atas tanpa sebarang masalah, anda boleh terus menyusukan si manja sama ada susu badan ataupun susu formula.
Ini bagi membolehkan bayi berasa kenyang dan memudahkan proses melelapkan mata dengan segera.
#4. Elakkan aktiviti yang lasak
Apa perlu buat jika anak jatuh yang lain adalah elakkan sebarang aktiviti lasak buat sementara waktu.
Dalam keadaan tidak berbahaya, apabila bayi jatuh katil mereka mungkin cenderung berasa mengantuk dan kehilangan daya tumpuan. Ini kemungkinan disebabkan oleh rasa sakit pada bahagian kepala atau leher yang berterusan bagi tempoh masa beberapa hari.
Bukan itu sahaja, anda mungkin juga tidak perlu berasa risau sekiranya si manja menunjukkan diri aktif seperti biasa. Namun pastikan mereka memperoleh waktu rehat yang mencukupi.
Untuk sementara waktu, elakkan sebarang aktiviti yang dikategorikan sebagai lasak. Jika ibu menyedari bahawa berlaku perubahan pada pola tidur si manja, segera dapatkan nasihat daripada pakar kanak-kanak.
#5. Kenal pasti tanda bahaya anak jatuh terlentang
Meskipun si manja anda sudah berhenti menangis atau merengek, namun jangan menarik nafas lega lagi ya ibu! Hal ini kerana anda perlulah mengenal pasti tanda bahaya anak jatuh terlentang yang tidak normal.
Antara tanda bahaya bayi jatuh katil ialah:
- Muntah-muntah
- Tanda bahaya bayi jatuh katil: Menangis kerap dan nyaring
- Pengsan
- Kekejangan pada wajah
- Tanda bahaya bayi jatuh katil: Keluar darah atau cecair kuning dari hidung dan telinga
- Mengalami kekejangan pada wajah
- Ada bahagian tubuh badan tidak boleh digerakkan
Justeru sekiranya anda mengalami situasi ini, usahlah terlalu panik dan bawa bertenang. Adalah amat penting membawa bayi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan doktor bagi mengenal pasti keadaan mereka.
Pengalaman anak jatuh katil
Pelakon, Elfira Loy menerusi akaun Instagramnya pernah kongsikan pengalaman anak jatuh katil yang begit membuatkannya rasa kesal dan kecewa.
Anaknya, Muhammad Rayyan Khalaf cedera akibat terjatuh dari katilnya. Kejadian tersebut telah mengakibatkan benjol besar di bahagian dahi anaknya.
“Beberapa hari lalu, kali pertama saya breakdown semasa menjaga Rayyan boi saya. Saya berasa tidak berguna dan bodoh. Saya kecewa dengan diri sendiri bagaimana saya membiarkan perkara itu berlaku.
“Saja nak kongsi sebab saya tak rasa sesiapa akan kongsi ini sebab sensitif kan nanti orang boleh fikir macam-macam cerita untuk nampak kita buruk tapi inilah realiti,” katanya.
Bercerita mengenai detik anaknya terjatuh itu, Elfira memberitahu anaknya berada di sebelahnya ketika dia sedang mengemas baju di bahagian laci.
Anaknya itu kemudian cuba menarik baju Elfira sebelum terhantuk dan jatuh ke dalam laci.
“El sempat pegang dia tapi dah nampak benjol besar di dahinya berwarna biru. Saya menggigil dan menangis. Saya minta maaf kepadanya seribu kali, rasa macam Ya Allah kenapa aku buat dia macamni. Saya segera hubungi suami saya dan dia memandu terus ke rumah. Walaupun dia baik-baik saja, saya tidak,” jelasnya.
Jelas Elfira, suaminya sudah bertanya kepada doktor dan anaknya tidak mengalami kecederaan teruk dan cuma perlu dituam dengan ais bagi mengurangkan bengkak.
Tambahnya, sebagai seorang ibu, Elfira turut menasihat mereka yang bergelar ibu supaya kuat semangat dan saling memberi sokongan jika merasakan diri mereka gagal dalam menjaga anak.
Benarkah malaikat sambut bayi jatuh
Menurut perkongsian ibu kepada empat orang anak di My Super Kids, ramai orang akan kata bayi dan kanak-kanak selalu dijaga oleh malaikta.
Biasanya kalau budak-budak terutama bayi yang jatuh dari tempat tinggi, orang tua-tua kata “Jangan risau, dia OK tu… Malaikat sambut”.
Persoalannya, benarkah malaikat sambut bayi jatuh?
Saya ni bukannya percaya benda macam ni. Bagi saya itu cuma satu kata-kata nak menyedapkan hati ibu ayah bila anak terjatuh. Supaya tak risau.
