X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kerana ibu cuai, bayi 16 bulan maut terjerut tali pengikat puting sendiri!

3 min bacaan
Kerana ibu cuai, bayi 16 bulan maut terjerut tali pengikat puting sendiri!

Ramai ibu bapa yang beri puting pada anak mereka. Tapi bagaimana kes bayi terjerut dengan tali puting sendiri ini boleh terjadi? Patutkah anda mula risau?

Bayi terjerut tali pengikat puting

Seorang bayi lelaki berusia 16 bulan maut selepas lehernya terjerut tali pengikat puting jenis nilon. Bayi terjerut itu didapati cuba ingin turun dari buaiannya.

Namun, tali pengikat puting itu telah tersangkut di jaring buaian automatiknya, lalu mengakibatkan jerutan pada leher mangsa.

Bayi bernama Lai Zheng Xiang itu ditemui di rumahnya di Taman Sera, Kokdiang, Kedah pada pukul 1:15 tengahari.

Ibunya, Narumon Pasupah, 33 tahun, seorang warga Thailand, dikatakan telah keluar rumah untuk mengambil anak sulungnya dari tadika berhampiran.

Setibanya di rumah, dia mendapati bayinya tidak sedarkan diri, namun buaian automatik itu masih tidak berhenti menghenjut.

bayi terjerut tali puting

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abdul Hadi Hassan ketika dihubungi berkata, Zheng Xiang yang merupakan anak bongsu daripada 4 beradik itu ditemui dengan lehernya masih terjerut tali pengikat puting sementara sebahagian badan dan kakinya terjuntai keluar dari buaian.

Hasil bedah siasat menunjukkan punca kematian adalah disebabkan kesan jerutan di leher mangsa dan kes ini diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Advertisement

Pengajaran dari kes bayi terjerut tali ikat puting

Siapa sangka benda sekecil puting ini mampu meragut nyawa anak-anak kita. 

Sebagai salah seorang ibu baru, anda mungkin akan bergantung dengan puting untuk menenangkan bayi yang kuat meragam atau bayi yang masih ingin menghisap walaupun setelah minum susu badan/susu bancuh.

Tapi sebelum ibu bapa memberi puting pada anak-anak, berikut antara 3 kelebihan dan kekurangan menggunakan puting kosong pada bayi:

Kelebihan puting kosong:

bayi terjerut

  • Menenangkan bayi yang meragam. Tapi tak semua bayi selesa dengan menghisap puting.
  • Lebih bagus dari hisap jari. Kalau anak hisap jari, susah juga anda nak hentikan tabiat itu! Kalau dengan puting senang saja.
  • Mengalihkan perhatian anak. Kalau anak kena lalui sebarang keadaan atau prosedur kesihatan yang tidak menyelesakan, anda boleh beri mereka puting untuk mengalihkan perhatian anak.

Kekurangan puting kosong:

  • Bayi jadi terbiasa dengan puting: Kalau bayi anda hisap puting untuk tidur, anda kena bersedia mendengar dia menangis jika puting itu jatuh dari mulutnya
  • Boleh timbulkan isu gigi: Kalau ibu bapa tak menghentikan perbuatan menghisap puting pada masa yang tepat, anak mungkin boleh jongang dan memiliki gigi tidak sekata.

Apa yang anda PATUT BUAT dan TIDAK PATUT BUAT dengan puting anak:

Kerana ibu cuai, bayi 16 bulan maut terjerut tali pengikat puting sendiri!

  1. Jangan pilih puting sebagai benda pertama: Apabila anak meragam, kadang-kadang ia bukan sebab apa, tapi kerana mereka ingin ditepuk dan dipusing. Hanya beri puting di antara waktu makan.
  2. Pilih puting yang betul: Cuba cari puting silikon, puting yang boleh dibasuh dan sebagainya. Puting jenis two-piece boleh buat bayi tercekik!
  3. Jangan beri puting jika anak tak mahu: Kalau anak anda tak mahu menghisap puting, jangan paksanya. 
  4. Pastikan puting bersih: Jangan ingat puting yang baru saja terjatuh tiada bakteria, okay! Sentiasa basuh puting jika ia sudah terjatuh. 
  5. JANGAN PASANG TALI PADA PUTING: Seperti kes tragik yang terjadi pada bayi 16 bulan di atas, ibu bapa harus lebih berhati-hati. Jangan pasangan sebarang tali pada puting anak. Mereka berisiko terjerut tali itu jika anda tidak perasan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Ambillah ia sebagai pengajaran buat anda suami isteri, keluarga dan sahabat handai. 

Jangan lupa sebarkan amalan yang selamat untuk beri puting ini pada ibu bapa yang mengamalkan puting pada anak-anak mereka, ya!

 

 

 

Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore

Kredit gambar: mummysg.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.computing-baby-puting-kosong/

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • Kerana ibu cuai, bayi 16 bulan maut terjerut tali pengikat puting sendiri!
Kongsikan:
  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

  • Madu Untuk Bayi Bawah Usia Setahun Adalah Bahaya, Jika Tersalah Bagi Boleh Membawa Maut!

    Madu Untuk Bayi Bawah Usia Setahun Adalah Bahaya, Jika Tersalah Bagi Boleh Membawa Maut!

  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

  • Madu Untuk Bayi Bawah Usia Setahun Adalah Bahaya, Jika Tersalah Bagi Boleh Membawa Maut!

    Madu Untuk Bayi Bawah Usia Setahun Adalah Bahaya, Jika Tersalah Bagi Boleh Membawa Maut!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham