Ibu dan ayah mana yang tidak teruja bila melihat bayi tersenyum secara tiba-tiba terutama ketika memandang wajah kalian. Tapi, adakah si comel tersenyum itu tanda dia sedang gembira atau ada sebab lain?
Seperti yang kita tahu, si kecil kalau sedang menangis secara automatiknya dia mungkin berada dalam keadaan tidak selesa atau meragam kerana lapar. Atau mungkin lampin sudah basah dengan air kencing atau
najis.
Berikut menunjukkan cara atau singnal yang menunjukkan perasaan positif bayi tersenyum itu mengikut umur mereka bermula dari selepas dilahirkan sehingga tujuh bulan.
Bayi tersenyum mengikut umur dari 0 hingga 7 bulan
#1. Bayi baru lahir
Kalau nak tahu, bayi akan berasa sangat tenang semasa melihat wajah dan mendengar suara ibunya buat pertama kali. Kemudian ibu pula mengagah, lantas membuat si kecil ketawa mengekek.
Walaubagaimanapun, anda jangan berharap mereka akan memandang dengan mata yang bersinar kerana penglihatan si kecil ini belum jelas sepenuhnya.
Tapi kebiasaannya bayi baru lahir akan meluahkan rasa gembiranya setelah melihat ibu dengan cara memberi pandangan kosong atau menangis.
Menurut Pakar Kanak-Kanak, Dr Linda Credolo, semasa bayi baru dilahirkan kemampuan si kecil untuk menunjukkan ekspresi emosi adalah sangat minimum dan biasanya mereka hanya memberi pandangan kosong selain bayi tersenyum atau menangis.
Namun tak usah bimbang, itu petanda bahawa si comel sedang dalam keadaan gembira selepas dapat bertemu ibunya kerana selama ini dia hanya mendengar suara ibu dari dalam kandungan.
#2. Umur bayi 0 hingga 3 bulan pertama
Semasa berumur 0 hingga 3 bulan ini, sekiranya bayi duduk diam dalam pangkuan ibu dan ayah itu petanda bahawa si kecil berasa sangat selesa dan berada dalam mood yang sangat baik.
Semasa umur ini, apa yang membuatkan bayi berasa gembira dan bahagia apabila segala keperluan dan kehendakknya lengkap baik dari segi minuman susu atau ibu segera menggantikan lampinnya setelah basah.
Lantas anda akan dapat melihat bayi tersenyum dan bermain dengan gembira.
#3. Umur bayi 1 hingga 3 bulan pertama
Semasa umur ini mereka hanya mampu menunjukkan tindak balas yang gembira seperti membuang angin dan tersenyum semasa waktu tidur.
Namun semasa mencecah usia empat hingga 10 minggu, secara alaminya bayi akan tersenyum secara spontan semasa melihat wajah ibu dan perlakuan anda.
#4. Bayi berumur 3 hingga 6 bulan
Semasa usia ini bayi biasanya sudah pandai bermain terutama kalau ibu meggeletek kaki atau menggesel hidungnya dengan hidung anda. Si kecil akan ketawa keseronokkan.
Malah ia menunjukkan bahawa bayi membesar dalam suasana yang sangat positif dan baik.
#5. Bayi berumur 4 hingga 7 bulan
Biasanya bayi yang berumur 4 hingga 7 bulan ini sudah bergerak dengan aktif seperti menjulur, merangkak, duduk dan sebagainya. Malah si kecil juga sudah mula kenali dan menangkap suara yang didengari di persekitarannya.
Apatah lagi, reaksi dan respon yang diberikan juga sangat baik terhadap nada tinggi dan bunyi yang muncul hingga menunjukkan minat terhadap perkara tersebut lantas membuatnya tersenyum gembira.
Cara menenangkan bayi
– Anda boleh mengambil kain gendongan dan kemudian buat gerakan untuk menenangkan bayi supaya si kecil berhenti menangis dan tidak lagi merengek.
– Jangan meremehkan kekuatan sentuhan dalam membuatkan bayi berasa tenang dan aman ini kerana langkah pertama untuk membuatkan bayi tenang adalah dengan cara sentuhan. Selain itu, anda juga boleh menggendong, menepuk punggung dan memijat badannya dengan lembut.
– Mandikan bayi dengan air hangat, memberinya susu badan dengan jadual yang tepat, menggendong bayi sambil bernyanyi dan sebagainya.
– Bila bayi menangis, cara yang berkesan seterusnya adalah dengan mendekatkan diri dengan bayi anda. Selain, lihat suasana kamar tidur yang boleh menenangkan bayi sama ada si kecil mahu tidur dalam suasana yang gelap atau sedikit cerah. Pastikan ruang tidur bayi jauh dari sebarang bunyi-bunyian yang boleh ganggu si kecil untuk terlelap.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: mStar
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comjenis-jenis-bayi-senyum
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!