X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Akibat Menangis Terlalu Kuat, Paru-Paru Bayi Ini ROSAK, 7 Cara Hentikan Tangisan Bayi

18 Jun, 2020
Akibat Menangis Terlalu Kuat, Paru-Paru Bayi Ini ROSAK, 7 Cara Hentikan Tangisan Bayi

Di England, seorang bayi perempuan, Robyn Theaker  yang lahir tak cukup bulan rosak paru-paru dipercayai akibat menangis terlalu kuat!

Tidak kira sama ada bayi tak cukup bulan atau sebaliknya, tabiat suka menangis memang terkenal dalam kalangan bayi baru lahir.

Ada yang mengatakan mereka ini sedang menyesuaikan diri dengan keadaan di luar kerana 9 bulan dalam perut ibu!

Memang tangisan bayi itu perkara biasa, tetapi kejadian luar biasa boleh berlaku jika ia tidak dihentikan.

Di England, seorang bayi perempuan, Robyn Theaker  yang lahir tak cukup bulan rosak paru-paru dipercayai akibat menangis terlalu kuat!

Bayi tak cukup bulan, ada dua lubang kecil di paru-paru

Bayi tak cukup bulan

Kredit foto: foxnews

Difahamkan, bayi berkenaan yang lahir tidak cukup bulan mempunyai masalah pernafasan.

Ujian x-ray mendapati ada dua lubang kecil di kesan di paru-parunya yang menyebabkan udara masuk terlalu banyak dan terlalu laju apabila dia menjerit dan menangis!

Disebabkan hal itu, dia dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selama 11 hari untuk dipantau keadaannnya. Nasib baiklah boleh diselamatkan!

Ibunya, Kylie Theaker memberitahu sepanjang 11 hari di hospital beliau rasa sangat keseorangan, rasa seperti 11 bulan di hospital. Kini bayi itu sudah sembuh sepenuhnya.

Kenapa bayi menangis?

Bayi tak cukup bulan

#1. Lapar

Lapar biasanya menjadi sebab utama bayi menangis. Bayi yang lebih kecil lebih berkemungkinan menangis kerana lapar, kecuali dalam tempoh satu atau dua hari selepas dilahirkan kerana pada ketika ini dia hanya minum sedikit sahaja.

#2. Tidak selesa

Bila bayi menangis, mungkin pampersnya basah. Suhu persekitaran terlalu panas atau sejuk. Anda perlu periksa kesemuanya. Sebab hanya dengan menangis mereka zahirkan rasa mereka. 

#3. Penat

Jangan ingat bayi tidak penat ya! Walaupun hanya berbaring, mereka juga penat. Memang mudah bagi kita menyangka yang bayi akan tertidur apabila mereka mengantuk, tidak kira di mana mereka berada kerana kebanyakan bayi berbuat demikian. Tetapi, jika bayi anda telah mendapat terlalu banyak perhatian , mungkin hari itu sibuk dan ramai pelawat datang ke rumah, dia mungkin terlalu terangsang dan mendapati sukar untuk ‘tutup suis’ dan bertenang.

#4. Tidak sihat

Ini paling perlu anda beri perhatian. Mungkin perutnya kembung, suhu badannya tinggi. Sebagai ibu bapa, pastikan anda alert dengan setiap perubahan anak ya!

Hentikan tangisan bayi perlu kena caranya

Tangisan bayi tanpa mengira masa benar-benar membuatkan ibu bapa rasa tertekan. Bukan saja mereka malah orang sekeliling juga rasa tidak selesa lebih-lebih lagi kalau tangisan si kecil itu kuat.

Jika ia berlaku di awal pagi ketika masing-masing lena diulit mimpi, lagi stress dibuatnya!

Mahu tidak mahu, sebagai ibu bapa, kita wajib ambil tahu apakah sebab yang mendorong bayi kerap menangis? Seterusnya, ambil langkah yang sewajarnya agar tangisan itu dapat dihentikan.

#1. Buat urutan

Urut bayi secara perlahan-lahan dengan mengikut step urutan yang anda boleh buat carian di Google. Urut perlahan-lahan pada bahagian kaki dan badannya apabila mula menangis. Cara itu mungkin boleh menenangkan dan meredakan tangisannya.

#2. Hirup udara segar

Sesekali bawa bayi keluar untuk menikmati udara segar. Contohnya, bawa pusing di sekitar kediaman dan taman permainan berdekatan rumah anda.

Stories Rakan Kongsi
WIN Applecrumby And Fish products worth RM$305!
WIN Applecrumby And Fish products worth RM$305!
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
The Foundation Of Resilient Children: A Simple Guide To Understanding Pre- And Probiotics
The Foundation Of Resilient Children: A Simple Guide To Understanding Pre- And Probiotics
Are You In The Second Trimester Of Pregnancy? Here are 5 Important Things Moms Should Do!
Are You In The Second Trimester Of Pregnancy? Here are 5 Important Things Moms Should Do!

#3. Mandikan dengan air suam

Ketika bayi menangis, cuba legakan tangisannya dengan menjirus air suam pada badannya. 

#4. Wujudkan suasana bising

Suasana yang sunyi mungkin membuatkan bayi menangis. Jadi, cuba wujudkan suasana bising dalam rumah melalui bunyi pengering rambut, vakum, pengisar dan sebagainya. Kerana dalam perut ibu mereka memang biasa dengar bunyi bising!

#5. Peluk atau bedung

Bila bayi menangis, peluk dan dakap dengan penuh kasih sayang sambil menepuk-nepuk pahanya. Jika masih menangis, cuba bedung kerana si comel mungkin merasa lebih selesa.

#6. Letak jari ke mulut atau puting kosong

Bayi tak cukup bulan

Jika bayi tidak berhenti menangis, cuba letak jari anda ke mulutnya atau puting kosong. Ada kajian mengatakan puting kosong itu menenangkan. Sebelum itu, pastikan jari anda bersih. Pun begitu, jangan lakukan cara itu sebagai amalan harian.

#7. Bawa menaiki kenderaan

Ada segelintir bayi akan berhenti menangis tatkala dibawa menaiki kenderaan. Bayi akan rasa gembira hingga tertidur seolah-oleh berada dalam buaian.

Sumber: foxnews,babycenter, Astro Awani

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comjenis-tangisan-bayi-perlu-tahu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Akibat Menangis Terlalu Kuat, Paru-Paru Bayi Ini ROSAK, 7 Cara Hentikan Tangisan Bayi
Kongsikan:
  • Selain Demam, Ini Tanda-Tanda Pneumonia Pada Anak Kecil Perlu Ibu Ayah Waspada

    Selain Demam, Ini Tanda-Tanda Pneumonia Pada Anak Kecil Perlu Ibu Ayah Waspada

  • Ibu Ini Dakwa Anaknya Dapat Pneumonia Kerana Tidur Bawah Kipas!

    Ibu Ini Dakwa Anaknya Dapat Pneumonia Kerana Tidur Bawah Kipas!

  • 10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

    10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Demam, Ini Tanda-Tanda Pneumonia Pada Anak Kecil Perlu Ibu Ayah Waspada

    Selain Demam, Ini Tanda-Tanda Pneumonia Pada Anak Kecil Perlu Ibu Ayah Waspada

  • Ibu Ini Dakwa Anaknya Dapat Pneumonia Kerana Tidur Bawah Kipas!

    Ibu Ini Dakwa Anaknya Dapat Pneumonia Kerana Tidur Bawah Kipas!

  • 10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

    10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.