Ibu Kongsi 12 Idea Bekal Anak Sekolah Darjah Satu Yang Menarik & Sedap, Jimat Duit Belanja Harian

Bekal anak sekolah yang sedap dapat meningkatkan selera ketika waktu rehat. Ibu juga senang hati dapat tahu apa yang anak makan di sekolah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu-ibu semua pasti berasa sangat seronok apabila menyediakan makanan untuk dibuat bekal anak sekolah. Lebih-lebih lagi apabila anak pulang dari sekolah, makanan yang dibekalkan sudah pun lincin dimakan olehnya.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Ibu dalam pantang kongsi idea bekal sekolah anak yang mudah dan sedap
  • Tips mudah sediakan bekal anak sekolah.

Ibu dalam pantang kongsi idea bekal sekolah anak yang mudah dan sedap

Seperti perkongsian oleh ibu muda ini melalui hantarannya dilaman Facebook, walaupun masih dalam pantang, Puan Rida Shafie tetap gagahkan diri untuk membuat bekal anaknya.

Menurutnya, dia lebih selesa menyediakan makanan untuk dibawa anak ke sekolah kerana berasa lega apabila mengetahui makanan apa yang telah dimakan oleh mereka.

Bekal anak darjah 1...
Walaupun ummi nya tengah pantang..
.
Bukan paksa diri tapi lebih selesa anak bawak bekal pergi sekolah..
Bawa duit rm2 je letak dalam beg sekolah..
Kadang-kadang sahaja dia guna beli air kalau air bekal tak cukup..
Lega kalau dapat tahu apa anak makan kat sekolah, jiwa ummi tenang kat umah.
 
#1. Spageti bolognese, buah oren dan cucur

#2. Nasi goreng, kek lapis dan buah anggur

#3. Mee goreng, donut dan buah epal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Roti sosej, coco crunch, buah anggur dan susu full cream

#5. Bihun goreng, papadom, buah oren 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Spageti goreng, chicken popcorn dan buah epal

#7. Nasi goreng, telur mata, donut, buah oren

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#8. Roti telur, popcorn chicken dan buah oren

#9. Megi goreng, bebola, buah epal dan susu full cream

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#10. Macaroni, kek lapis dan buah oren

#11. Nasi lemak, ayam goreng dan buah oren

#12. Roti pizza, kek lapis dan buah oren

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hasil perkongsian tersebut telah meraih perhatian ramai ibu di Facebook. Ada yang teruja melihat kegigihan seorang ibu menyediakan bekal berkhasiat untuk anak ke sekolah dan ada juga memuji anak suka makan.

Alhamdulillah tumpang seronok sis.  Saya pon bekalkan anak hari-hari. Walaupun kat sekolah ada makanan sekolah, tapi gigih juga bekalkan sebab takut menu hari-hari tertentu buat anak jadi tak boleh makan. Anyway, Cantek bekas. Sama favourite brand anak

Tahniah sis. Dalam berpantang boleh buat bekal makanan untuk anak ke sekolah. Memang saya salute. Sebab saya pun waktu berpantang tak dapat buat macam ini. Sempat buat berselang hari sebab baby kuat nyusu tak kira masa. Sekarang ini pun sama. Tak sempat sy belikan roti je.

Anak habis ke makan anak saya tak pernah habis sebab saya pun guna lunch box ini juga. Kadang pening nak sumbat apa lagi nak bagi nampak cantik hihi

Anak saya jenis tak berapa makan banyak kaau tak nampak depan mata, 3 ke 4 sudu je dia makan jadi selalu suruh makan siap-siap dari rumah lepastu bawa duit 2 ringgit dan bekalkan makanan- makanan ringan.

Tips mudah sediakan bekal anak sekolah

  • Sediakan menu makanan

Bagi memudahkan kerja, ibu boleh senaraikan menu makanan untuk seminggu sesi persekolahan anak-anak.

  • Menu yang ringkas

Pastikan ibu memilih menu yang ringkas tetapi tetap disukai oleh anak. Tidak perlu menu yang memerlukan masa untuk ibu menumis atau menyediakan pes rempah.

  • Sediakan bahan mentah lebih awal

Setiap hujung minggu, ibu boleh beli stok bahan basah dan kering untuk tempoh seminggu berdasarkan jadual menu yang telah dibuat.

  • Cuci dan masukkan stok bahan dalam bekas

Cuci dan potong semua bahan-bahan yang telah dibeli. Letakkan didalam bekas supaya nanti mudah untuk ibu-ibu ambil dan masak.

  • Tidur lebih awal

Pastikan setiap malam,ibu-ibu tidur lebih awal supaya mendapat kualiti tidur yang mencukupi dan bagi mengelakkan badan berasa mudah letih. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Senarai Lengkap Buah-Buahan Ibu Berpantang Boleh Makan & Perlu Elak Sebaik Mungkin

Baca juga:  Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Baca juga:  Dah Tiba Masa Ajar Anak Potty Training? Ini Apa yang Anda Patut Buat & Elakkan

Penulis

Nur Syazwani