Anak Luar Nikah/ Anak Tak Sah Taraf: Ketahui Kedudukan Mereka & Hubungan Dalam Keluarga

Anak di luar nikah adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada seorang anak yang lahir dari hubungan di luar perkahwinan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Heboh di media sosial mengenai anak kepada DJ radio terkenal Halim Othman, Myra Natasya mengatakan dia anak luar nikah. Pengakuan dibuat gadis itu mengatakan ibu dan bapanya tidak pernah berkahwin

Apa Itu Anak Luar Nikah

Anak luar nikah atau anak tak sah taraf adalah anak yang lahir di luar ikatan perkawinan, sama ada dari perbuatan zina atau rogol. Ia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.

Adakah Anak Luar Nikah Boleh Bin Nama Bapa

Anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut.

Oleh itu mereka tidak boleh menerima pusaka, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali. Walaupun ibu atau wanita yang mengandung ingin berkahwin dengan teman lelakinya, bapa biologi kepada anak tersebut, anak tersebut masih dikira sebagai anak tidak sah taraf dan tidak boleh dinasabkan kepada teman lelakinya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Prosedur Tukar Nama Anak Luar Nikah

Mengikut laman web Jabatan Pendaftaran Negara, nama kanak-kanak dalam sijil kelahiran boleh diubah atau ditukar melalui Permohonan Pembetulan Maklumat jika umur kanak-kanak tersebut belum mencapai setahun.

Hubungan Dengan Ibu Bapa Dan Adik Beradik

Hubungan Anak Luar Nikah Dengan Ibu Bapa

Mahram anak tak sah taraf ialah ibunya dan keluarga sebelah ibunya seperti ibu kepada ibunya, adik beradik ibunya dan lain-lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hubungan Anak Luar Nikah Dengan Adik Beradik

Adik beradiknya pula dikira sebagai adik beradik seibu. Oleh itu, mereka dianggap juga sebagai mahram bagi anak tak sah taraf tersebut.

Tetapi, dengan bapa asalnya, dikira hukum lain. Mazhab Syafie memberi hukum yang menggambarkan betapa tidak ada hubungan antara bapa tak sah taraf dan anak tak sah taraf.

Ini juga sebagaimana diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang menyebut:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: “Bantu Saya! Saya Hamil Anak Tak Sah Taraf, Tapi Keluarga Masih Tidak Tahu…”

Baca juga: Elak Terlepas Pandang, Ini Panduan Lengkap Isi Borang Nikah Berserta Prosesnya

Baca juga: Ini Cara Buat Surat Beranak Untuk Anak Tak Sah Taraf

Penulis

Lala Annuar