Buah Avocado Baik Untuk Bayi, Ini Cara Cuci Yang Betul Agar Khasiatnya Tidak Hilang

Buah avocado menjadi pilihan kebanyakan ibu ketika menyediakan makanan pejal si kecil. Hal ini kerana ia memiliki rasa berlemak dan baik untuk kesihatan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buah avocado atau alpukat adalah buah yang popular diberikan pada bayi kerana ia ada lemak baik dan nutrien serba lengkap. Ia juga merupakan makanan hebat untuk diberikan pada bayi yang baru mula makan makanan pejal. 

Akan tetapi, ramai ibu bapa tidak cuci bahagian kulit luar buah avocado sebelum memotongnya. Walaupun kita tidak makan kulitnya, namun ia perlu dicuci dahulu kerana adanya bakteria!

Cara membersihkan buah avocado dengan betul supaya tidak menjejaskan khasiatnya

credit to sources

Sebab itu Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika, FDA menunjukkan betapa pentingnya membersihkan avocado dengan betul. 

Menurut laporan dari FDA, pihak berkuasa menemui bakteria yang dipanggil Listeria Monocytogenes pada 17% kulit avocado yang diuji dari tahun 2014 hingga 2016. 

Lebih mengejutkan, kira-kira 0.2 peratus isi avocado juga mengandungi bakteria tersebut. Hal ini kerana apabila menggunakan pisau untuk memotong kulit, secara tidak langsung ia dapat memindahkan bakteria tersebut ke bahagian dalam isi. 

Justeru ibu-ibu hendaklah berwaspada dan mempraktikkan cara mencuci dan memotong kulit avokado dengan betul sebelum dijadikan hidangan buat si kecil. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seterusnya, gosok dengan berus bersih dan keringkan buah alpukat dengan tuala agar dapat kurangkan lagi pertumbuhan bakteria itu yang boleh serang tubuh bayi kerana mereka belum mempunyai sistem imun yang kuat. 

Dalam pada itu, FDA mengesyorkan supaya orang ramai lebih teliti membersihkan sayur-sayuran dan buah-buahan sebelum makan. 

Jangan ambil mudah ketika membersihkan buah avocado, boleh menyebabkan jangkitan listeria

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti demam, sakit otot, cirit-birit, dan mual
  • Jangkitan Listeria yang serius boleh menyerang sistem saraf yang membawa kepada masalah kelainan, sawan dan leher jadi sengit. 
  • Bagi orang yang tidak mempunyai sistem imun kuat seperti wanita hamil, bayi baru lahir dan warga emas mudah terdedah kepada jumlah bakteria Listeria yang kecil. 
  • Listeria ini berisiko tinggi berjangkit pada wanita hamil dan simptomnya juga ringan seperti demam namun ia boleh merebak kepada janin dalam kandungan! 
  • Jangkitan Listeria boleh menyebabkan bayi lahir mati atau kelahiran pramatang. Inilah sebab utama wanita hamil dinasihatkan untuk elak ambil makanan yang mengandungi jangkitan Listeria. 

FDA turut menemui bakteria lain yang boleh menyerang pada buah avocado seperti Salmonella dan E.coli.

Petua mengendalikan makanan bayi dengan selamat

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Sentiasa memisahkan antara makanan mentah dan masak dalam peti sejuk. 
  • Asingkan papan cincang untuk kegunaan bahan mentah seperti daging, ikan, buah dan sayur.
  • Jangan beri makan bayi secara terus dari bekas penyimpanan.
  • Guna sudu yang bersih dan kering. 
  • Gunakan pencuci khas dan air panas untuk basuh semua perkakas yang digunakan bagi menyediakan makanan bayi termasuk papan pemotong dan pengisar. 
  • Jangan letakkan baju atau lampin kotor anak dalam beg yang sama anda letakkan botol susu atau makanan kerana ia berisiko untuk tercemar. 
  • Jangan biarkan makanan pepejal bayi dibiarkan pada suhu bilik selama lebih dari dua jam.
  • Jangan beri si manja makan buah yang telah retak atau pecah kulit kerana bakteria mudah masuk. 
  • Menyediakan makanan bayi dengan teliti dan bersih.
  • Sekiranya anda panaskan semula makanan si kecil, pastikan ia sejuk sebelum beri pada bayi anda. 
  • Pastikan anda periksa tarikh luput pada setiap makanan yang diberikan untuk bayi. 
  • Tidak memberi bayi makan madu di bawah umur setahun. 
  • Jangan beri susu mentah atau tidak dipasteurikan kepada bayi kerana ia boleh mengundang bakteria dan menyebabkan si manja mudah jatuh sakit. 

Semoga perkongsian ini membuatkan anda lebih berhati-hati ketika menyediakan makanan si kecil. 

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bukan Tak Sedap, Bayi Sembur Makanan Sebab Dia Menguji Mulut Untuk Cepat Bercakap!

Baca juga: Selain Naik Ruam & Gatal-Gatal, Ini Tanda Bayi Alergi Makanan Yang Ibu Kena Waspada

Baca juga: Senarai Makanan Bayi 9 Bulan Yang Sedap & Berkhasiat, Mampu Pikat Selera Si Manja!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan