Tersalah Cara Guna Pressure Cooker, Sup Panas Tersembur Ke Muka & Badan Hingga Melecur Teruk

Bahaya pressure cooker boleh menyebabkan seseorang mengalami kemalangan ketika memasak jadi pengguna perlulah sentiasa waspada.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kini sudah banyak perkakas masakan yang memudahkan kerja-kerja memasak di rumah seperti penggoreng udara, ketuhar yang diintegrasikan bersama pemanas makanan dan juga pressure cooker. Namun, bahaya pressure cooker boleh menyebabkan seseorang mengalami kemalangan ketika memasak.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Bahaya pressure cooker, badan dan muka lelaki ini melecur teruk
  • Elakkan bahaya menggunakan periuk tekanan, #3 paling penting!
  • Pressure cooker boleh memudahkan proses masakan ketika di rumah

Apabila menggunakan apa-apa barangan dapur, kita perlulah berwaspada dengan membaca arahan yang berada dalam kotak perkakas masakan tersebut agar dapat mengelakkan malang yang tidak berbau.

Bahaya pressure cooker, badan dan muka lelaki ini melecur teruk

Di Miri baru-baru ini, seorang lelaki telah terlibat dalam kemalangan ketika menggunakan periuk tekanan semasa memasak sup ayam di rumahnya.

Menurut lelaki tersebut yang dikenali sebagai Hey Zyken di Facebook, dia sedang menunggu sup ayamnya yang dimasak menggunakan periuk tekanan untuk siap masak, dan ketika itulah dia cuba untuk memeriksa masakannya itu.

Namun, silap lelaki berkenaan adalah dia tidak menunggu hingga wap panas keluar sepenuhnya dari corong penutup periuk tersebut, dan terus melulu membuka penutup periuk tekanan yang menyebabkan terjadinya sebuah memori ngeri untuk lelaki ini.

Penutup periuk tekanan tersebut telah terpelanting dan terkena muka lelaki berkenaan dan wap panas yang keluar dari periuk tersebut juga telah menyebabkan kulit muka dan badan lelaki tersebut melecur teruk.

Tindakan pantasnya untuk mengalirkan air sejuk di seluruh muka dan badan menyelamatkan dirinya dari mengalami lecur yang lebih teruk. Isterinya juga bertindak pantas untuk terus membawa suaminya ke Hospital Miri.

“Nasihat saya, jika kamu masak menggunakan pressure cooker, pastikan wap dari pressure cooker telah keluar sepenuhnya dari corong kecil di atas penutup itu. Biarkan selama 10-15 minit sebelum membuka penutup tersebut. Jika tidak, jadilah kes macam saya. Buat pengajaran saya dan anda semua.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Elakkan bahaya menggunakan periuk tekanan

Setiap perkakas masakan pasti anda caranya yang tersendiri yang perlu pengguna ambil tahu untuk mengelakkan bahaya. Waspadalah dengan cara penggunaan periuk tekanan supaya tahan lebih lama, dan keselamatan anda juga terjamin.

Setiap perkakas masakan membawa bahaya tersendiri. Sumber gambar: Usnplash

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Menjaga lapisan Teflon. Sama seperti kuali tidak melekat, anda tidak boleh menggunakan perkakas logam untuk menggaul masakan agar tidak mencalarkan bahan Teflon yang digunakan dalam periuk tersebut. Begitu juga dengan ketika anda hendak mencuci periuk ini, tidak boleh menggunakan berus dawai ya!
  • Menukar mangkuk setiap 5 tahun. Bagi apa-apa produk yang menggunakan Teflon, pengguna perlulah menukarnya setiap 5 tahun agar kualiti masakan terjaga dan ia juga tidak mendedahkan anda kepada risiko ketidaksihatan. Ini juga tempoh yang diperuntukkan oleh pengeluar untuk operasi permukaan Teflon.
  • Jangan buka penutup ketika hidangan dimasak. Sekiranya hidangan anda sedang dimasak, anda tidak perlu untuk membuka penutup periuk bagi memastikan makanan anda sudah siap masak. Apabila hidangan sudah sedia, periuk tekanan anda pasti akan memberitahu anda.

Pressure cooker memudahkan proses masakan ketika di rumah

Walaupun kisah yang telah dikongsikan oleh lelaki tersebut di Facebooknya agak mengerikan, namun produk pressure cooker ini bukanlah tidak bagus untuk digunakan. Selagi kita menggunakannya dengan berhati-hati, pasti tidak akan ada masalah.

Terdapat beberapa kebaikan yang boleh didapati dari menggunakan periuk tekanan ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Menjimatkan masa. Tidak dinafikan bahawa memasak menggunakan pressure cooker lebih menjimatkan masa. Hanya sediakan bahan-bahan yang anda hendak gunakan untuk memasak dan periuk tersebut akan melakukan kerjanya sendiri.
  • Penggunaan yang mudah. Tidak susah untuk anda menggunakan periuk tekanan ini untuk menyediakan hidangan. Bahkan, mereka yang tiada ilmu memasak pun boleh sediakan hidangan menggunakan perkakas masakan ini!

Memasak menggunakan pressure cooker lebih mudah. Sumber gambar: dekoruma.id

  • Jimat ruang. Sekiranya anda mempunyai periuk tekanan multifungsi, ia boleh menjimatkan ruang kerana ia dapat menggantikan pelbagai perkakas lain seperti mesin pembuat roti, ketuhar, mesin pemanas makanan dan banyak lagi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Anak Juga Terdedah Dengan Risiko Kemalangan Di Rumah, Ibu Ayah Awasi Si Manja Anda!

Baca juga: Gara-Gara Letak Tong Gas Dalam Kabinet Tertutup, Wanita Melecur Disambar Api Ketika Memasak!

Baca juga: Amaran Seorang Ibu: JANGAN Gendong Bayi Ketika Memasak Di Dapur Kalau Tak Mahu Menyesal!