Bayi Enggan Tidur Bukan Sebab Gangguan Mistik, Ini Punca Kenapa Bayi Susah Tidur Dan Cara Atasinya

undefined

Menurut Islam, ada beberapa punca yang menyebabkan bayi sukar tidur di waktu malam. Bukan sebab mistik ya!

Ibu mana yang tak risau bila bayi sukar tidur malam terutama bila terdengar bunyi bising bayi mudah terjaga seterusnya mengganggu tidur ibu. Namun, tahukah anda tentang punca bayi bayi susah tidur malam menurut Islam?

Ramai orang kata bayi sukar tidur malam ini mungkin tak sihat atau “ada benda yang diperhatikan” dan mengganggu waktu tidurnya. Katanya, bayi yang belum tahu apa-apa itu mudah melihat sesuatu yang kita sendiri  tidak dapat melihatnya dengan mata kasar.

Namun tidaklah semuanya dikaitkan dengan mistik, tapi ada beberapa faktor bayi susah tidur malam menurut Islam ini mungkin salah satu puncanya.

5 Punca Bayi Susah Tidur Malam Menurut Islam

1. Bayi susah tidur malam menurut Islam – Demam

bayi susah tidur malam menurut Islam

Kredit: Freepik

Demam boleh menjadi salah satu sebab mengapa bayi sukar tidur malam terutama bila adanya selsema, jangkitan telinga dan sakit kerongkong.

Anak kecil itu akan jadi tidak selesa untuk melelapkan mata dan ingin  berdakap dengan ibunya sahaja. Apapun, pastikan anda membawanya berjumpa doktor untuk dirawat.

2. Baru nak tumbuh gigi

Bayi Enggan Tidur Bukan Sebab Gangguan Mistik, Ini Punca Kenapa Bayi Susah Tidur Dan Cara Atasinya

Bila nak tumbuh gigi juga boleh menyebabkan bayi merengek, menangis dan tak mahu tidur malam. Apa yang anda boleh buat adalah memicit gusi bayi supaya dapat melegakan ketidakselesaan itu.

Tapi, jangan lupa cuci tangan sampai bersih dahulu ya.

3. Sakit perut, kolik atau kembung perut

Bayi Enggan Tidur Bukan Sebab Gangguan Mistik, Ini Punca Kenapa Bayi Susah Tidur Dan Cara Atasinya

Kredit: momjuction.com

Punca bayi susah tidur malam juga adalah kerana si kecil itu kembung perut. Ia sama macam kita orang dewasa, kalau sakit perut tentu kita juga susah nak tidur kan? Maka ia sama juga dengan anak kecil.

Apa yang anda boleh buat adalah meniarapkan bayi dan letakkan tangan anda pada perutnya.  Cara kedua, pangku bayi, goyangkan kaki perlahan-lahan sehingga dia tertidur sendiri.

4. Banyak rangsangan ketika bermain

Bayi Enggan Tidur Bukan Sebab Gangguan Mistik, Ini Punca Kenapa Bayi Susah Tidur Dan Cara Atasinya

Kredit: Freepik

Mendengar muzik, aktif bermain, suara televisyen yang kuat dan lain-lain turut menjadi faktor bayi susah tidur malam.

Ibu boleh dodoikan si kecil, redupkan lampu dan urut sedikit tubuhnya serta perlahankan bunyi tv.

5. Berubah tempat tidur

Bayi Enggan Tidur Bukan Sebab Gangguan Mistik, Ini Punca Kenapa Bayi Susah Tidur Dan Cara Atasinya

Kredit: Freepik

Berubahan tempat tidur juga boleh menjadi sebab mengapa bayi sukar tidur kerana dia peka dengan perubahan di sekelilingnya.

Namun, ibu harus sabar melayan keletah si comel itu dan dodoikannya dengan penuh kasih sayang supaya dia tahu anda ada bersamanya.

Tips tidur bayi dengan lebih mudah

  • Mandikan bayi dengan air hangat supaya lebih tenang untuk tidur malam.
  • Pastikan bayi makan atau menyusu terlebih dahulu sebelu tidur sekaligus dapat mengelak terjaga di waktu malam
  • Pasangkan alunan muzik berentak slow supaya dirinya terbuai lalu tertidur.
  • Membacakan buku cerita meskipun dia belum faham jalan ceritanya.
  • Dukung bayi dan peluk erat tubuhnya sampai dia tertidur.

Doa untuk bayi susah tidur malam menurut Islam

bayi susah tidur malam menurut Islam, bayi enggan tidur, bayi sukar tidur malam, punca bayi tak nak tidur, punca bayi susah tidur malam, punca bayi susah tidur, bayi susah tidur, bayi enggan tidur malam, anak susah tidur

 

Maksudnya: Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini

 

Semoga bermanfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jadual Tidur Bayi Tak Sama Setiap Umur, Jangan Panik! Tapi Ini 6 Sebab Tidur Bayi Terganggu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!