X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

BAHAYA: Hati-Hati Dengan Permainan "Ekor Ikan Duyung" Ini!

3 min bacaan
BAHAYA: Hati-Hati Dengan Permainan "Ekor Ikan Duyung" Ini!

Permainan berbahaya ini hampir meragut nyawa seorang kanak-kanak! Pantau anak-anak anda jika mereka ingin berenang dengan ekor ikan duyung.

Video yang menggemparkan!

Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial Facebook. Ramai yang terkejut dan bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka selepas menonton video tersebut. 

Video yang mengambil tempat di Amerika Syarikat itu menunjukkan seorang ibu sedang beriadah dengan anak-anaknya di kolam renang belakang rumah.

Dapat dilihat anak perempuannya berenang sambil memakai satu “ekor ikan duyung” yang menjadi trend hangat kini.

Tiba-tiba, anak perempuan itu hampir lemas kerana tersangkut setelah dia membalikkan dirinya. Semuanya kerana suit ekor ikan duyung tersebut.

Jadi, awas ibu bapa semua! Jaga-jaga dengan permainan baru ini. Ia mampu mengundang padah. 

Ekor Ikan Duyung Menyukarkan Anak-Anak Berenang

Oleh sebab ia salah satu trend hangat kini, ramai orang dewasa malah kanak-kanak memilih untuk pergi berenang dengan memakai ekor ikan duyung ini. 

BAHAYA: Hati-Hati Dengan Permainan Ekor Ikan Duyung Ini!

Kredit gambar: Fantasy Fin

Ekor ini dibuat daripada kain fabrik yang dibentuk menjadi seolah-olah sirip ekor ikan duyung.

Ia panjang dan diakhiri dengan bahagian sirip ekor yang luas. Pemakai harus memasukkan kedua-dua kakinya ke dalam ekor ini.

Mengapa ia menjadi satu trend? Kerana dengan memakai ekor ini, pemakai boleh berenang seakan-akan ikan duyung atau ikan. Netizen merujuk aktiviti tersebut sebagai “mermaiding”.

Tapi, ia sebenarnya membahayakan! Hal ini sebab kaki anda harus diikat bersama-sama (ketat memakai ekor ini), lalu menyukarkan anda untuk berenang!

Malah, anda juga perlu menahan nafas dengan lebih lama jika ingin berenang dengan ekor ini.

Ia berat dan jika anda tak boleh menahan nafas, anda mungkin akan pitam! 

Ikut Panduan Keselamatan Ini

Oleh sebab ia telah mencetuskan pelbagai kebimbangan, kebanyakan syarikat yang mengeluarkan permainan ini telah mengesyorkan beberapa langkah keselamatan yang harus dipatuhi pengguna. 

Antaranya adalah:

  • Produk ini hanya untuk perenang yang berpengalaman dan kuat – berusia enam tahun ke atas.
  • Jangan menggunakan permainan sebagai pelampung.
  • Pengawasan daripada orang dewasa adalah wajib.
  • Kanak-kanak harus belajar bagaimana ingin menggunakan ekor ini.
  • Jangan guna ekor ini dalam air yang cetek.

Pemakai suit ekor ikan duyung ini juga diminta untuk mahir dalam beberapa kemahiran berikut, bagi menjamin keselamatan:

  1. Back float selama 30 saat: Penting untuk rasa selamat, tenang dan boleh berehat dalam air, jika anda kepenatan.
  2. Berguling daripada front float ke back float: boleh berpusing, mengekalkan kawalan dan selesa dalam air.
  3. Berenang 25 meter/kilometer dan bernafas tanpa bantuan ketika berenang: tak boleh pergi ke tepi kolam!
  4. Tendangan ikan lumba-lumba ke hadapan sebanyak 5 kali, tarik nafas dan ulang sekali lagi: ini pergerakan asas untuk anak anda boleh berenang dengan ekor ikan duyung ini.

Patuhi semua panduan ini sebelum anda berenang dan mermaiding bersama-sama ekor ikan duyung tersebut. 

Jika anda ingin membenarkan anak-anak anda bermain permainan ini, sila pantau dan sentiasa awasi mereka. Berenang juga boleh menyebabkan mereka lemas. Inikan pula dengan ekor ikan duyung yang entah berbahaya ini!

Jika anak anda berkeras untuk mendapatkan permainan ini, tunjukkan mereka video keselamatan di bawah, agar mereka tahu keselamatan yang perlu dipatuhi:

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Sumber rujukan: Kids Safety Network

Kredit gambar: Cute Girls Hairstyles

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • BAHAYA: Hati-Hati Dengan Permainan "Ekor Ikan Duyung" Ini!
Kongsikan:
  • Keraplah Bagi Anak Makan Ikan, Biar Si Kecil Sihat & Jauh Dari Penyakit - Pakar Pemakanan

    Keraplah Bagi Anak Makan Ikan, Biar Si Kecil Sihat & Jauh Dari Penyakit - Pakar Pemakanan

  • Minyak Ikan Tidak Hanya Bagus Untuk Ibu Hamil, Ia Juga Mampu Elakkan Ekzema Pada Bayi

    Minyak Ikan Tidak Hanya Bagus Untuk Ibu Hamil, Ia Juga Mampu Elakkan Ekzema Pada Bayi

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Keraplah Bagi Anak Makan Ikan, Biar Si Kecil Sihat & Jauh Dari Penyakit - Pakar Pemakanan

    Keraplah Bagi Anak Makan Ikan, Biar Si Kecil Sihat & Jauh Dari Penyakit - Pakar Pemakanan

  • Minyak Ikan Tidak Hanya Bagus Untuk Ibu Hamil, Ia Juga Mampu Elakkan Ekzema Pada Bayi

    Minyak Ikan Tidak Hanya Bagus Untuk Ibu Hamil, Ia Juga Mampu Elakkan Ekzema Pada Bayi

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.