Sudah mengandung sembilan bulan tiba masanya untuk anda bersalin. Sudah pasti ketika berpantang anda perlukan pertolongan, tetapi tiba-tiba Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pula. Ibu atau mertua anda tidak boleh datang dari kampung, atau anda sendiri tidak boleh pulang ke kampung, jadi perlu berpantang sendiri di rumah nampaknya.
Tenang ibu, bertenang. Tarik nafas susun balik minda anda dan cuba bertenang. Mungkin anda tidak pernah terbayang terpaksa berpantang sendiri kan? Tapi mungkin ada hikmahnya.
Yang penting positif dan yakin pada diri yang anda dan suami boleh lakukan. Disebabkan itu anda perlu membaca dan ambil tips daripada orang lain bagaimana caranya untuk anda handle nanti.
Jika ada bajet lebih, bolehlah upah confinement lady tetapi tak semua mampu lebih-lebih lagi dalam situasi mendesak ini.
Berpantang sendiri di rumah, ini 12 tips yang boleh membantu anda
Menurut perkongsian artikel dari siraplimau, untunglah bagi yang ada emak lagi. Boleh import datang dan tinggal dengan kita. Bagi yang sudah tiada ibu lagi, tentu buntu fikiran, tidak tahu mahu buat macam mana. Mungkin ada yang masih mempunyai ibu, tetapi sudah tidak kuat. Tidak sampai hati rasanya ingin minta tolong.
Bagi yang ada mertua pula, mungkin segan silu kerana tidak biasa. Apa tidaknya, walaupun ibu kepada suami sendiri, tidak sama macam emak kita sendiri. Mahu mengupah ‘confinement lady’ pula tinggi belanjanya.
Jadi musim PKPB ini terpaksa terima kenyataan yang kita perlu buat semuanya sendiri. Bagi yang bakal berpantang sendirian, nasib baik ada yang sudi kongsikan pengalaman mereka. Ini gabungan tips berpantang sendiri yang boleh dicuba:
#1. Kuatkan mental
Jerit kuat-kuat dalam hati, “Aku boleh pantang sendiri”. Percaya pada diri sendiri, jangan bersikap lembik. Jika ada suami, libatkan suami sekali. Takkanlah hanya tahu buat anak saja kan, bila berpantang biarkan isteri sendiri.
#2. Bangun awal
Awal bukannya pukul 7-8 pagi. Awal seperti waktu Subuh, jam 5-6 pagi. Segarkan diri dengan mandi air panas.
#3. Belajar pakai bengkung
#4. Masak sarapan ringkas
Kalau suami ringan tulang, tanpa disuruh, dia akan bantu serba-sedikit. Kalau tidak, terpaksalah kita masak untuk keluarga.
Selepas siap mandi, agak-agak dalam jam 7 pagi, siapkan bahan untuk masak sarapan pagi. Untuk yang sudah ada anak yang sudah masuk tadika atau bersekolah, gagahkan diri untuk sediakan untuk mereka juga.
Tapi jika boleh, kerah saja suami anda. Take part juga dalam keadaan anda berpantang. Bukan anda sengaja.
#5. Sediakan baju anak
Jangan selepas mandi baru tergagau-gagau cari baju baby. Siapkan awal dan letak satu tempat. Kalau baby masih tidur lagi, rehat sebentar.
#6. Mandikan anak
Bayi selalunya tidur agak lama. Lebih kurang jam 9, mandikan anak dengan air yang hangat-hangat. Tunjukkan suami, bagaimana mandikan anak. Nanti bila ada masa terluang, dia boleh cuba juga.
Bagi yang tiada water heater, suami boleh jerang air dulu. Masukkan dalam besen, dan campurkan dengan air sejuk bagi suam-suam kuku. Jangan panas sangat.
#7. Minum pagi
#8. Susukan bayi
Bagi yang breastfeed baby, selalu anak akan lekat lama. Kadang-kadang, boleh cecah 1 jam menempel. Lebih kurang jam 11 pagi, anak akan tidur semula.
#9. Masak lauk tengah hari
Masak lauk pantang yang ringkas-ringkas sahaja. Jika tidak tahu menu apa, cuba resepi makanan berpantang ini. Biasanya, akan ambil masa 1 jam. Selepas siap, enjoy makanan sementara anak masih tidur.
#10. Cari tukang urut lepas bersalin
Ini sangat penting, jika blur dan tidak tahu apa-apa langsung. Lebih-lebih lagi kalau anak pertama. Cuba cari tukang urut yang ada pakej boleh masak sekali. Kalau beli lauk, boleh terus siang dan minta dia masak.
#11. Hantar dobi
Kalau ada ramai anak, basuh, sidai dan lipat kain baju tentu sekali menjadi satu cabaran yang sangat besar. Untuk meringankan beban, minta suami hantar basuh dan keringkan sekali di kedai dobi layan diri yang berhampiran.
#12. Cari part time maid
Rumah tidak bersapu dan bermop? Badan penat sangat sampai tidak larat? Inilah masanya untuk cari part-time maid yang mudah didapati sekarang. Bagi yang sudah ada live-in maid, lebih mudah kerja.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: siraplimau
Baca juga: