Biskut Raya Moden dan Tradisional Ini Didatangkan Dalam Set Yang Menarik, Jom Hadiahkan Buat yang Tersayang!

Biskut raya kini boleh didapati dalam pek yang sangat menarik. Sememangnya sesuai untuk dihadiahkan kepada insan tersayang.

Apabila tiba Hari Raya Aidilfitri, pasti ada beberapa kuih raya tradisi yang menjadi pilihan dan wajib ada untuk dijadikan juadah, seperti kuih suji, bahulu, almond london, makmur dan banyak lagi. Tetapi biskut raya moden juga semakin mendapat tempat di hati, apatah lagi dengan bentuk dan ramuan yang dimasukkan seperti keju dan buah beri yang sedap!

Memang tak dinafikan kuih tradisional memang tak lapuk ditelan zaman, dan ramai yang masih mengekalkan tradisi menjaga resipi turun temurun keluarga. Ada juga yang cuba mengolah resipi dan hasilnya sangat memberangsangkan.

Secara peribadi, rata-rata golongan muda sekarang lebih memilih untuk membeli sahaja biskut raya moden untuk tahun ini. Mujurlah kini kuih raya sangat mudah didapati, bukan sahaja dijual di kedai runcit dan pasaraya, malahan boleh didapati secara atas talian.

Biskut Raya Pilihan Tahun Ini

Ada sesetengah orang tidak gemar pembaharuan pada sesuatu makanan khususnya, dan tidak berani membeli. Manalah tahu tak sedap atau ‘tak kena tekak’, betul tak? Jadi sebelum membeli, sebaik-sebaiknya:

  • Cuba dahulu Kalau membeli di pasaraya, anda boleh cuba tester yang disediakan. Sesetengah kedai atas talian juga ada membekalkan kuih tester untuk dicuba tau! 
  • Ramuan Pastikan ramuan yang digunakan tidak mendatangkan alahan untuk anda. 
  • Dipercayai Jika membeli di atas talian, jangan lupa semak maklumbalas pelanggan terdahulu. Biskut raya moden biasanya dengan resipi baru, jadi kalau ramai cakap sedap, barulah yakin nak beli kan?

8 Set Biskut Raya Yang Boleh Didapati di Pasaran

Sejak kebelakangan ini, ramai pengusaha yang menyediakan set kuih raya moden  yang boleh dijadikan juadah dan sesuai dijadikan pemberian kepada insan tersayang. Selain didatangkan dengan reka bentuk dan bungkusan yang cantik, ia juga dibuat dengan bahan-bahan premium yang berkualiti tinggi.

Masih keliru? Jom lihat senarai set kuih raya moden yang boleh dibeli di sini.

Set Biskut Raya Sebagai Hadiah
GPR Classic Hari Raya Butter Cookies
Biskut Raya Terbaik Harga Berpatutan
Beli di Shopee
Ordinary Baker Raya Cookies Gift Set
Biskut Raya Terbaik Yang Lengkap
Beli di Shopee
INS Feel Rattan Basket Hadiah Raya
Biskut Raya Terbaik Mewah Dan Eksklusif
Beli di Shopee
Famous Amos Blissful Box
Biskut Raya Terbaik Jenama Popular
Beli di Shopee
Solehah Riang Raya Homemade Raya Cookies
Biskut Raya Terbaik Dengan Biskut Buatan Rumah
Beli di Shopee
Eureka Popcorn Eid Delight 2024 Gift Box Set
Biskut Raya Terbaik Dengan Set Unik Popcorn
Beli di Shopee
Nut Tella Pot Family Corner
Biskut Raya Terbaik Bukan Jenis Set Hadiah
Beli di Shopee
Riang Ria Hari Raya Hamper
Biskut Raya Terbaik Dalam Bentuk Hamper
Beli di Shopee

GPR Classic Hari Raya Butter Cookies

Biskut Raya Terbaik Harga Berpatutan

GPR menyajikan biskut yang sempurna, snek yang lazat, praktikal, boleh dimakan di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Walaupun hanya menyajikan biskut butter namun biskut ini sentiasa menjadi pilihan kebanyakan orang kerana rasanya yang enak.

Dipek pula dalam bekas aluminium rekaan bertemakan hari raya, pastinya menepati pilihan kebanyakan mereka yang mahu menghadiahkan set kuih raya kepada sanak-saudara.

Apa yang kami suka :

  • Semua produk GPR beroleh status HACCP dan mempunyai sijil halal.
  • Bekas aluminium yang cantik, boleh digunakan semula.
  • Harga yang murah.
  • Rasa yang enak.

Ordinary Baker Raya Cookies Gift Set

Biskut Raya Terbaik Yang Lengkap

Nak beri kejutan kuih raya kepada insan tersayang? Ordinary Baker ada menyediakan Raya Cookies Gift Box yang didatangkan dengan kotak khas Aidilfitri yang memang sesuai dijadikan buah tangan.

Selain tiga jenis biskut yang disertakan sekali, set ini juga mengandungi sampul raya dan kad ucapan. Harganya juga berpatutan dan tidak akan membebankan anda walaupun perlu dibeli dalam kuantiti yang banyak.

Apa yang kami suka :

  • 3 pilihan biskut chocolate chip pelbagai perisa.
  • Rangup dan enak.
  • Pek kotak yang cantik dan bertemakan hari raya.
  • Harga yang berpatutan

INS Feel Rattan Basket Hadiah Raya

Biskut Raya Terbaik Mewah Dan Eksklusif

INS Feel menyajikan set biskut raya yang dipek dalam bakul rotan yang begitu eksklusif dan tampak mewah yang sangat sesuai dijadikan buah tangan korporat.

Bukan sahaja mengandungi biskut raya dan buah kurma malah anda boleh memilih untuk meletakkan sekali lilin hiasan atau pokok Succulent yang begitu unik jika dihadiahkan kepada penerima.

Bukan itu sahaja, jika anda tidak dapat pulang beraya ke kampung, apa kata hadiahkan set bakul rotan ini untuk insan yang tersayang di kampung, pasti mereka tersenyum lebar dan tertanya-tanya beli di mana.

Apa yang kami suka :

  • Rekaan set hadiah yang unik kerana diletakkan di dalam bakul rotan.
  • Bukan sekadar biskut raya malah terdapat barangan hiasan rumah disertakan sekali.
  • Set hadiah yang mewah.

Famous Amos Blissful Box

Biskut Raya Terbaik Jenama Popular

Raikan Hari Lebaran tahun ini dengan biskut raya dari Famous Amos, yang dikenali sebagai pembuat biskut chocolate chip original yang enak. Rangup dengan jumlah rasa manis yang tepat, biskut ini pasti menjadi kegemaran dan wajib dimiliki Aidilfitri ini!

Raya ini, Famous Amos menyediakan kotak silinder yang begitu cantik untuk anda memberikan buah tangan kepada insan tersayang. Di dalam kotak pula disediakan biskut dalam pek  180 gram.

Apa yang ada dalam set ini?

  • Ada 4 pilihan perisa biskut chocolate chip.
  • Rasanya yang enak dan digemari hampir setiap orang.
  • Kotak yang diikat riben menambahkan lagi nilai eksklusif set biskut raya.

Solehah Riang Raya Homemade Raya Cookies

Biskut Raya Terbaik Dengan Biskut Buatan Rumah

Biskut raya homemade yang dibuat dengan kasih sayang ini mempunyai rasa keenakan kuih yang garing di luar dan gebu di dalam.

Packaging yang eksklusif dan menarik, barulah tak malu nak bagi saudara mara dan klien! Harga pula sangat berpatutan dan tak perlu risau kerana produk buatan Muslim dan 100% halal.

Tidak seperti set kuih raya yang lain, set ini pasti membuatkan penerima rasa teruja, jadi kirimkan kasih sayang kepada orang yang disayangi di mana sahaja anda berada dengan kotak hadiah ini.

Apa yang kami suka :

  • Boleh memilih mahu letakkan 4 jenis atau 3 jenis biskut di dalam set hadiah raya.
  • Rasanya yang enak dengan harga berpatutan.
  • Bekas biskut raya yang cantik.

Eureka Popcorn Eid Delight 2024 Gift Box Set

Biskut Raya Terbaik Dengan Set Unik Popcorn

Biskut raya sentiasa diberi sebagai hadiah raya dan risau pula apa yang diberi tak habis dimakan. Apa kata anda cipta kelainan dengan memberi set popcorn dari jenama Eureka ini.

