X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Latih Anak Puasa Penuh, Awal Ashaari & Scha Al-Yahya Umpan Dengan Pergi Ke Jepun

3 min bacaan
Latih Anak Puasa Penuh, Awal Ashaari & Scha Al-Yahya Umpan Dengan Pergi Ke Jepun

Melatih anak kecil bukannya mudah, sebab itu Awal Ashaari dan Scha Al Yahya latih anak berpuasa penuh seawal usia dengan berikan ganjaran.

Selalunya setiap kali bulan Ramadan menjelma, pasti ibu bapa sudah mempunyai perancangan yang tersendiri untuk melatih dan mendidik anak-anak supaya turut berpuasa sama. Melatih anak berpuasa pada usia kecil bukanlah perkara yang mudah kerana mereka perlu menahan lapar dan dahaga sepanjang hari, turut tidak terkecuali pasangan suami isteri terkenal Awal Ashaari dan Scha Alyahya yang sedah melatih anaknya Lara Alana untuk berpuasa penuh.

Beri ganjaran bawa anak bercuti di Jepun jika puasa penuh

awal ashaari

Apa yang dilakukan oleh pasangan selebriti, Awal Ashaari & Scha Al-Yahya, untuk puasa kali ini dia dan isteri mempunyai cara yang tersendiri dengan berikan ganjaran kepada anaknya, Lara Alana.

Menurutnya, dia dan isteri telah berjanji dengan Lara akan membawanya pergi bercuti ke Jepun sekiranya dia dapat berpuasa penuh pada tahun ini.

“Saya dan isteri sebenarnya kami telah umpan dia (Lara) dengan beritahu kalau berjaya puasa penuh, kami akan bawa dia ke Jepun. Sebabnya dia suka Mario, jadinya kami rancang untuk bawa dia berjalan ke Mario World di Osaka, Jepun.”

“Kebetulan pun, memang rancang lepas hari raya nanti nak bercuti ke Jepun. Jadi alang-alang gunakan itu untuk umpan dia. Tapi kadang-kadang dia risau juga, sebab dia ada tanya kalau puasa tak penuh masih boleh ke pergi Jepun ke? Kami jawab, boleh sahaja.”, katanya lagi. 

Menurut penceramah Imam Muda Asyraf pula, tidak salah sekiranya ibu bapa beri ganjaran buat anak dalam mendidik anak memenuhi rukun islam yang ketiga. Hal ini akan memberikan semangat dan mereka teruja untuk berpuasa sepanjang bulan Ramadan yang berbaki 10 hari lagi. 

Tidak memaksa anak jika tidak larat berpuasa

Awal Ashaari turut menjelaskan kepada anaknya tentang konsep berpuasa yang wajib bagi umat islam berpuasa. Berpuasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, malah mengajar didik untuk jadi orang yang sabar.

Dalam masa yang sama, Awal dia tidak pernah memaksa anaknya berpuasa jika tidak larat. 

“Walaupun ada janjikan ganjaran, tetapi kami tetap berpesan pada dia yang puasa ini adalah kewajipan, kami ajar dia secara perlahan-lahan. Tidak memaksa pun, kalau dia tidak larat tidak mengapa. Proses belajar dan mendidik diri.”, jelasnya. 

Awal Ashaari turut berkongsi gelagat Lara Alana menerusi akaun rasminya di Tiktok bangun sahur biarpun kelihatan masih mengantuk lagi.

@awalashaari

Makhluk Bumi kembali lagi!! ♬ suara asli – Mimiperi Rapunchelle – Mimiperi Rapunchelle✨

 

Rasa teruja lihat anak berpuasa penuh

awal ashaari

Bagi Scha Al-Yahya pula, dia turut menzahirkan rasa bangga apabila melihat kebolehan dan kecekalan anaknya yang berjaya puasa penuh setakat ini. 

“Kalau tahun lalu, Lara puasa macam setengah hari sahaja, tapi alhamdulillah tahun ini dia berpuasa penuh. Kami nampak dia lebih bersedia dan relaks, malah tenaga dia juga banyak, pergi tuisyen, nampak improvement.”

“Saya bangga dengan dia dalam masa risau juga, kot-kot belakang kami dia buat apa-apa kan (makan dan minum). Ada masa, dia merungut juga kata penat, dia tanya sampai bila kena berpuasa. So, kami banyak buat aktiviti dan buat dia lupa dengan rasa lapar dan penat.”

Untuk info, sejak usia enam tahun lagi Lara telah belajar berpuasa dan ini merupakan tahun ke-3 untuk percubaan untuk Lara Alana berpuasa penuh.

Pasangan selebriti ini dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Lara Alana, 9 dan Lyla Amina, 2. 

Oh Bulan!

Tiktok: Awal Ashaari

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  3 kesalahan anda perlu ELAK semasa mengajar anak berpuasa

Baca juga:  Tips Untuk Menyesuaikan Anak Semasa Bulan Puasa

Baca juga:  Doa Ketika Sahur & Doa Buka Puasa, WAJIB Hafal & Tahu Maksudnya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • TAP Cadangan
  • /
  • Latih Anak Puasa Penuh, Awal Ashaari & Scha Al-Yahya Umpan Dengan Pergi Ke Jepun
Kongsikan:
  • Mencari Produk Untuk Percepat Penyembuhan Luka Jahit Bersalin? Ini 8 Produk Yang Terbaik Berkesan

    Mencari Produk Untuk Percepat Penyembuhan Luka Jahit Bersalin? Ini 8 Produk Yang Terbaik Berkesan

  • Susu Formula Untuk Bayi & Kanak-Kanak, Tinggi Nutrisi Untuk Perkembangan Si Manja

    Susu Formula Untuk Bayi & Kanak-Kanak, Tinggi Nutrisi Untuk Perkembangan Si Manja

  • Jangan Tersalah Pilih Sikat Rambut Untuk Bayi, Takut Luka Kulit Kepala. Ini Pilihan Yang Terbaik Untuk Bayi

    Jangan Tersalah Pilih Sikat Rambut Untuk Bayi, Takut Luka Kulit Kepala. Ini Pilihan Yang Terbaik Untuk Bayi

  • Mencari Produk Untuk Percepat Penyembuhan Luka Jahit Bersalin? Ini 8 Produk Yang Terbaik Berkesan

    Mencari Produk Untuk Percepat Penyembuhan Luka Jahit Bersalin? Ini 8 Produk Yang Terbaik Berkesan

  • Susu Formula Untuk Bayi & Kanak-Kanak, Tinggi Nutrisi Untuk Perkembangan Si Manja

    Susu Formula Untuk Bayi & Kanak-Kanak, Tinggi Nutrisi Untuk Perkembangan Si Manja

  • Jangan Tersalah Pilih Sikat Rambut Untuk Bayi, Takut Luka Kulit Kepala. Ini Pilihan Yang Terbaik Untuk Bayi

    Jangan Tersalah Pilih Sikat Rambut Untuk Bayi, Takut Luka Kulit Kepala. Ini Pilihan Yang Terbaik Untuk Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.