TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Elak Terlepas Pandang, Ini Panduan Lengkap Isi Borang Nikah Berserta Prosesnya, Bakal Pengantin Sila Take Note!

4 min bacaan
Elak Terlepas Pandang, Ini Panduan Lengkap Isi Borang Nikah Berserta Prosesnya, Bakal Pengantin Sila Take Note!

Borang nikah perlu diisi secara atas talian sebelum dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh nikah.

Bila dua hati sudah bertaut, sudah tiba masanya untuk melangkah ke alam perkahwinan. Persediaan sebelum bergelar suami isteri bukanlah perkara mudah apatah lagi perlu memohon dan melengkapkan borang nikah terlebih dahulu. Jika tersalah langkah atau terlepas pandang, pening dibuatnya kerana perlu berulang-alik ke Pejabat Agama!

Tapi, sebenarnya tidaklah sesusah mana jika anda mengetahui dan mengikuti semua langkah-langkah isi borang nikah dan prosedur sebelum pernikahan yang bakal dikongsikan. 

Panduan daftar nikah online di SPPIM (Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia)

Sebelum memohon dan mengisi borang nikah melalui sistem SPPIM, perlu diingatkan bahawa borang nikah ini hanya untuk pemohon bagi negeri-negeri seperti:

  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Perlis
  • Kedah
  • Perak
  • Wilayah Persekutuan
  • Johor
  • Selangor
  • Terengganu.

Ia juga perlu diisi sekiranya salah satu pemohon berasal dari negeri yang menggunakan sistem SPPIM atau pasangan selain negeri SPPIM tetapi tempat majlis akad nikah di negeri yang menggunakan SPPIM.

Borang ini diisi oleh salah seorang bakal pengantin sama ada lelaki atau perempuan. Borang yang lengkap dicetak dan dihantarkan ke Pejabat Agama Islam berdasarkan alamat tempat tinggal.

Cara isi SPPIM borang nikah paling lengkap, panduan buat bakal pengantin

  1. Isi borang SPPIM – https://sppim.gov.my/sppim/online/benarnikahonline
  2. Isikan maklumat penting seperti:
  • Nama penuh
  • No IC, alamat seperti di kad pengenalan & alamat tempat tinggal
  • Email
  • Tarikh nikah & alamat tempat nikah – masjid & pejabat agama kariah berdekatan
  • Gaji, alamat tempat kerja, no. telefon & jawatan

Bagi bakal pengantin perempuan isikan maklumat wali seperti nama penuh, no. kad pengenalan, alamat, nombor telefon, hubungan & tarikh nikah ibu bapa.

     3.  Bahagian ujian HIV (diisi kemudian).

     4. Hantar permohonan dan cetak Senarai Semak sebagai panduan untuk menyediakan dokumen penting. 

Proses penting sebelum pernikahan

borang nikah

Untuk memudahkan anda supaya tidak terlepas pandang, berikut merupakan proses sebelum pernikahan yang paling penting sebelum borang nikah dihantar.

  1. Hadiri kursus kahwin.
  2. Isi borang nikah selangor atau SPPIM.
  3. Lengkapkan ujian HIV 6 bulan sebelum tarikh nikah (ambil borang dari SPPIM yang dicetak tertera no. siri) 
  4. Pihak lelaki perlu mengisi dan melengkapkan borang nikah dan dapatkan cop kariah sebelum borang dihantar ke PAID (tempat lelaki)
  5. Pihak lelaki perlu memberikan borang yang dicop kepada pihak perempuan.
  6. Pihak perempuan perlu melengkapkan borang nikah dan jumpa kariah untuk dicop.
  7. Hantar semua borang di PAID (tempat perempuan).
  8. Dapat surat kebenaran nikah.

Maklumat tambahan mengisi borang nikah buat bakal pengantin 

Susunan untuk bakal pengantin perempuan tentukan wali:

  • kalau ayah masih ada, dia adalah wali.
  • kalau ayah dah meninggal, sediakan salinan surat kematian.
  • kalau atuk masih ada, atuk boleh gantikan ayah.
  • kalau tiada, adik beradik seibu sebapa jadi wali.

Macam mana pulak kalau ibu bapa dah berpisah?

  • sediakan surat nikah/surat penceraian ibu bapa .
  • kalau surat nikah/cerai hilang, kena buat semakan di pejabat agama tempat ibu bapa nikah.
  • Jika tiada dalam rekod, kena buat permohonan naik mahkamah.

Surat nikah/cerai ibu bapa sangat penting! Jika ada, bawa salinan asal semasa berjumpa dengan imam dan semasa menghantar borang di pejabat agama untuk semakan. 

Dapatkan pengesahan mastautin kalau alamat tempat tinggal tak sama dengan alamat kad pengenalan.

  • minta pengesahan dari penghulu/ketua kampung
  • bawa bil api/air
  • isikan dalam borang tempoh anda tinggal (6 bulan ke atas)

Lampirkan sekali dengan gambar berukuran saiz passport dengan latar belakang putih atau biru bergantung kepada pejabat agama islam tempat masing-masing. 

Tujuan gambar passport adalah untuk memudahkan dan mempercepatkan proses kad perakuan nikah. Paling cepat disiapkan kurang dari tempoh seminggu.

Semoga semua bakal pengantin dipermudahkan segala urusan dan majlis berjalan dengan lancar. 

Twitter: @anisssurayaaa

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Proses daftar dan cara buat surat beranak untuk anak luar nikah (anak tak sah taraf)

Baca juga: Sudah Tawar Hati & Ingin Berpisah, Lelaki Ini Kongsi Cara Cerai Paling Cepat/ Fast Track

Baca juga: Cara Daftar Kelahiran Anak Baru Lahir, Ini Dokumen Penting Yang Perlu Dibawa Bersama

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Elak Terlepas Pandang, Ini Panduan Lengkap Isi Borang Nikah Berserta Prosesnya, Bakal Pengantin Sila Take Note!
Kongsikan:
  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham