Pernah tak anda memberi beras perang untuk bayi? Adakah anda tahu khasiatnya untuk si kecil itu?
Sebenarnya, beras perang sama dengan beras putih yang biasa kita gunakan setiap hari itu, namun yang membezakannya adalah beras perang tidak dibuang selaput kulit yang meliputi beras tersebut.
Tapi, kebanyakan orang lebih suka makan beras putih kerana ia cepat lembut dan senang dimasak berbanding beras perang yang mengambil masa lebih lama untuk berubah ke tekstur lembut.
Kandungan nutrisi dalam beras perang untuk bayi anda
Oleh sebab beras perang memiliki selaput perang, maka beras ini mempunyai serat yang lebih daripada beras putih biasa. Bahkan, satu cawan beras perang mengandungi 3.5 gram serat. Manakala secawan beras biasa mempunyai 1 gram serat.
Malah, tubuh seseorang individu itu memerlukan 25 ke 38 gram serat dalam makanan sehariannya.
Bagi anda yang belum tahu, beras perang memiliki nutrisi seperti mangan, zink dan magnesium. Manakala beras biasa mempunyai lebih zat besi dan beberapa Vitamin B sahaja.
Baca juga: Anak ‘Picky Eaters’ Sebab Genetik, Ibu Bapa Perlu Beri Vitamin Yang Cukup Untuk Anak!
Sekiranya anda inginkan beras perang untuk bayi, anda boleh menggunakan serbuk beras perang yang telah dikisar halus dan bertekstur yang lebih lembut supaya mudah dicerna oleh perut bayi.
Ibu boleh pilih sama ada ingin campurkan beras putih dan beras perang atau menggunakan serbuk beras perang sahaja bagi menyediakan makanan si kecil yang lebih sihat.
Namun, ketika memberi si kecil makan beras tersebut, perhatikan juga reaksi wajahnya kerana sesetengah bayi tidak menyukai rasa beras perang tersebut.
Jika si kecil menolak, maka anda boleh campur dengan beras putih sekaligus kedua-dua khasiatnya diperolehi oleh bayi.
Cara memasak beras perang – mudah sahaja
- Rendam beras perang dengan hirisan lemon semalaman. Sebelum itu, tutup bekas tersebut bagi mengelak serangga masuk dalam air rendaman tersebut.
- Bilaskan beras dan bersihkan. Kemudian tapis dan keringkan sebentar.
- Anda boleh sangai beras tersebut dengan menggunakan oven dengan suhu 140 dalam masa 60 minit. Anda juga boleh menggunakan kuali panas tanpa sebarang minyak.
- Kemudian, kisarkan guna pengisar kering sampai jadi halus.
- Setelah itu, boleh disimpan dalam bekas kedap angin supaya tidak rosak. Selamat mencuba!
Mudahkan resepi beras perang untuk si kecil ini sekaligus memudahkan kerja ibu ketika menyediakan makanan si kecil. Ibu juga tidak perlu berlama-lamaan di dapur untuk masak juadah anak.
Apapun selamat mencuba dan semoga artikel ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Nowra Alias, Viaemma
Baca juga: Anak kurus dan berat susah naik: Adakah parents patut risau?