Ingatkan Hanya Cirit-Birit Biasa, Ibu Tidak Perasan Anak Tertelan Bateri Hingga Usus Kena Belah

Bateri kecil yang tertelan oleh anak boleh membahayakan usus mereka. Seperti yang dialami ibu ini, anaknya terpaksa menjalani pembedahan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak yang sedang membesar cenderung untuk mencuba pelbagai perkara yang ada di sekeliling mereka. Seperti situasi dihadapi ibu ini, dalam tidak sedar anaknya telah termakan bateri kecil ketika menginap di hotel.

Siti Nursuha’yati telah memuat naik beberapa keping gambar di Facebook dan meminta doa orang ramai agar anaknya selamat menjalani pembedahan usus.

Ibu tidak perasan anak termakan bateri, alami cirit birit beberapa hari

Difahamkan bateri kecil jenis bulat telah berada selama tujuh hari dalam perutnya dan doktor terpaksa melakukan pembedahan.

”Sebagai ibu, saya rasa down sangat sebab kecuaian saya, anak merana. Rasa macam jadi mak yang tidak berguna dan cuai,” luah Nursuha’yati.

Menceritakan lebih lanjut, pada mulanya dia tidak mengesyaki apa-apa dan menganggap anak hanyalah cirit-birit biasa. Namun adik iparnya telah tergerak hati dan meminta lakukan xray.

”Memang tidak sangka ada bateri button dalam perut. Macam mana saya yakin bateri? Sebab sebelum kejadian saya ada outstation di Melaka. Masa tengah kemas barang-barang untuk check out, saya masuk bilik dan nampak anak tengah main bateri yang ada dalam laci.”

”Saya pun ambil simpan. Memang tak sangka langsung dia dah telan bateri tu. Dia juga tidak tunjukkan sebarang tanda lain kecuali cirit-birit.” kongsinya.

Paling menyedihkan apabila doktor memberitahu ada beberapa risiko yang berkemungkinan terjadi jika melakukan pembedahan. Tolong jadikan kisah ini sebagai pengajaran.

Nampak anak tiba-tiba berubah jadi lain, terus bawanya ke hospital.

Doktor terpaksa belah usus dan buang sekali apendik

Menerusi perkongsian semalam, Nursuha’yati mengucapkan terima kasih kepada ibu-ibu lain yang telah mendoakan anaknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Sekarang anak saya dah selamat buat pembedahan. Pada mulanya, pakar bedah cuba tarik bateri menggunakan magent. Namun tidak berjaya. Jadi mereka terpaksa belah usus untuk keluarkan bateri dan buang sekali apendik.”

”Mula-mula percubaan tebuk tiga lubang sahaja, tapi tidak berjaya. Kena buat tambahan belah dalam 5cm perut dan usus. Alhamdulillah tidak perlu belah dari atas ke bawah untuk keluarkan usus dan cari bateri.” kongsinya.

Tambahnya lagi, keadaan usus anaknya kemerahan. Namun tidak sampai bocor lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Mohon ibu-ibu yang lain ambil pengajaran dari kisah saya. Sebagai ibu, saya telah berjaga-jaga di rumah. Tetapi terkena di tempat lain pula. Kesimpulannya sebelum masuk mana-mana hotel atau homestay, periksalah dahulu ada tidak barang-barang bahaya untuk anak kecil,” pesannya.

Perkongsian terbaharu Nursuha’yati menyatakan kerisauannya terhadap keadaan anak selepas pembedahan.

Tolong doakan lagi. Anak demam pula. Ingat selepas kena bedah, dah lega. Tapi tak lagi. Ada risiko usus yang dijahit bocor semula. Dia kena puasa lama untuk bagi usus rehat. Masa kena bedah, usus anak jadi bengkak juga sebab doktor bukan belah usus sahaja, tetapi buang sekali apendik untuk elakkan masalah yang akan jadi masa akan datang.

Kesian dia. Lepas siap pembedahan, habis bius duk menangis dan menjerit kesakitan. Sekarang ini pula, dia start demam. Kena buka jarum lama. Cari urat baru tapi tak jumpa pula.

Tiga kali nurse cuba, lastly cucuk di kaki. Melalak dia dengan sakit tempat luka. Bibir kering berpuasa lama. Sebelum pembedahan dah kena puasa, lepas kena bedah kena puasa lagi 48 jam. Dah berapa hari dia tak makan nak bagi usus kering elok.

Pastinya bagi mana-mana ibu tidak sanggup untuk melihat anak berada dalam kesakitan. Kalau boleh, mahu sahaja gantikan tempat anak agar dia tidak terseksa dengan ujian ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kami di theAsianparent Malaysia mendoakan agar ibu dan anaknya kekal kuat dan tabah menghadapi waktu sukar ini. Semoga segera diberikan kesembuhan dan membesar dengan sihat. Amin!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Bapa Berdepan Detik Cemas Anak Tertelan Bateri Jam Tangan & Esofagusnya Terbakar

Baca juga: “Takut Anak Penat..”- Ibu Tidak Perlu Risau Tentang ‘Bateri’ Anak, Agar Tidak Jahil Ilmu Agama

Baca juga: Bayi Comel 8 Bulan Cacat Seumur Hidup Kerana Tertelan Bateri, Itulah Bahayanya Bateri Lithium Dalam Mainan Kanak-Kanak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan