Masih Rasa Bayi Sedu Dalam Perut Walaupun Sudah Trimester 3? Ia Mungkin Tanda Bahaya

Semasa hamil, selain daripada gerakan seperti tendangan dan juga tumbukan ibu hamil juga dapat merasai bayi sedu dalam perut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semasa hamil, selain daripada gerakan seperti tendangan dan tumbukan ibu hamil juga dapat merasai bayi sedu dalam perut.

Sedu merupakan pergerakan diafragma bayi iaitu otot yang memisahkan rongga dada dan rongga perut ketika bayi anda sedang mula belajar bernafas. 

Kehamilan adalah masa apabila tubuh anda mengalami perubahan besar. Daripada morning sickness yang tidak selesa hinggalah kepada keletihan yang melampau, hormon yang tidak stabil, terdapat banyak perkara yang perlu anda lalui dalam tempoh ini. Dalam artikel ini, kami akan memberikan pengetahuan tambahan kepada anda mengenai kehamilan dan bayi sedu dalam kandungan.

Bayi Sedu Dalam Perut : Apa Yang Boleh Anda Jangkakan

Ketika kehamilan anda semakin membesar dan menunjukkan perubahan anda akan dapat merasai kesannya. Perlahan-lahan gerakan janin ini bertukar menjadi tumbukan, gulungan dan anda mungkin juga akan mula merasakan pergerakan berirama sedu janin. 

Walaupun banyak yang diketahui tentang tumbukan dan sepakan, masih terdapat banyak yang perlu juga dipelajari tentang kehamilan dan sedu bayi terutama punca bayi sedu.

Jika anda sangat berminat untuk mengetahui mengapa baby dalam perut sedu dengan lebih lanjut, kami sedia untuk membantu anda.

Sedu bayi atau bayi sedu dalam kandungan adalah perkara biasa dan tidak ada sebab untuk anda berasa bimbang atau panik ketika bayi sedu. Anda mungkin merasakan bayi dalam perut sedu atau juga boleh memerhatikannya semasa ultrasound pada trimester kedua.

Bayi anda mungkin mula sedu lewat pada trimester pertama atau awal pada trimester kedua. Terdapat juga kemungkinan anda tidak akan sama sekali merasakan baby sedu seawal itu.

Menjelang minggu 18-20, anda akan perasan pergerakan bayi anda dan selalunya pada masa ini anda melihat gerakan bayi buat pertama kali. Jika anda seorang ibu yang berpengalaman mengandung sebelum kehamilan ini, anda mungkin berasa gerakan bayi ini lebih awal dalam kehamilan berikutnya.

Bagi ibu baharu, ia mungkin mengambil masa lebih lama kerana ia boleh terjadu berdasarkan faktor berbeza seperti kedudukan plasenta dan berat bayi anda.

Mengapa Bayi Mengalami Sedu?

Tidak banyak yang diketahui tentang kehamilan dan punca bayi sedu tetapi terdapat satu teori popular yang mengatakan punca bayi sedu adalah disebabkan cara untuk bayi mengawal jumlah cecair dalam kantung amniotik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjelang minggu ke-13 kehamilan, bayi anda mula menelan cecair amniotik. Apabila anda telah mencapai pertengahan kehamilan, kantung amniotik mengandungi sehingga 26 auns cecair.

Tekanan daripada pengumpulan cecair amniotik sebenarnya mendorong bayi untuk sedu dan kemudian menelan lebihan tersebut. Teori lain menjelaskan bahawa sedu dalam rahim membantu kematangan paru-paru serta ia membantu bayi untuk melakukan latihan pernafasan apabila dilahirkan lagi.

Jika bayi anda tersedu ia bermakna mereka sedang berlatih melakukan pernafasan. 

Teori ketiga mencadangkan bahawa bayi sedu pada lewat kehamilan boleh menjadi tanda masalah dengan mampatan tali pusat atau prolaps. Walau bagaimanapun, teori ini berdasarkan kajian terhad pada haiwan dan belum disahkan pada manusia.

Malah, sedu bayi pada lewat kehamilan adalah petanda yang tidak baik dan ia dikaitkan dengan risiko kelahiran mati yang lebih rendah.

Walau bagaimanapun, ambil perhatian bahawa jika ia berlaku secara berlebihan, terutamanya pada peringkat seterusnya semasa kehamilan, ia boleh menjadi isyarat kecemasan.

Bagaimana Si Kecil Anda Berkembang

Bayi sedu semasa kehamilan memberitahu banyak tentang perkembangan si kecil anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Sistem pernafasan

Sedu adalah petunjuk yang baik bahawa diafragma bayi anda sedang berkembang.

#2. Sistem saraf

Sedu bayi menandakan bahawa saraf yang mengawal diafragma telah diaktifkan. Ini akan membantu mengesahkan bahawa saraf tunjang dan otak bayi anda semuanya utuh dan melakukan tugas masing-masing.

Dalam erti kata lain, bayi anda berkembang dengan cukup baik daripada segi neurologi dan akan dapat bertahan di luar rahim apabila dia dilahirkan kelak. 

#3. Refleks bayi

Sedu bayi juga merupakan peristiwa penting kerana ia memberi jaminan kepada anda bahawa selain daripada bernafas, bayi anda sedang berlatih menguap dan menghisap ibu jari.

Bagaimana Rasa Bayi Sedu Semasa Hamil?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sedu janin biasanya berlangsung hanya beberapa minit dan hilang dengan sendirinya. Mereka berasa seperti pergerakan sentakan kecil. Pada mulanya, anda mungkin sukar untuk membezakannya daripada tendangan bayi anda.

Sesetengah wanita mungkin menyedari bahawa bayi mereka mengalami sedu beberapa kali sehari manakala yang lain mungkin merasakan dan menyedarinya hanya sekali-sekala. Sesetengah ibu mungkin tidak merasakan sedu sama sekali dan itu juga normal.

Berapa Kadar Normal Bayi Tersedu?

Tiada peraturan tertentu yang menentukan berapa kekerapan bayi tersedu harus berlaku. Ia boleh berlaku kerap secara rawak dan juga beberapa kali sehari. Jangan tertekan, jika anda tidak dapat merasakan sedu bayi anda.

Selagi anda mengalami pergerakan bayi yang lain, ketahui bahawa bayi anda sihat dan berkembang dengan baik.

Jika kekerapan bayi sedu meningkat dalam tempoh tiga hingga empat minggu terakhir sebelum tarikh akhir anda, ada baiknya hubungi doktor anda.

Ini bagi memastikan bayi anda sihat dan tali pusat tidak mengalami masalah. Apabila anda mempunyai sebarang kebimbangan, jangan teragak-agak untuk menghubungi doktor anda.

Walaupun sedu adalah perkara biasa, ia boleh menjadi agak mengganggu, terutamanya apabila anda cuba untuk tidur. Anda boleh cuba menukar posisi, mungkin berjalan-jalan dan minum air untuk melihat jika sedu telah berhenti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu-ibu, ambil perhatian bahawa bayi anda akan banyak bergerak apabila tarikh lahir bayi anda semakin hampir. Anda mungkin bimbang tentang pergerakan ini atau berasa tidak selesa.

Itulah sebabnya adalah idea yang baik untuk mengira tendangan pada lewat kehamilan. Beri perhatian kepada pergerakan janin boleh memastikan bayi anda berkembang dengan normal. Jangan merasakan yang ia membuang masa kerana ini adalah jaminan keselamatan nyawa anak anda!

  1. thebump.com (2021, Ogos 9) Fetal Hiccups: Why Do Babies Get Hiccups in the Womb? www.thebump.com/a/does-baby-have-hiccups

Artikel ini mendapat kebenaran daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemahkan. 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Perkembangan Janin 7 Minggu: Bayi Dalam Kandungan Hasilkan Seratus Sel Otak Setiap Minit!

Baca juga : Kedudukan Bayi Dalam Kandungan, Ini 7 Petanda Janin Dalam Keadaan Baik Atau Tidak

Baca juga : Air Ketuban Kurang Ketika Mengandung Boleh Meragut Nyawa Bayi Dalam Kandungan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nur Syazwani