Mempunyai perisa karamel, cocoa malt, coklat gelap, butterscotch, keju dan original sea salt anda boleh memilih antar dua perisa yang paling menarik dan sedap.

Didatangkan dalam pek yang menarik, dua popcorn diletakkan di dalam bekas bersama kotak bertemakanAidilfitri. Bolehlah cuba hadiahkan set popcorn yang sesuai juga untuk dijadikan hadiah buat insan tersayang!

Apa yang kami suka :

  • Popcorn yang digemari semua peringkat umur.
  • Pek yang menarik dan bersesuaian untuk dijadikan buah tangan hari raya.
  • Jenama terkenal popcorn tempatan, Eureka.

Nut Tella Pot Family Corner

Biskut Raya Terbaik Bukan Jenis Set Hadiah

Jenama yang tidak asing lagi di Shopee, Family Corner mencipta kelainan dengan menawarkan biskut raya dalam bekas yang sangat menarik sesuai dijadikan buah tangan hari raya! 

Mempunyai pelbagai pilihan biskut raya yang enak-enak belaka, kami memilih Nut Tella Pot kerana biskut ini menjadi pilihan pelanggan Family Corner kerana keenakannya yang tiada tandingan.

Dalam edisi kali ini, dengan direka khas untuk Aidilifitri menjadikan ia sesuai untuk dijadikan sebagai buah tangan ketika berkunjung semasa rumah terbuka

Apa yang kami suka :

  • Bekas kuih raya yang berwarna-warni tak perlu lagi membeli set hadiah.
  • Semua biskut yang ditawarkan enak-enak semuanya.
  • Terkenal dengan pembungkusan yang kemas, tak perlu risau biskut anda akan pecah atau rosak. 

Riang Ria Hari Raya Hamper

Biskut Raya Terbaik Dalam Bentuk Hamper

Kejutkan rakan, keluarga atau pelanggan anda dengan hamper Raya yang meriah. Dipenuhi dengan makanan lazat, biskut dan kuih serta dihiasi dengan perhiasan Raya, selitkan juga ucapan Hari Raya anda dengan penghantaran hamper pada hari yang sama.

Walaupun dah terlambat, anda masih boleh meminta mereka membuat hamper mengikut bajet serta pilih kegemaran anda daripada pilihan biskut dan perhiasan.

Apa yang kami suka :

  • Saiz yang besar pastinya si penerima terkejut dan rasa dihargai.
  • Hamper boleh mengikut bajet pelanggan.
  • Hamper bukan sekadar biskut, ada juga disertakan mangkuk tingkat dan balang kuih raya.

Perbandingan Harga Set Biskut Raya

Jenama Biskut Raya Harga

GPR Classic Hari Raya Butter Cookies

RM15

Ordinary Baker Raya Cookies Gift Set

RM59.90

INS Feel Rattan Basket Hadiah Raya

RM53.90 – RM89.90

Famous Amos Blissful Box

RM34.55

Solehah Riang Raya Homemade Raya Cookies

RM34 -RM39

Eureka Popcorn Eid Delight 2024 Gift Box Set

RM42

Nut Tella Pot Family Corner

RM26 – RM39

Riang Ria Hari Raya Hamper

RM38 – RM67.99

Dalam kegembiraan menyambut Aidilifitri yang akan menjelang tidak lama lagi, pastikan anda sudah selesai menyemak perbelanjaan sebelum dan semasa perayaan. Kekalkan penjarakan sosial dan sentiasa patuh pada SOP agar kita terhindar dari terkena jangkitan wabak Covid-19.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda memilih set biskut raya yang sesuai untuk dijadikan hidangan atau untuk dihadiahkan pada tersayang. 

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.theAsianparent Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Sea Salt Cookies Viral Guna Sukatan Cawan, Confirm Menjadi! Boleh Jadi Kuih Raya!

Baca juga:  Tips Cari Baju Raya Anak & Promosi Baju Poney Sempena Perayaan Ini

Baca juga: Wah, Cantiknya Pilihan Kain Telekung Ini! Hadiahkan Kepada Isteri, Pasti Dia Terharu.