X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Jika anda suka bawa anak main bouncy castle, hati-hati dengan risiko tak disangka ini!

3 min bacaan
Jika anda suka bawa anak main bouncy castle, hati-hati dengan risiko tak disangka ini!

Terdapat pelabagai kes kemalangan dan kematian yang melibatkan bouncy castle. Ibu bapa perlu tahu tentang bahaya bouncy castle untuk keselamatan anak

Apabila anda pergi ke pusat membeli belah atau acara untuk budak-budak, pasti ada bouncy castle  kan? Anak-anak pula memang akan tarik-tarik tangan anda untuk pergi bermain. Tapi, adakah anda tahu tentang bahaya bouncy castle ini?

Pada tahun 2015, seorang kanak-kanak di Florida cedera selepas bouncy castle terperangkap di dalam puting beliung. Pada tahun 2016 pula, seorang kanak-kanak berusia 7 tahun bernama Summer Grand mati selepas bouncy castle diterbangkan oleh angin kuat semasa Summer bermain di dalam bouncy castle tersebut.

Walaupun amaran ramalan cuaca yang menyatakan akan ada angin yang kuat pada hari itu, pesta tersebut tetap memasang bouncy castle.

Saksi di pesta berkenaan berkata yang bouncy castle tersebut jatuh dan terbang tinggi sehingga anggaran 50 kaki akibat dari angin kuat.

Pekerja di pesta tersebut telah ditahan dan mereka mengaku tidak bersalah atas tuduhan kecuaian yang melampau. Perbicaraan kes ini masih diteruskan.

bahaya bouncy castle, bouncy castle, risiko bpuncy castle, bahaya istana terapung, keselamatan anak

Semakin ramai ibu bapa yang sedar akan bahaya bouncy castle

Pada tahun 2012, lebih kurang 30 kanak-kanak di Amerika Syarikat telah dirawat oleh kecederaan dari bermain bouncy castle. Manakala di UK, lebih kurang 10,000 kecederaan direkodkan setiap tahun.

Baru-baru ini, seorang ibu di Singapura memberi amaran pada ibu bapa lain tentang bahaya bouncy castle. Menurut perkongsiannya, Ibu, Joanna Shen membawa anaknya ke zoo seni. Tapi hari yang sepatutnya menyeronokkan itu bertukar menjadi hari yang menakutkan pada ibu tersebut.

Ketika mereka hendak turun dari gelongsor bouncy castle, pekerja di sana mennyuruh dia dan anaknya untuk gelongsor secara berasingan. Jadi dia membiarkan anaknya turun dulu. Ketika tiba di bawah, anaknya tersadung dan mula menangis kesakitan.

bahaya bouncy castle, bouncy castle, risiko bpuncy castle, bahaya istana terapung, keselamatan anak

Joanna terkejut apabila mendapati lengan kiri anaknya patah dan anaknya terpaksa dikejarkan ke hospital. Ia akan menambil masa lebih 1 bulan untuk anaknya sembuh seperti sediakala.

Jadi sama ada anda berhajat untuk pergi ke pesta atau merancangkan majlis hari jadi anak anda, adalah penting untuk anda sedar akan bahaya bouncy castle bagi membiarkan anak anda bermain tanpa rasa takut.

Cara melindungi anak anda dari bahaya bouncy castle

1. Ajar anak anda tentang zon selamat

Bouncy castle dipasang dengan cara yang berbeza dan sebahagian daripadanya boleh mengempis dari masa ke semasa. Oleh itu, bouncy castle boleh jatuh dan tidak selamat. Pastikan anak anda bermain di bahagian tengah dan elakkan dinding dan sudut.

2. Perhatikan anak anda

Pastikan ada orang dewasa yang menjaga kana-kanak semasa bermain di dalam bouncy castle. Pastikan ia diikat dengan tali atau ditahan dengan beg pasir.

bahaya bouncy castle, bouncy castle, risiko bpuncy castle, bahaya istana terapung, keselamatan anak

3. Jangan bermain dengan terlalu kasar

Permukaannya memang lembut dan fleksibel, tetapi kecederaan masih boleh berlaku. Ini kerana kanak-kanak leka semasa bermain dan boleh menyebabkan aksi tolak-menolak atau melompat terlalu banyak.

Jika anda perhatikan yang anak anda main dengan kasar, hentikan mereka segera.

4. Patuhi amaran cuaca

Pastikan tiada amaran angin kuat pada hari tersebut. Jika ada, anda patut berhati-hati dan tidak pergi bermain bouncy castle. Ada banyak cara untuk bermain tanpa bouncy castle..

5. Pastikan bouncy castle sesuai dengan umur

Apabila anda mengadakan majlis untuk anak anda, ada pelbagai kanak-kanak lapisan umur akan hadir. Pastikan kanak-kanak yang besar dan kecil tidak bermain bersama. Remaja dan dewasa tidak boleh bermain bouncy castle semasa kanak-kanak sedang bermain. 

 

 

 

 

 

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sunber rujukan: TheAsianparent Singapore

Baca juga: 

Anak suka bawa masuk mainan dalam bilik mandi? Anda pasti terkejut baca kajian ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • Jika anda suka bawa anak main bouncy castle, hati-hati dengan risiko tak disangka ini!
Kongsikan:
  • Mum Warns Of Bouncy Castle Dangers After Toddler Fractures Her Arm

    Mum Warns Of Bouncy Castle Dangers After Toddler Fractures Her Arm

  • Berenang Adalah Senaman Yang Paling Baik Semasa Mengandung

    Berenang Adalah Senaman Yang Paling Baik Semasa Mengandung

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Mum Warns Of Bouncy Castle Dangers After Toddler Fractures Her Arm

    Mum Warns Of Bouncy Castle Dangers After Toddler Fractures Her Arm

  • Berenang Adalah Senaman Yang Paling Baik Semasa Mengandung

    Berenang Adalah Senaman Yang Paling Baik Semasa Mengandung

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.