Walaupun Danny pernah tergolek dari tangga rumah semasa usia 7 bulan (dia sedang tidur di tingkat bawah, saya naik ke atas sekejap mengambil barang, rupanya dia merangkak ikut tanpa saya sedari) tanpa sebarang kecederaan mahupun lebam, tapi bagi saya itu cuma kebetulan.
Walaupun tergolek dari atas ke bawah dekat 10 anak tangga juga. Tapi kejadian-kejadian di bawah ni mengubah persepsi saya.
1. Siapa pernah jatuh bilik air? Sakit tak? Saya pernah jatuh terlentang beberapa kali. Sakit betul. Kadang tu kena baring kejap bagi hilang sakit baru bangkit.
Tapi ada satu hari saya dukung Fahry masuk bilik air. Fahry ni pulak bukan boleh duduk diam. Jatuh.
Tapi… Terasa macam disambut sesuatu yang lembut. Jatuh terlentang bagaikan jatuh ke atas hamparan kapas.
Hairan betul. Sikit pun tak sakit.
Saya beritahu kawan2, mereka kata “Belum sakit lagi tu, esok-esok tengoklah…” Lepas esok, esok… Alhamdulillah tiada sakit apa lain.
2. Saya ni kadang jalan selalu tersadung. Dah tersadung, jatuh lah.
Itu hari saya dokong Irene. Tersadung. Dalam hati dah kata “Alamak… Ya Allah lindungi anak aku”. Namun umpama ada yang menahan, tak jadi nak jatuh walaupun berat kat depan, belakang dengan beg besar lagi.
Jadi betul la kan malaikat sambut bayi jatuh.
Doa anak jatuh katil
Doa adalah kekuatan dan senjata orang mukmin. Dalam apapun yang kita lakukan, janganlah lupa berdoa serta minta padaNya.
Bila diuji dengan anak jatuh terlentang, kadang-kadang kita lupa dan terlalu yakin bahawa ubat ataupun kaedah tertentu berkesan untuk menyembuhkan kecederaan yang dialami.
Walau apa pun ubat dan kaedah rawatan yang dicuba, kita perlu sentiasa berdoa pada Allah ingatkan pada diri sendiri hanya Dia sahaja yang berkuasa menyembuhkan setiap penyakit. Ubat-ubatan adalah sekadar asbab sahaja untuk sembuh.
Berikut doa anak jatuh katil yang boleh anda amalkan. Ia adalah enam ayat syifa’ (penyembuh) yang terkandung dalam al-quran.
Imam Abu Qasim Qushairi ra. berkata: “seorang di antara anakku jatuh sakit sehingga dia hampir meninggal. Di waktu itu aku bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda:
“Mengapa kamu tidak ambil manfaat dari ayat-ayat syifa’ ? Mengapa kamu tidak mengamalkan ayat-ayat itu dan memohon (kepada ALLAH s.w.t.) untuk disembuhkan?”
Setelah terjaga Imam Abu Qosim Qushairi ra menemukan enam ayat Syifa’ di dalam al-Qur’an. Berikut enam ayat syifa’ tersebut:
وَيَنْصُرْكُمْ عَلَيْهِمْ وَيَشْفِ صُدُورَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ
1 – Wa yanshurkum `alayhim wa yasyfi shuduura qawmim-mu’miniin
Artinya :
Dan (Allah ) akan melegakan hati orang-orang yang beriman [At-Taubah 9: 14]
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ
2 – Yaa ayyuhaan-naasu qad jaa atkum maw`izhatum mir-rabbikum wa syifaa-ul-limaa fish-shuduuri wa hudaw wa rahmatul-lil mu’miniin
Artinya :
Hai Manusia, sesunguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. [Yunus 10: 57]
يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ
3 – Yakhruju mim-buthuunihaa syaraabum-mukhtalifun alwaanuhu fiihi syifaa-ul-linnaas
Artinya :
Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. [An-Nahl 16: 69]
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ
4 – Wa nunazzilu minal qur-aani maa huwa syifaa-uw warahmatul-lil mu’miniin
Artinya :
Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. [Bani Israil (Al-Israa) 17: 82]
وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ
5 – Wa idzaa maridhtu fahuwa yasyfiini
Artinya :
Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku [Do’a Nabi Ibrahim dalam Surat Asy-Syu’raa’ 26:80]
قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ آمَنُوا هُدًى وَشِفَاءٌ
6 – Qul huwa lilladziina aamanuu hudaw wasyifaa’uw-walladziina laa yu’minuun
Artinya :
Dan katakanlah (wahai Muhammad ) bahwa (Qur’an) itu adalah petunjuk dan menyembuhkan bagi orang-orang yang beriman. [Fushshilat 41:44]
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bayi Usia 2 Hari Terjatuh Akibat Ibu Terlalu Penat, Wahai Ibu Jangan Salahkan Diri Sendiri
Baca juga: Kanak-Kanak & Bayi Terjatuh Dari Tingkat 4 Pasaraya Selepas Tergelincir Dari Tangan Ibu Bapa Mereka