Ayam goreng mamak adalah salah satu hidangan yang popular di Malaysia, terutama di restoran mamak yang terkenal dengan pelbagai jenis masakan yang lazat dan unik. Ayam goreng ini terkenal dengan rasa rempahkuat dan tekstur rangup di luar serta lembut di dalam.
Bagi anda yang ingin mencuba resipi ayam goreng mamak rangup dan sedap, apa kata ikuti sahaja resepi Che Nom ini kerana penyediaannya cukup mudah.
Isi Kandungan
Resipi Ayam Goreng Mamak Rangup
Bahan Ayam Goreng Berempah Mamak
-
- ½ – 1 ekor ayam
- 2 inci halia
- 5 ulas bawang putih
- 300g tepung jagung
- 1 sb serbuk ketumbar
- ½ sb serbuk jintan manis
- ½ sb serbuk jintan putih
- 1 sb serbuk kari ikan/daging
- 1 sb serbuk cukup Rasa
- 1-2 sk garam
- 3 sb tepung beras
- 2 biji telur
- ½ sk pewarna merah
- ½ sk pewarna oren
- 1 sb jus limau
- Daun kari
Cara Buat Ayam Goreng Berempah Mamak
- Cara-cara untuk tepung salutan:
- Kisar halus halia dan bawang putih dengan sedikit air.
- Masukkan tepung jagung, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk kari ikan atau daging, serbuk cukup rasa, garam, tepung beras dan bahan kisar halus.
- Masukkan telur, lalu gaulkan kesemua bahan sambil memasukkan air sedikit demi sedikit. Gaul sehingga menjadi adunan yang tidak terlalu cair dan tiada ketulan tepung.
- Masukkan pewarna merah dan oren kedalam adunan.
- Masukkan potongan ayam lalu gaul sehingga adunan dan ayam bersalut sekata.
- Masukkan jus perahan limau atau lemon kedalam adunan ayam.
- Perap ayam lebih kurang 1 jam atau semalaman.
- Panaskan minyak lalu goreng ayam.
- Ketika menggoreng, tabur daun kari kedalam minyak dan goreng ayam sehingga masak.
- Angkat ayam goreng dan toskan minyak. Goreng juga lebihan adunan dan kemudian, Ayam goreng siap untuk dihidang.
Tips Ayam Goreng Berempah Mamak
- Minyak Panas: Pastikan minyak cukup dalam dan betul-betul panas untuk goreng ayam.
- Rempah Tambahan: Anda boleh menambah rempah lain seperti serbuk jintan manis atau serbuk kayu manis untuk memberikan rasa yang lebih sedap.
- Perap Lebih Lama: Perap ayam semalaman di dalam peti sejuk untuk memastikan rempah meresap sepenuhnya ke dalam ayam.
- Ayam Lebih Rangup: Untuk ayam yang lebih rangup, anda boleh menggoreng dua kali. Goreng ayam separuh masak terlebih dahulu, angkat dan biarkan sejuk seketika, kemudian goreng sekali lagi sehingga keemasan.
- Sambal dan Acar: Hidangkan ayam goreng ini dengan sambal belacan atau acar timun untuk menambah kepelbagaian rasa.
Ayam goreng mamak adalah hidangan yang mudah disediakan untuk seisi keluarga. Rempah-rempah yang digunakan memberikan rasa sedap dan aroma yang menyelerakan. Dengan resipi ini, anda boleh menikmati ayam goreng ini di rumah pada bila-bila masa. Selamat mencuba!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 8 Resepi Untuk Kanak-Kanak Yang Ringkas & Mudah Disediakan Ibu Dari Rumah
Baca juga: 17 Resepi Untuk Anak Picky Eater/ Memilih Makan, Menu Yang Sedap & Pikat Selera Si Manja