Biasa terjadi, anak bila ada ayahnya sekali, elok saja dia behave. Tapi bila dengan ibu, lain pula jadinya. Perangai yang elok saja bila dengan ayah bertukar jadi lain bila dengan ibu kadang-kala siap tinggi suara lagi.
Kadang-kadang sedih pula ibu jadinya. Rasa tidak disayangi pun ada juga. Anak kecil baru umur lima enam tahun dah pandai tinggi suara dengan ibu bila dia rasa tak puas hati dan sebagainya.
Jadi apa yang kita sepatutnya parents ini patut buat bila anak jadi begini untuk elakkan dia terus berperangai begitu sampai dewasa nanti.
Anak mula tinggi suara dengan ibu, ayah perlu masuk campur
Jika anak buat perangai tinggi suara itu di depan ayah, ayah wajib masuk campur seperti kata Dr Redza Zainol. Katanya, peranan ayah dalam pembentukan peribadi seseorang anak itu amat penting.
Anak dikatakan lebih mudah dengar dan ikut cakap ayah berbanding ibunya walaupun ibu itulah yang mengandungkannya selama sembilan bulan dan bertarung nyawa melahirkannya.
2 perkara perlu buat kalau anak dah mula tinggi suara dengan ibu
Menurut Dr Redza, ini antara perkara yang ayah patut buat bila anak dah mula tunjukkan tanda-tanda yang dia rasa tinggi suara pada ibu itu perkara biasa.
Semakin lama semakin tinggi suaranya. Tutur kata anak ni mula jadi kasar, tangan mula diangkat-angkat, kaki dihentak-hentak.
Pada saat ibu mula membisu, pantas si ayah datang. Pendek dan ringkas saja ayat si ayah, terus anak mula menukar nada suara jadi lebih lembut dan tenang.
Menurut Dr Redza, jangan dibiar bila anak mula naik suara pada ibu. Cuba elakkan isteri berseorangan pada saat ini. Salah satu tugas ayah ialah sentiasa menjadi penyokong kepada isteri.
Caranya ialah bila anak mula ‘naik kepala’ dengan ibu, ayah kena terus tegur perbuatan anak jika dia berada di situ. Selepas ayah menegur anak, duduk berdekatan dengan mereka untuk pastikan dua perkara ini berlaku:
- Anak guna nada suara yang rendah dan lembut dengan ibu
- Isu yang cuba diselesaikan berlaku dengan penuh rasa hormat terhadap ibu
Kenapa anak lebih mudah dengar cakap ayah?
Kenapa anak lebih mudah dengar cakap ayah? Ayah tak perlu membebel pun anak dah ikut cakap. Ini sebabnya:
#1. Dia rasa ayah lebih berkuasa
Anak ni lebih mudah dengar cakap ayah berbanding ibu. Kita cakap pendek-pendek pun anak terus faham.
#2. Berharap pujian dari ayah
Anak sangat mengharap pujian dari ayahnya.
#3. Nak nampak sempurna di mata ayah
Sebab tu dia nak dirinya nampak sempurna di mata ayah. Bila ayah dah asyik perhati saat dia naik suara dengan ibu, cepat-cepat dia akan tukar nada suaranya tu.
#4. Anak seperti CCTV
Anak ni umpama CCTV. Apa yang mereka lihat dan dengar, dia akan tiru dan itulah yang membentuk diri mereka bila semakin dewasa.
#5. Ayah hero di hati anak
Percayalah, ayah adalah hero di hati anak. Mereka bangga dengan ayah masing-masing. Mereka nak jadi yang terbaik di depan kalian. Gunalah kelebihan ini untuk mempengaruhi anak anda menjadi manusia yang hormat ibu dan orang lain.
Selain itu, layanlah isteri anda dengan lembut dan penuh kasih sayang kerana anak itu ibarat CCTV yang akan meragam segala perbuatan anda dan menyangkan kembali menerusi tingkah lakunya.
Kenapa anak boleh bertindak tinggi suara, tak mahu dengar cakap?
Jangan terus melulu ingat anak tak sayang kita atau dia silap dididik. Sebenarnya ada beberapa sebab yang mungkin menjadi faktor anak bukan saja tinggi suara bila ditegur malah tak nak dengar cakap ibu.
#1. Keutamaan mereka tak sama dengan kita
Tiada kanak-kanak yang akan faham mengapa mandi itu kelihatan sangat perlu untuk kita dan setiap kanak-kanak selalunya mempunyai perkara lain yang dia sedang buat, yang mereka rasakan ‘lebih penting’ buat mereka.
Ia mungkin kelihatan tidak penting bagi kita, tetapi tidak bagi kanak-kanak. Yang dia sedang main itulah paling penting buatnya. Permainannya itu adalah kerjanya. Dan itulah cara kanak-kanak belajar.
Penyelesaiannya, pertama sekali, cuba berhubung dengan anak kita dengan memerhatikan apa yang dia sedang buat dan cuba untuk mengambil tahu apa yang dia sedang buat.
#2. Kita biasakan bila anak tak dengar cakap, kita jerit atau marah
Anak kita tak bodoh. Dia tahu dia boleh mendapat sebeberapa masa sebelum dia pergi mandi jika dia tidak mempedulikan arahan anda. Itu adalah sifat normal manusia terutamanya kanak-kanak.
Jadi, jika anak anda bersikap tidak mempedulikan sehingga 5 kali arahan dari ibunya, itu adalah petanda bahawa anda telah membiasakan anak anda untuk tidak serius sehinggalah anda naik angin dan menjerit.
Oleh itu, jangan beri arahan dari jauh, dari dapur contohnya. Pergi sedekat mungkin dengan anak anda dan sentuh mereka.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Ibu Bapa, Berhenti Tanya “Kenapa” Jika Mahu Anak Dengar Cakap Anda Bila Dia Buat Perangai
Baca juga: Tiada Anak Tantrum Di Perancis, Bagaimana Ibu Bapa Di Sana Ajar Mereka?
Baca juga: Ibu Bapa Yang Kerap Main Telefon Mungkin Punca Anak Buat Perangai!