Tentu anda yang baru saja menjadi ibu ayah menjadi runsing setiap kali benda baru berlaku pada bayi. Bayi buang air besar pun boleh menjadi kerisauan, malah kerap pula tu. Adakah ia normal?
Sebelum anda mengetahui jawapannya, minta ibu ayah jangan panik ya. Bertenang, kerana bayi yang baru berusia seminggu memang normal untuk buang air besar dengan kerap!
Bayi Buang Air Besar 10 Kali Sehari
Foto: iStock
Ketika bayi anda baru berumur beberapa hari, mereka mungkin akan membuang air sebanyak sekali atau dua kali sahaja sehari.
Tetapi, setelah si manja menginjak usia seminggu, mereka pasti akan mengalami pergerakan usus yang lebih aktif, menyebabkan mereka membuang air besar sekurang-kurangnya 5 ke 10 kali dalam sehari.
Sesetengah bayi akan membuang air sejurus sahaja lepas penyusuan, jadi semakin kerap anda menyusu si manja anda, semakin keraplah mereka membuang air besar.
Tetapi, dengan peningkatan usia anak dan kematangan proses penghadaman mereka, lama-kelamaan jumlah mereka membuang air besar dalam sehari pasti akan menurun.
Sesudah mereka mencapai usia 6 minggu, bayi anda mungkin tidak akan membuang air langsung dalam satu hari dan ini juga adalah perkara normal. Selagi mereka tidak menunjukkan tanda-tanda ketidakselesaan dan najis mereka juga kelihatan normal, tiada apa yang perlu anda risaukan.
Jadi, jawapan kepada persoalan “Normalkah jika bayi saya kerap buang air besar” ialah ya, ia adalah normal dan hanyalah salah satu proses tumbesaran anak anda.
Garis Masa Pergerakan Usus Si Manja
Foto: iStock
Bagi bayi yang disusukan dengan susu badan, pergerakan usus mereka mungkin berbeza berbanding bayi yang diberikan susu formula. Oleh sebab itu, kami akan berkongsi garis masa bagi kedua-duanya.
1-3 hari. Si manja pasti akan membuang air besar yang berwarna hitam seakan-akan tar dalam tempoh masa 24-48 jam mereka dilahirkan. Pada hari keempat, ia akan berubah menjadi warna kuning, kuning kehijauan atau keperang-perangan.
6 minggu pertama. Najis berwarna kuning dengan konsistensi yang cair. Si manja sepatunya membuang air besar sekurang-kurangnya 3 kali, tetapi ada juga yang membuang air sebanyak 4-12 kali sehari.
Selepas mula makanan pepejal. Najis si manja pasti akan lebih keras selepas memakan makanan pepejal. Tahap kekerapan mereka membuang air bergantung kepada kepantasan penghadaman mereka.
- Bayi yang menyusu formula
1-3 hari. Sama seperti bayi yang menyusu badan, mereka akan membuang air besar berwarna seperti tar dalam tempoh sehari ke dua hari mereka dilahirkan dan akan mula menunjukkan perubahan pada warna najis pada atau selepas hari keempat.
6 minggu pertama. Najis yang berwarna perang muda atau kehijau-hijauan akan mula keluar sebanyak 1-3 kali dalam sehari. Selepas bulan pertama, mereka mungkin akan membuang air besar selang sehari.
Selepas mula makanan pepejal. Si manja akan membuang air sebanyak 1-2 kali sehari.
Tanda-tanda Si Manja Mungkin Mempunyai Masalah Lebih Serius
Foto: Xframe
Sekiranya si manja anda membuang air besar dengan terlalu kerap dan najis bayi kelihatan teramat cair, maka mereka mungkin mengalami cirit birit.
Terdapat banyak faktor yang menceritakan bagaimana seorang bayi boleh menghidap cirit-birit.
- Virus pada usus. Jangkitan virus pada usus si manja boleh menyebabkan mereka menghidap cirit-birit.
- Bakteria. Walaupun ia jarang berlaku tetapi anda boleh mengesyakinya sekiranya najis cirit-birit bayi mempunyai darah.
- Antibiotik. Jika bayi cirit-birit selepas memakan antibiotik, ia bukanlah kerana mereka alah terhadap ubat tersebut tetapi ianya hanyalah reaksi normal kerana sistem imunisasi mereka sedang bekerja keras untuk melindungi bayi anda.
- Dehidrasi. Sekiranya si manja anda mengalami cirit-birit, mereka mungkin mengalami dehidrasi. Ketahui tanda-tanda dehidrasi di dalam bayi untuk mendapat rawatan dengan segera.
Akhir kata dari kami, sekiranya si manja anda kerap membuang air besar tetapi najis mereka kelihatan normal dan tidak terlalu berair, maka anda tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan kerana itu adalah normal!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: HealthLink BC, Seattle Childrens
Baca juga: Semua Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Mengenai Najis Bayi, Warna, Tekstur & Kekerapan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!