Anak Batuk Lama Mungkin Menghidap Batuk Kering, Ibu Ayah Waspada 9 Tanda Ini!

Anak batuk kering membuatkan ibu ayah risau kerana si manja akan merengek dan sukar tidur malam. Ini apa anda perlu tahu jika anak asyik batuk tak berhenti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Batuk kering kanak-kanak mungkin akan bermula sebagai batuk atau penyakit flu biasa saja. Tapi apabila anak tidak berhenti batuk selama 2 minggu dan tidak menunjukkan tanda akan sembuh, ada kemungkinan anak batuk kering.

Penyakit tuberkulosis (TB) atau batuk kering adalah sejenis jangkitan yang disebabkan oleh mikroorganisma yang dikenali sebagai Mycobacterium Tuberculosis. Batuk kering biasanya menjejaskan paru-paru tapi ia juga boleh menjejaskan organ lain seperti nodus limfa, larynx (kotak suara), tulang, usus, dan buah pinggang.

Baca juga: Ibu Ayah Peka Kesihatan Anak, Batuk Kokol Boleh Berjangkit & Mengakibatkan Kematian

Tanda-tanda anak batuk kering yang ibu bapa perlu tahu

Baru-baru ini theAsianparent telah menemubual Dr Ong Kian Chung, seorang doktor pakar pernafasan di Hospital Mount Elizabeth,  untuk memahami dengan lebih lanjut tentang penyakit batuk kering pada kanak-kanak muda.

Menurut Dr. Ong, untuk orang dewasa, batuk yang berterusan lebih dari 3 minggu perlu dinilai dengan lebih teliti. Ini kerana batuk yang disebabkan oleh penyakit flu atau selesema biasanya tidak berterusan sebegitu lama.

Antara penilaian yang akan dilakukan doktor apabila terdapat kes batuk berterusan yang melebihi  3 minggu ialah sinar X-dada. Tanda-tanda lain bagi jangkitan batuk kering kanak-kanak atau TB termasuklah:

  • Demam
  • Menggigil
  • Berpeluh (terutamanya pada waktu malam)
  • Turun berat badan yang tidak dapat dijelaskan
  • Banyak kahak
  • Batuk darah
  • Rasa sakit di dada
  • Kesesakan nafas
  • Kurang selera makan

Bagaimana batuk kering kanak-kanak merebak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Batuk kering boleh merebak melalui rembesan air liur ke udara apabila pesakit batuk. Apabila orang lain menghidu rembesan titisan air yang mengandungi kuman ini, kuman akan masuk ke dalam paru-paru dan mula bertambah sehingga menyebabkan batuk kering.

Dalam kes terpencil, kuman batuk kering boleh masuk ke saluran darah dan merebak ke organ lain dalam badan.

Diagnosis awal amat penting supaya rawatan segera boleh diberi agar penyakit ini tidak semakin merebak. Penyakit batuk kering kanak-kanak boleh dirawat dengan mengambil ubat dan rawatan awal untuk mengurangkan kerosakan paru-paru (atau organ lain yang terjejas).

Kesan anak batuk berpanjangan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak yang berusia 5 tahun senang terkena penyakit batuk kering kerana sistem imun mereka lebih lemah. Berbanding orang dewasa, penyakit ini boleh merebak dan bertambah teruk dengan lebih cepat apabila kanak-kanak yang dijangkiti.

Tanda-tanda batuk kering kanak-kanak lebih kurang sama seperti orang dewasa tapi mungkin nampak tidak terlalu jelas pada ibu bapa.

Kanak-kanak dengan batuk berterusan, selama 2 minggu, yang menunjukkan penurunan berat badan, dan nampak lemah perlu dinilai untuk penyakit batuk kering kanak-kanak. Lebih-lebih lagi jika kanak-kanak itu telah terdedah kepada orang lain yang mengalami jangkitan batuk kering yang aktif.

Langkah seterusnya jika anda syak anak kena batuk kering

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

  • Rawatan doktor pakar harus bermula dengan segera
  • Jika ubat yang diberi berkesan, pesakit boleh dianggap tidak lagi berjangkit selepas 2 minggu.
  • Pesakit tidak boleh pergi ke sekolah, atau melancong sehingga rawatan 2 minggu itu tamat untuk mengelak menjangkiti orang lain
  • Ahli keluarga juga harus mengelakkan hubungan rapat dengan pesakit dalam tempoh ini.

Petua mencegah penyebaran penyakit batuk kering kanak-kanak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Sekiranya anda menghidap penyakit batuk kering atau TB, adalah penting untuk menghabiskan ubatan yang diberi walaupun anda tidak lagi menunjukkan tanda-tanda penyakit
  2. Kuarantin diri di rumah selama 2 minggu pertama selepas memulakan rawatan.
  3. Tutup mulut anda dengan tisu apabila anda batuk/bersin. Anda juga boleh memakai topeng mulut dan pastikan anda selalu menjaga kebersihan yang baik.
  4. Jika anda menunjukkan tanda-tanda TB, jumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan pengesahan.
  5. Amalkan gaya hidup yang sihat untuk memastikan sistem imun anda sentiasa kuat.

Jika orang yang anda sayangi menunjukkan tanda-tanda batuk kering diatas, bawa mereka untuk mendapatkan rawatan segera untuk mencegah penyebaran penyakit. Jangan berlengah atau tunggu keadaan si manja semakin teruk, kerana ia boleh menyebabkan keadaan kesihatan bertambah buruk.

Aktikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore.

Baca juga: Cara Hilangkan Batuk Bayi Dengan Cepat & Berkesan, Hanya Guna Bahan Dari Dapur!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio