5 Faktor Bayi Lambat Tumbuh Gigi, Patutlah 9 Bulan Pun Masih Belum Ada!

Bayi sudah masuk ke umur 9 bulan tapi gigi pertama belum kelihatan? Ini antara faktor mengapa ia terjadi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Secara lazimnya, bayi mula tumbuh gigi sekitar umur enam bulan ketika mereka mula belajar makan. Tapi ada juga sesetengah bayi bayi lambat tumbuh gigi. Kedengaran amat pelik, dan pastinya merisaukan!

Berdasarkan carta pertumbuhan gigi bayi, ia bermula dengan dua gigi bawah, kemudian diikuti dengan empat gigi atas di bahagian hadapan. 

Kredit: Shutterstock

Setelah berumur enam bulan ke atas, gigi bayi perlahan-lahan tumbuh sehingga umur tiga tahun yang lengkap 20 biji batang gigi kesemuanya. 

Namun begitu, ada ibu bapa yang rasa pelik apabila bayi 9 bulan belum tumbuh gigi sedangkan kanak-kanak seusia itu sudah mula menampakkan gigi bawah. 

Berikut antara sebab mengapa ada sesetengah bayi lambat tumbuh gigi walaupun dia sudah sedia untuk mula makan makanan solid.

5 sebab bayi lambat tumbuh gigi 

#1. Perkembangan setiap bayi berbeza-beza 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Shutterstock

Adalah normal jika bayi 9 bulan belum tumbuh gigi kerana gigi pertama bayi boleh tumbuh antara usia empat hingga 15 bulan. 

Selain itu, setiap bayi juga memiliki tahap perkembangan yang berbeza iaitu ada yang cepat, sederhana dan lambat.

Jika umur tersebut masih belum tumbuh, mungkin ia memerlukan sedikit lagi masa dan tiada apa yang perlu dibimbangkan.

Tetapi kalau umur 18 bulan masih belum ada tanda-tanda untuk tumbuh gigi sebaiknya rujuk masalah ini dengan doktor pergigian. 

#2. Mewarisi genetik keluarga 

Kadang-kadang, bayi lambat tumbuh gigi juga disebabkan oleh genetik yang diwarisi oleh keluarga. Sebagai contoh jika anak sulung dan kedua lambat tumbuh gigi kemungkinan adik bongsu mereka juga mempunyai masalah yang sama.

Jadi tak perlu risau dan beri sedikit masa untuk gigi tumbuh perlahan-lahan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Pramatang atau kurang berat badan 

Kredit: Shutterstock

Bayi lahir pramatang dan kurang berat badan akan mengalami pertumbuhan gigi yang lewat. Malah gigi yang tumbuh juga mungkin terdapat sedikit kerosakan di bahagian enamel. 

#4. Genetik tidak normal 

Genetik yang tidak normal juga menjadi punca perkembangan fizikal bayi yang perlahan sekaligus memberi kesan pada pertumbuhan gigi. Contohnya Sindrom Down atau Progeria. 

#5. Kurang nutrisi dan hormon tiroid tidak stabil

Dalam sesetengah kes, kelewatan pertumbuhan gigi juga disebabkan oleh masalah ketidakstabilan hormon tiroid atau paratiroid. 

Kelenjar paratiroid ini berfungsi mengawal paras Vitamin D dan kalsium jadi kalau kedua-duanya rendah maka kecenderungan seseorang anak itu untuk tumbuh gigi mungkin mengalami sedikit kelewatan atau memiliki enamel yang rendah. 

Walau bagaimanapun, pertumbuhan gigi yang perlahan bukanlah masalah yang serius. Tapi menurut kajian, ia boleh menjadikan seseorang kanak-kanak itu mengalami kerosakan gigi apabila mereka meningkat dewasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang penting adalah memastikan gigi dijaga dengan sempurna supaya kekal cantik, sihat dan kuat meskipun ia tumbuh sedikit lewat. 

Semoga artikel ini mengurangkan rasa bimbang anda terhadap pertumbuhan gigi anak. Semoga bermanfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Sirap Limau

Baca juga: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Umur Berapa Bayi Tumbuh Gigi? Ini Jadual Lengkap Pertumbuhan Gigi Bayi Ibu Kena Tahu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan