Meskipun berhijrah dan menetap di luar negara, masih ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak mengalami kejutan budaya dengan sentiasa menjaga batas aurat perempuan Muslim.
Penghijrahan rakyat Malaysia ke luar negara bukanlah sebuah perkara yang asing lagi bagi kita.
Bukan sahaja untuk tujuan belajar, sesetengah daripada mereka mengambil keputusan untuk bekerja dan terus menetap di negara orang. Pastinya, bekerja di luar negara memberikan sedikit kesukaran kerana perbezaan pegangan agama dan budaya yang mereka amalkan.
Memahami batas aurat wanita Muslim
Kredit Foto: Hijab& Heels
Majoriti daripada penduduk di negara Barat menganuti agama Kristian. Hal ini membuatkan mereka mungkin tidak begitu memahami pegangan agama Islam.
Namun, hal ini terbukti tidak berlaku di negara United Kingdom apabila masyarakat di sana mengamalkan sikap keterbukaan dalam menerima batas aurat seorang wanita sebagai seorang beragama Islam.
Menurut seorang doktor junior dari Malaysia iaitu Farah Shaheera Roslan, dia telah berkongsi ideanya untuk menghasilkan tudung pakai buang ‘steril’ yang boleh digunakan oleh kakitangan Islam ketika berada dalam bilik kecemasan.
“Kesibukan kerja setiap hari menyebabkan saya menggunakan tudung yang sama, namun ternyata ia tidak bersih dan sesuai ketika dalam dewan pembedahan,” katanya.
Lebih menyedihkan, dia pernah diminta keluar dari bilik pembedahan kerana menggunakan tudung yang sama sepanjang hari kerana aspek kebersihan adalah perkara keutamaan dalam dunia perubatan.
Tidak hanya persekitaran di hospital, ramai yang masih tidak sedar bahawa pakaian juga memberikan jangkitan virus kepada pesakit mahupun pelawat. Sebab itulah setiap doktor atau kakitangan hospital perlu menjaga penampilan mereka supaya sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas.
Selepas insiden dirinya diminta keluar dari bilik pembedahan secara sopan bagi mengelakkan jangkitan ketika bertugas di Hospital Royal Derby.
Timbul Idea Mencipta Tudung Pakai Buang
Kredit Foto: The Vocket
Walaupun dia ‘ghairah’ menjalankan tugas dalam dewan pembedahan, dia masih memiliki iman untuk menjaga batas aurat dan menegaskan bahawa dia tidak selesa untuk membuka tudung.
Secara tiba-tiba dia terfikirkan idea untuk menghasilkan hijab pakai buang bagi memudahkan dirinya dan kakitangan hospital yang beragama Islam yang lain menjalankan tugas.
Nasibnya baik apabila pihak atasan hospital menyambut baik cadangan Farah kerana percaya ia akan menjadi hospital pertama di United Kingdom untuk memperkenalkan tudung yang selamat kepada kakitangan ketika berada dalam dewan pembedahan.
Farah mengambil ilham berdasarkan gaya tudung yang terdapat Malaysia sebelum membuat rekaan serta memilih material fabrik yang bersesuaian dalam menyelesaikan masalah ini.
“Saya berasa sangat gembira dan tidak sabar-sabar untuk melihat jika kami boleh mendapat sokongan secara peringkat nasional,” katanya.
Kongsinya lagi, dia lebih selesa apabila memakai ‘sterile’ hijab berbanding hijab biasa.
Di samping itu, perunding pakar bedah dan mentor Farahiaitu Gill Tierney menyatakan bahawa dia yakin idea hijab pakai buang ini adalah idea yang pertama diperkenalkan di UK untuk kegunaan semua petugas perubatan.
“Di bilik-bilik pembedahan seluruh negara tidak menyuarakan mengenai isu tersembunyi ini dan saya yakin pengenalannya masih belum dilakukan secara formal,’’
“Penghasilan hijab sterile ini tidak memerlukan kos yang tinggi dan boleh memberikan impak yang positif buat semua kakitangan hospital,’’ tambahnya.
Elak jangkitan penyakit ketika bertugas
Foto: says.com
The University Hospital of Derby dan Burton NHS Trust merasmikan tudung pakai buang ini dan kakitangan hospital boleh menggunakannya buat pertama kali pada bulan Disember.
Pemakaian hijab ketika wanita yang bekerja di luar negara pastinya akan menjadi isu yang rumit seperti apa yang dipaparkan di laman media sosial.
Namun, hal ini ternyata tidak kepada semua masyarakat luar apabila ada di antara mereka menerima kakitangan berhijab menyuarakan pendapat mengenai batas aurat bagi memudahkan urusan pekerja perubatan yang beragama Islam.
Ia sebenarnya berkaitan dengan konsep penerimaan masyarakat tempatan dan menitikberatkan kepercayaan agama seseorang dalam menjalankan tugas masing-masing.
Penghasilan tudung ‘sterile’ di hospital United Kingdom ini telah mendapat liputan media seluruh dunia.
Dalam hal ini, petugas perubatan perlu menyedari bahawa tudung dan pakaian mereka juga sebenarnya membawa risiko jangkitan bakteria kepada para pesakit.
Idea kreatif dari anak kelahiran Malaysia ini telah menjadi kebanggaan buat seluruh masyarakat Malaysia.
Di samping menjalankan tugas, dia juga tidak meninggalkan kepatuhan batas aurat sebagai seorang wanita Muslim.
Diharapkan hospital-hospital di Malaysia juga mengambil idea bernas ini kerana penggunaan sterile hijab jauh lebih mudah, boleh dipakai buang serta terhindar dari sebarang bakteria.
Sumber: Sirap Limau
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comtudung-bawal-exclusive
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!