Ibu mana yang tidak cemas dan panik apabila bayi tiba-tiba lemah dan badannya sejuk sebaik anda sedar dari tidur. Ada sebabnya mengapa jururawat di hospital sering meletakkan bayi tidur mengiring selepas menyusu.
Seperti kejadian yang dialami Nurul Fatihah Nasir, dia berkongsi adegan cemas di kumpulan Geng Ibu Hamil & Berpantang di Facebook. Bayinya yang tidur di atas badan selepas menyusu didapati hampir lemas.
Kisahnya bermula apabila Nurul Fatihah menyusukan bayinya yang bernama Raisha berusia 3 bulan. Selesai menyusu sekitar 12.30 malam, Fatihan cuba meletakkan dia semula di atas katil bayi namun dia mendapati bayinya itu seperti tidak selesa dan mengangkatnya semula. Sambil baring dia meletakkan Raisha di atas badannya dan menepuk-nepuk sehinggala kedua-keduanya tertidur.
Badan anak lembek dan sejuk
Sekitar jam 2.15 pagi, Nurul Fatihah terjaga dari tidur dan mendapati badan anaknya lemah dan kesejukan. Bagai nak gugur hati ibu ini menyangkakan bayi sudah tidak bernyawa. Dalam keadaan panik dia cepat-cepat mendukung anaknya dan bawanya ke ibu dan ayahnya untuk dibawa ke hospital secepat mungkin.
Lebih membimbangkan apabila waktu itu suaminya tiada di rumah, bekerja atas kapal jadi hanya sebulan sekali pulang ke rumah. Dalam keadaan cemas itu, ibu wanita ini menepuk dan memanggil-manggil bayi Raisha sambil memeluknya. Tak lama selepas itu bayi Raisha pun sedar dan tersenyum serta kembali aktif seperti biasa.
Jadi dia menegaskan untuk ibu-ibu di luar sana sentiasalah berjaga-jaga dalam menidurkan anak yang baru lahir ini. Risiko bayi anda untuk lemas saat anda berdua tidur sangatlah tinggi, lebih-lebih lagi selepas bayi menyusu. Dalam kes ini, dia berpendat kemungkinan bayinya sukar untuk bernafas kerana hidungnya menekap dadanya ketika tidur.
Dia juga sempat pesan, supaya ibu-ibu tidak mengecamnya, ia mungkin berlaku kepada sesiapa saja sekiranya tidak berjaga-jaga. Nasib baiklah ibu ini terjaga tengah malam.
Perkongsian Nurul Fatihah di kumpulan Geng Ibu Hamil & Berpantang
Peringatan kepada semua ibu dalam group ni. Jantung saya rasa mcm nak tercabut.. Raisha baby girl baru 3bulan.. Begini cerita nyaa Sekitar pukul 12.30am takdi dia menyusu selepas saja menyusu saya letak atas tilam dia balik tapi saya lihat dia macam tak selesa.
Saya ambik dia tepuk tido atas dada mcm gambar kat sebelah kiri tu.dia terus tidur atas dada saya , smbil tepuk dia, saya yang tertido.. Dalam pukul 2.15am saya sedar anak saya lembik dan kesejukan.. Ya Allah gugur hati saya..saya ingtkan Allah dah nk tarik kurnian rezeki dekat saya.. Dengan keadaan takot saya dukung anak terus bawak ke mak ayah saya.
Terus kejutkn mereka untuk ke hospital..suami saya tak ada sebab dia kerja kapal sbln skli baru balik.jadi kena lah bergantung dekat mak ayah saya . Dalam keadaan cemas, mak saya menepuk. Menegur baby raisha. Peluk3 dia.. Alhamdulillah dia senyum.
Dia suka mcm biasa. Saya takot sangat.. sekarang anak dah tidur tapi saya belum tido, saya takot nak tido. Takot anak macam takdi lemah tak bermaya.. Tuhan je tahu macam mana perasaaan saya masa tu.. Untuk pengajaran ibu dekat dalam ni.. Jangan la bg tido ank tepuk2 didada pagi2 mcm ni. Takot kita yang tertido.. Kes raisha ni mcm lemas la. Mgking dia tak dan nafas sebab tertutup hidung dekat dada saya..jangan kecam saya, saya cuma nak kongsi cerita saya..
Kriteria penting apabila menyusu dan tidur bersama
Berikut adalah beberapa kriteria yang perlu dipenuhi oleh ibu menyusu dan bayi:
Untuk si ibu:
- Bukan seorang perokok sama ada sekarang ataupun semasa hamil.
- Dalam keadaan sedar (tidak mabuk, khayal, mengantuk atau terlalu letih).
- Rambut yang sangat panjang haruslah diikat supaya ia tidak terbalut pada leher bayi anda.
- Ibu bapa yang tidur mati dan berbadan besar perlu mengelak menyusu semasa tidur bersama.
- Tiada anak lain di katil yang sama.
Untuk si bayi:
- Bayi perlulah sihat (tidak sakit, pramatang atau mempunyai berat badan yang rendah).
- Tidak patut dibedung apabila tidur bersama untuk mengurangkan risiko bayi terlalu panas. Apabila bayi dibedung ini juga akan menghalang mereka dari menggunakan tangan dan kaki mereka untuk memberi amaran kepada orang dewasa yang terlalu dekat.
- Tidak memakai pakaian tidur dengan sebarang tali ataupun ikatan.
- Tempat tidur yang selamat untuk bayi anda.
- Jangan lupa, kemalangan yang tidak disengajakan boleh berlaku pada bila-bila masa. Oleh itu ibu bapa perlu pastikan bahawa tempat tidur anak adalah selamat:
- Biar anak tidur terlantar atas belakangnya atau tidur mengiring untuk mengurangkan risiko SIDS dan bayi mati lemas.
- Pastikan katil anda katil yang kental dan bukan jenis yang lembut. Bayi tidak selamat tidur atas waterbed, beanbag, atau permukaan lembut yang lain.
Antara faktor lain yang ibu bapa perlu peka adalah:
- Cadar tilam perlu dipasang ketat
- Tilam yang sesuai saiznya agar tiada ruang atau celah-celah antara katil dan dinding.
- Katil anda haruslah bebas bantal yang terlalu banyak, soft toy dan jauhkan selimut lembut dari muka bayi anda.
- Kerusi sofa, recliner dan permukaan lain di mana bayi boleh senang tergelincir dan jatuh tidak digalakkan.
- Sekiranya bayi tidak sendawa selepas menyusu dan terus tidur, letakkan dia dalam posisi bayi tidur mengiring.
- Tujuan kami kongsi kisah ibu ini bukan untuk menakutkan ibu-ibu atau menghalang ibu-ibu dari menggunakan cara menyusu ini.
- Kami cuma ingin memberi kesedaran tentang risiko yang ada, supaya ibu bapa boleh memastikan keselamatan anak.
Ketahui risiko yang ada, kemudian kurangkan risiko tersebut dan lakukan dengan cara yang betul.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Nurul Fatihah Nasir
Baca juga:
Bahaya 'Microsleep' Jika Ibu Terlelap Sekejap Ketika Menyusu, Ini Cara Mengatasi
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!