Anda hamil? Lihat perubahan dari bulan pertama hingga terakhir anda

Bagi wanita yang hamil, selain perubahan hormon dan emosi yang ketara, mereka akan mengalami perubahan fizikal.

Kehamilan merupakan salah satu fasa yang membawa perubahan yang sangat besar kepada wanita. Terutamanya mereka yang pertama kali hamil, ini bermakna anda bakal memasuki dunia keibubapaan. Dunia yang penuh dengan cabaran dan ilmu baru.

Bagi wanita yang hamil, selain perubahan hormon dan emosi yang ketara, mereka akan mengalami perubahan fizikal. Tahukah anda apa yang sedang terjadi di dalam rahim anda dari bulan pertama hingga yang terakhir? Mari kita lihat perkembangan dari bulan pertama hingga ke akhir wanita hamil.

Bulan Pertama

Ibu:

Foto ehsan irish health

Bulan pertama memang berlainan bagi setiap individu. Selalunya, di bulan pertamalah kita akan menyedari yang kita hamil. Ada yang dapat tahu setelah haid tidak datang, ada yang tahu kerana mula mengalami alahan, malah ada yang memang menanti-nanti saat ini sudah bersedia dengan alat pengesan kehamilan (UPT).

Bayi:

Foto ehsan webmd

Ketika ini, bayi anda berukuran lebih kurang 0.1 hingga 0.2 milimeter sahaja. Dan disebut sebagai blastocyst. Pada usia tiga minggu, material genetik bayi anda sudah lengkap malah jantina sudah ditetapkan. Cuma, masih terlalu kecil untuk dilihat melalui ultrasound.

Bulan Kedua

Ibu:

Foto ehsan irish health

Di peringkat ini, kebanyakkan ibu hamil akan mengalami simptom-simptom hamil seperti alahan muntah, kerap pening kepala, mudah letih, kerap buang air kecil dan dan payu dara yang sensitif.

Bayi:

Foto ehsan webmd

Bayi anda kini hampir seinci dan dia sudah mempunyai semua kaki dan tangan. Namun mata belum terbentuk sepenuhnya lagi. 

Bulan Ketiga

Ibu:

Foto ehsan irish health

Anda sudah berada di akhir trimester pertama! Rahim anda kini semakin membesar dan boleh dirasaidi bahagian bawah abdomen. Perubahan fizikal lain ialah perubahan bentuk dan saiz payudara. Secara terperinci, saiz payudara semakin besar dan urat jelas kelihatan semakin banyak.

Bayi:

Foto ehsan pregnancyhealth

Bayi anda kini di dalam fasa fetus dan berukuran dua hingga empat inci panjang. Di hujung trimester pertama, semua organ telah ada. Bayi anda sudah mula bergerak walaupun anda belum boleh merasainya. 

Bulan Keempat

Ibu:

Foto ehsan fit pregnancy

Permulaan trimester kedua! Ketika ini, hormon semakin stabil, alahan semakin hilang dan badan anda semakin boleh menerima perubahan kehamilan. Kebanyakkan ibu hamil mula membeli belah pakaian baru kerana fizikal badan sudah banyak berubah.

Bayi:

Foto ehsan New Kids Center

Bayi anda kini sudah mencapai panjang lima hingga enam inci dan berat hingga 100 gram. Muka dan jantung bayi sudah terbentuk sepenuhnya di ketika ini. Namun, paru-paru masih lagi sedang membentuk. Bayi anda kini mula menghisap jari.

Bulan Kelima

Ibu:

Foto ehsan info baby

Perut anda mulai nampak lebih jelas. Anda mungkin anda mula rasa cepat penat kerana jantung anda mengepam lebih banyak darah. Sesetengah wanita hamil akan mengalami kembung dan sembelit. Ada juga yang akan mengalami pusat terkeluar.

Bayi:

Foto ehsan baby center

Bayi anda sudah melebihi enam inci dan berat melebihi 200gram. Rahim anda sudah setinggi pusat anda. Bayi anda kini boleh menyuap, merenggang dan membuat mimik muka. Jika anda belum merasainya, anda bakal merasai bayi anda bergerak.

Bulan Keenam

Ibu:

Foto ehsan fit preganancy

Rahim anda sudah sebesar bola keranjang! Kulit di bahagian perut anda mungkin akan mula terasa gatal kerana kulit sudah mula merenggang. Berat anda juga mungkin akan mula bertambah lebih kurang 500gram seminggu.

Antara yang mungkin akan dialami anda ketika ini ialah sembelit, pedih ulu hati, kekejangan kaki dan gusi berdarah. Jika keadaan tidak dapat ditahan, dapatkan nasihat doktor. Dengar kata badan anda, rehat jika perlu.

Bayi:

Foto ehsan The Bump

Bayi anda sudah semakin besar dan koordinasi tangan telah meningkat. Mata telah terbuka walaupun keadaan masih gelap di dalam rahim anda. 

Bulan Ketujuh

Ibu:

Foto ehsan fit pregnancy

Kaki dan tangan anda mula terasa kejang. Sendi-sendi anda terasa seperti longgar kerana badan anda sedang bersedia untuk bersalin. Sesetengah ibu akan mengalami Braxton Hicks, kontrasi yang tidak produktif.

Bayi:

Foto ehsan youtube

 

Mata bayi anda mula buka dan tutup serta bergerak rancak. Semua pergerakan ini terasa seperti hentaka kuat pada dinding abdomen dan diselangi dengan durasi senyap yang panjang. Jangan risau ini kerana selepas bergerak rancak, bayi anda perlu berehat.

Bulan Kelapan

Ibu:

Foto ehsan babycenter

Anda akan mula rasa tidak selesa kerana bayi anda mula menolak tulang rusuk dan organ anda. Tekanan di bahagian pelvik juga makin terasa kerana kedudukan bayi yang sudah ke bawah. Tidak hadam dan pedih ulu hati semakin terasa serta kulit semakin merenggang dan Braxton Hicks semakin kerap.

Bayi:

Foto ehsan youtube

Otak bayi anda ketika ini sedang berkembang dengan pesat dan paru-paru sudah hampir sepenuhnya berkembang. Kepala bayi sudah berada di posisi bawah ketika ini. Bayi anda akan dikira cukup bulan selepas melepasi minggu ke 37.

Bulan Kesembilan

Ibu:

Foto ehsan pinterest

Anda akan mula boleh bernafas lebih mudah kerana bayi anda semakin memasuki kawasan pelvis, memberi ruang di bahagian abdomen anda. Namun, waktu tidur menjadi lebih tidak selesa kerana size perut anda yang semakin besar. Malah anda akan mulai resah kerana rasa seperti bakal bersalin bila-bila masa.

Bayi:

Foto ehsan WBdaily

Bayi mencapai terma penuh apabila mencapai 38 hingga 40 minggu. Untuk keselamatan ibu dan bayi, selalunya doktor akan memastikan usia kandungan tidak melebihi 42 minggu.

Para suami, lihatlah perubahan yang dialami isteri anda. Diharap agar perkongsian ini dapat membantu anda lebih bersedia dengan perjalanan kehamilan anda. Kongsikan pengalaman anda dengan kami.

Sumber: irish health, webMD