Tular! Bayi Usia 4 Bulan Sudah Boleh Berdiri Tegak, Apa Rahsianya?

Kebiasaannya, bayi boleh berdiri tegak sekitar umur sembilan bulan. Namun seorang bayi yang diberi nama Eva ini mampu berdiri seawal umur empat bulan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru-baru ini, netizen digemparkan dengan sebuah video yang memperlihatkan seorang bayi berdiri tegak tular kerana kemampuannya berdiri di usia empat bulan, sedangkan bayi secara lumrahnya boleh berdiri pada sekitar umur sembilan bulan.

Walau bagaimanapun Eva bukan satu-satunya bayi yang boleh berdiri tegak di usia empat bulan! Bahkan ada bayi lain yang sudah boleh berdiri dalam usia tiga ke enam bulan.

Ajaib bila seorang bayi ini boleh berdiri tegak di usia 4 bulan!

Sebuah pusat khusus bayi di Islandia adalah penyebab bayi tersebut mampu berdiri tegak seawal usia empat bulan. Terima kasih kepada pelatihnya, Snorri Magnusson yang mengajar bayi ini supaya dapat berenang dan berdiri sejak kecil.

Pada masa ini, ada 12 bayi yang mengikuti program tersebut yang dilakukan seminggu dua kali selama tiga bulan. Istimewanya, dari 12 bayi yang dilatih itu, 11 daripadanya telah mampu berdiri tegak dalam tempoh lapan ke 15 detik!

Ini yang dilakukan supaya dapat melatih bayi berdiri tegak

Latihan dimulakan dengan sesi pemanasan yang dilakukan oleh bayi dan ibu bapa berdasarkan arahan Snorri diiringi muzik seperti bersenam. Setelah itu, ibu bapa akan menggerakkan bayi dalam kolam renang.

Kemudian, pelatih akan melatih bayi gerakan belakang depan, mengapung dan menyelam. Di akhir sesi latihan, bayi dilatih keseimbangan dalam posisi berdiri tegak di tangan pelatihnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berdasarkan artikel di laman Science Daily, kecerdasan yang dimiliki mampu membuat mana-mana bayi akan sentiasa ingat apa yang sudah diajarkan, meskipun hanya sekali. Jika apa yang telah diajar itu selalu dilatih maka bayi akan menirunya dengan sempurna.

Menurut Snorri lagi, kanak-kanak boleh melakukan lebih dari apa yang kita fikirkan. Malah apa yang dilakukan Snorri itu menjadi bahan kajian oleh Profesor Havard W. Loras dan Monika Haga yang merupakan tenaga pengajar dalam jurusan Pengubatan Saraf dan Kajian Gerakan di NTNU.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kajian itu menjelaskan bahawa keseimbangan dan gerakan merupakan aktiviti  yang boleh dipelajari sejak usia bayi dan dapat menandingi perkembangan normal si kecil seperti mana yang terjadi pada bayi comel ini.

Ibu bapa tidak disarankan lakukan sebegini tanpa kepakaran

Walaupun bayi dapat berdiri tegak seawal usia daripada yang normal, disarankan jangan ibu bapa memaksa sekiranya bayi masih tidak bersedia. Bimbang ia boleh menyebabkan kecederaan. 

Dahulu Dr Sheikh Muszaphar pernah menegur aksi ini yang dibuat oleh selebriti Hairul Azreen pada bayinya yang waktu itu baru berusia 5 bulan. 

Katanya perbuatan itu akan membuatkan lutut bayi bengkok kerana pada usia itu kaki bayi masih belum bersedia dan belum kuat untuk berdiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga artikel ini bermanfaat dan memberi anda semangat untuk melatih fizikal anak untuk duduk, merangkak, berdiri, berenang dan bermain.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Penulis asal Syahar Banu dan mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga: Tahap Perkembangan Bayi Belajar Merangkak & Cara Bantu Mereka