7 Tanda Bayi Kurang Minum Susu & Tak Kenyang, Jangan Sampai Si Kecil Kebuluran!

Secara logiknya, kita sukar nak tahu sama ada bayi cukup minum susu atau tidak. Namun ia boleh diperhatikan melalui 7 tanda bayi kurang minum susu ini.

Mesti ada di antara ibu menyusu di sini yang tertanya-tanya apa tanda bayi kurang minum susu dan tidak kenyang walaupun baru lepas menyusu?

Hal ini kerana, sukar untuk mengetahui jumlah susu badan yang diminum bayi jika si kecil itu menghisap terus dari payudara.

Tapi, jangan risau! Anda boleh tahu bayi kelaparan atau tidak lepas menyusu berdasarkan 7 tanda bayi kurang minum susu ini. 

Jika anda lihat ada tanda-tanda ini, sebaiknya hubungi pakar laktasi supaya mereka dapat bantu menyelesaikan masalah tersebut dengan segera. 

Jangan pandangan ringan 7 tanda bayi kurang minum susu ini kerana bayi memerlukan susu badan yang mencukupi sebagai sumber makanan penting di bulan pertama selepas kelahirannya. 

Apabila anda peka dengan pertumbuhan bayi, pastinya anda boleh tahu ada sesuatu yang ‘tak kena’ dengan susu badan hingga menyebabkan bayi tak kenyang. 

7 tanda bayi kurang minum susu

#1. Tanda bayi kurang minum susu – Sesi menyusu singkat atau sangat lama 

bayi kurang minum susu, tanda bayi tidak puas menyusu, tanda bayi tak cukup susu, tanda bayi tak cukup menyusu, bayi kurang kenyang, bayi tak kenyang, tanda bayi tak kenyang selepas menyusu, tanda bayi kurang susu, tanda bayi lapar, tanda bayi tak kenyang, tanda anak kurang minum susu, kurang minum susu, si kecil kurang minum susu

Ada ibu mengalami sesi penyusuan yang terlalu panjang lebih dari satu jam atau sangat pendek kurang dari lima minit. 

Menurut Healthy Children, ini adalah salah satu tanda bayi kurang minum susu

Oleh itu, anda harus perhati sama ada bayi menelan susu badan secara konsisten atau tidak. Jika tidak, mungkin mereka ada masalah dengan lekapan atau susu badan anda tidak keluar. 

#2. Berat badan tak naik 

Meskipun normal jika bayi hilang sedikit berat badan, tapi menurut Dr Sears, pada tiga ke empat minggu selepas lahir, bayi seharusnya mendapat empat hingga tujuh ons susu yang boleh menambah berat badannya.

Setelah itu, bayi akan mengalami kenaikan berat hingga satu kilogram setiap bulan.

Jika anda bimbang dengan situasi ini, rujuk pakar pediatrik dan dapatkan penjelasan terperinci tentang berat badan bayi.

#3. Tanda bayi kurang minum susu – Pampers bayi kurang basah

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2014/07/baby diaper.jpg Bagaimana Untuk Memastikan Bayi Anda Kekal Selesa, Walaupun Dalam Cuaca Panas Dan Lembap Malaysia

Doktor menyarankan ibu ayah kira jumlah pampers basah bayi iaitu kencing dan berak bayi setiap hari supaya ia membantu anda melihat tanda bayi kurang minum susu atau tidak. 

Sekitar lima hari pertama, bayi harus menghasilkan tiga pampers basah kerana air kencing dan tiga lagi kotor selepas berak.

Jika lebih, ia normal tapi kalau kurang dari jumlah tersebut, itu tanda dia kurang minum susu. 

#4. Susu badan belum keluar 

Walaupun payudara sudah menghasilkan kolostrum sejak kehamilan, namun susu badan tidak sepenuhnya keluar selepas tiga ke empat hari bersalin. 

Menurut Baby Center, jika susu badan anda tidak keluar sepenuhnya, minta bantuan doktor atau konsultan laktasi. 

#5. Tanda bayi kurang minum susu – Payudara bengkak 

bayi kurang minum susu, tanda bayi tidak puas menyusu, tanda bayi tak cukup susu, tanda bayi tak cukup menyusu, bayi kurang kenyang, bayi tak kenyang, tanda bayi tak kenyang selepas menyusu, tanda bayi kurang susu, tanda bayi lapar, tanda bayi tak kenyang, tanda anak kurang minum susu, kurang minum susu, si kecil kurang minum susu

Kredit: Baby Center

Ya, payudara bengkak, sakit dan terasa berat adalah tanda bayi kurang minum susu walaupun lepas menyusu. 

Meskipun payudara bengkak adalah satu keadaan yang normal, namun menurut catatan La Leche League, hal ini tidak harus berlanjutan hingga boleh menyebabkan ibu terkena mastitits atau bengkak susu yang teruk.

Jadi, segera dapatkan bantuan pakar laktasi. 

#6. Tanda bayi tidak puas menyusu – Rasa ngilu ketika menyusu

Dalam beberapa kes, pembengkakan payudara boleh menyebabkan puting berasa nyeri dan sakit ketika sesi menyusu. Jika anda alaminya rasa sakit ini, itu tanda mulut si kecil tidak melekat sepenuhnya pada puting

Pastikan lekapan bayi anda betul dan cuba pelbagai posisi menyusu yang berbeza. 

#7. Tanda bayi tidak puas menyusu – Tidak dapat lihat refleks keluarnya susu badan 

bayi kurang minum susu, tanda bayi tidak puas menyusu, tanda bayi tak cukup susu, tanda bayi tak cukup menyusu, bayi kurang kenyang, bayi tak kenyang, tanda bayi tak kenyang selepas menyusu, tanda bayi kurang susu, tanda bayi lapar, tanda bayi tak kenyang, tanda anak kurang minum susu, kurang minum susu, si kecil kurang minum susu

Jika anda tidak menyedari sebarang rasa kebas setelah bayi menghisap puting, mungkin itu tanda susu badan anda belum keluar. Refleks ini biasanya menandakan bayi sudah cukup minum susu.

Tapi jika tidak ada refleks ini, mungkin bayi kurang minum susu atau belum kenyang lagi. 

Pernah tak  anda alami situasi di atas? Apakah cara berkesan yang anda buat bagi memastikan bayi cukup minum susu? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen bawah. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Tribunnews 

Sumber: Penulis asal Aulia Trisna. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsusu-basi-susu-badan/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!