6 cara bermain dengan bayi yang berumur 0-3 bulan

lead image

Eratkan hubungan dengan bayi anda dan membantu perkembangan mereka mengikut 6 cara bermain dengan bayi ini!

6 cara bermain dengan bayi yang baru lahir hingga bayi yang berusia 3 bulan

Selain dari memenuhi keperluan asas, bermain dengan bayi anda juga langkah penting dalam perkembangan mereka.

Masa bermain memberi peluang untuk mendorong peningkatan deria sentuhan, bau, pendengaran, penglihatan dan deria rasa pada bayi anda. Apabila si manja dapat melatih deria-deria ini, secara tidak langsung ia akan merangsang perkembangan fizikal dan mentalnya.

Di bawah ada beberapa cara ibu bapa boleh buat untuk bermain dengan bayi mereka dari Mama OT dan Pathways. Jom semak apakah caranya!

1. Main bersemuka

bermain dengan bayi

Menurut kajian, bayi sangat suka tengok muka orang. Malah, mereka lebih suka pandang muka ibu bapa mereka berbanding dengan mainan lain.

Apabila ibu bapa bermain dengan bayi secara bersemuka (duduk depan anak) ini tidak hanya akan menimbulkan rasa minat yang lebih dan menyebabkan bayi anda rasa gembira, malah ia juga cara bonding yang baik untuk menjalinkan ikatan.

Bayi suka tengok:

  • muka tersenyum
  • muka yang ada mata
  • muka yang sedang memandang mereka mata ke mata
  • muka ibu bapa dan penjaga mereka
  • muka yang bertindak balas 

2. Bersembanglah dengan bayi anda!

bermain dengan bayi

Bercakap sambil bermain dengan anak sekurang-kurangnya 3 jam sehari semasa bulan pertama, boleh menolong otak anak untuk memproses bunyi dan membezakan suara ibu bapa

Tangkapkan perhatian bayi anda dengan menggunakan suara pic tinggi dan dengan nada suara berlagu. Cuba bersembang dengan bayi anda apabila anda sedang menukarkan bajunya, memberi makanan, dan apabila sedang memandikannya.

Biarpun bayi anda tidak faham apa yang anda sedang katakan, ini masih mendatangkan banyak manfaat.

Kajian mendapati bercakap sambil bermain dengan anak sekurang-kurangnya 3 jam sehari semasa bulan pertama, boleh menolong otak anak untuk memproses bunyi dan membezakan suara ibu bapa!

3. Tiru aksi dan celoteh mereka

bermain dengan bayi

Apabila ibu bapa meniru bunyi, rupa wajah dan pergerakkan bayi mereka, penukaran ulang alik ini akan mengajar anak cara berkomunikasi.

Dengan memberi tindak balas semasa bermain dengan bayi anda, ini juga menunjukkan bahawa dia adalah orang yang penting di dalam hidup anda.

Cubalah buatnya nanti. Pasti anda akan terhibur mendengar si kecil itu terkekeh-kekeh ketawa keriangan. 

4. Menari sambil menggerak-gerakkan tangan mereka

Sumber gambar: fitpregnancy.com

Sumber gambar: fitpregnancy.com

Satu cara lain yang kita selalu tengok ibu buat adalah menari sambil bermain dengan bayi mereka.  Ia bagaikan perkara biasa untuk mengayunkan bayi sambil bernyanyi dan menari.

Tetapi jangan hayun terlalu kuat sehingga menggoncang otak bayi ya! Sebenarnya, menari sambil bermain dengan bayi amat bagus.

Anda juga boleh meletakkan bayi anda di atas katil dan menggerakkan tangannya sambil menyanyi. Ini adalah cara seronok untuk menggalakkan perkembangan motor bayi anda.

5. Main mainan merangsang deria

bermain dengan bayi

Apabila bermain dengan bayi anda, berikanlah mainan yang boleh merangsangkan perkembangan visual seperti baby mobile yang berwarna cerah, cermin, ataupun majalah.

Biarkan bayi anda sentuh dan mengenali tekstur yang berlainan. Play gym bayi adalah pilihan yang paling sesuai untuk tujuan ini.

Selain itu, ibu bapa juga boleh memilih untuk membaca dari buku bergambar, tetapi pilihlah jenis yang berwarna-warni. Selain membuatkan baji teruja dengan warna yang terang, mereka juga boleh belajar mendorong deria yang ada.

6. Buat tummy time atau meniarap

bermain dengan bayi

Meniarap juga salah satu cara bermain dengan bayi yang banyak manfaatnya Sumber gambar: Pexels.com

Meniarap juga salah satu cara bermain dengan bayi yang banyak manfaatnya kerana ia penting untuk perkembangan motor seperti — berguling, duduk, merangkak, berjalan, dan sebagainya.

Ibu bapa boleh layari di sini untuk melihat aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan bersama bayi semasa sesi meniarap.

Apa yang penting, ibu bapa kenalah meluangkan masa untuk bermain dengan bayi. Selain merapatkan hubungan bonding kalian, aktiviti-aktiviti ini amat bagus untuk perkembangan anak-anak anda. 

Jom sama-sama kita buat!

 

 

 

 

 

 

Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

8 Aktiviti Bonding Ayah dan Anak Perempuan Yang Anda Boleh Cuba

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!

Written by

Rosanna Chio