Buah Yang Tidak Boleh Dimakan Ibu Hamil Trimester 1, Tolong Elakkan Dan Jauhkan

Buah yang tidak boleh dimakan ibu hamil trimester 1 adalah seperti anggur, betik muda dan nanas kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan makanan utama yang perlu ada dalam menu makanan ibu hamil setiap hari. Namun, ada beberapa jenis buah yang tidak boleh dimakan ibu hamil trimester 1. 

10 Jenis Makanan Yang Dilarang Untuk Ibu Hamil 1 Bulan

Trimester pertama dianggap penting meskipun perut hamil anda belum lagi kelihatan kerana pada masa itu, tubuh dan fizikal janin kian berkembang. Malah, di akhir trimester, sebahagian besar organ fetus sudah mulai membentuk. 

Jadi, untuk menjaga janin supaya kekal sihat dalam kandungan adalah dengan menghindari perkara buruk tersebut. Berikut adalah jenis makanan yang perlu dielak ibu hamil trimester 1. Ada juga buah yang tidak boleh dimakan ibu hamil trimester 1.

1. Anggur 

Meskipun anggur kaya dengan Vitamin A dan C, namun ada beberapa alasan yang melarang anggur diamalkan ketika hamil.

Antaranya kerana kulit anggur disebut reveratol mempunyai nutrisi yang sihat, namun ia boleh menjadi racun bagi wanita hamil kerana mudah bertindak balas dengan kadar hormon yang tidak stabil yang mungkin dimiliki oleh ibu mengandung.

Anggur sering kali menggunakan pestisida yang tidak mudah larut, sekaligus ia dapat memberikan komplikasi tidak baik pada kesihatan janin.  Sekiranya anda khuatir, sila berkonsultasi dengan doktor untuk mendapatkan nasihat yang lebih mendalam. 

2. Betik Muda 

Betik muda mengandungi lateks yang dapat memicu kontraksi uterus sekaligus menyebabkan keguguran.

Boleh menyebabkan gejala alergi seperti hidung berair, bengkak mulut atau ruam kulit. Selain boleh juga menjadi punca kesukaran pernafasan yang perlu dirawat segera.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebaiknya ibu hanya ambil betik matang kerana mengandungi nutrisi sihat seperti folat, serat, kolin, kalium, betakarotin, Vitamin A, B dan C yang sangat bagus diamalkan ketika hamil. 

3. Nanas 

Buah ini perlu dihindari ketika mengandung kerana ia mengandungi bromelain iaitu enzim yang memecahkan protein.

Salah satu kesannya adalah dapat melembutkan servik hingga boleh menyebabkan bersalin pramatang. Kajian juga menunjukkan bromelain dapat menyebabkan pendarahan yang abnormal.

Namun, kesan ini tidak akan berlaku jika ibu hanya mengambil dalam jumlah yang kecil asalkan tidak berlebihan. Bahkan, makan nanas terlalu banyak juga boleh menyebabkan pedih ulu hati dan cirit birit serta dehidrasi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Durian

Durian sering dianggap berbahaya kerana dikatakan boleh menyebabkan pendarahan semasa bersalin, keguguran atau lahir cacat. Namun, fakta ini tidak terbukti secara saintifik ya, ibu hamil.

Sebaliknya, durian sebenarnya kaya dengan antioksidan dan antibakteria yang bermanfaat untuk ibu hamil.

Walau bagaimanapun, ibu hamil disarankan makan durian secara sederhana kerana kandungan gulanya yang tinggi.

5. Nangka

Ada mitos yang menyebutkan nangka boleh menyebabkan keguguran atau cacat pada bayi. Hakikatnya, perkara ini tidak benar sama sekali.

Sebaliknya, nangka mengandungi vitamin C, antiradang, dan antibakteria yang bagus untuk kesihatan ibu hamil. Namun, seperti buah lain, makanlah nangka dalam jumlah yang sederhana sahaja.

6.Ikan Mentah atau Setengah Masak

Ikan mentah atau yang tidak dimasak sepenuhnya seperti sushi atau sashimi mengandungi risiko pencemaran bakteria dan parasit yang boleh menyebabkan jangkitan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Listeria dan Toxoplasma adalah dua jenis kuman yang boleh membahayakan janin, menyebabkan keguguran atau komplikasi lain. Sebaiknya, pilih ikan yang dimasak sepenuhnya dan pastikan ia bebas daripada parasit.

7.Kopi , Minuman Berkafein

Minuman berkafein seperti kopi, teh, dan minuman berkarbonat boleh mengganggu perkembangan janin.

Kafein boleh menembusi plasenta dan mempengaruhi sistem saraf bayi. Pengambilan kafein yang berlebihan juga dikaitkan dengan risiko keguguran, kelahiran pramatang, dan berat badan rendah pada bayi.

Sebaiknya hadkan pengambilan kafein kepada satu cawan sehari atau lebih baik, pilih minuman tanpa kafein.

8.Makanan Laut Dengan Merkuri Tinggi

Ikan seperti jerung, tuna besar, dan mackerel mengandungi tahap merkuri yang tinggi, yang boleh memberi kesan buruk kepada perkembangan otak janin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Merkuri berlebihan boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem saraf bayi. 

Pilih ikan yang rendah raksa seperti salmon atau sardin, dan hadkan pengambilan makanan laut tinggi raksa.

9.Daging Mentah, Tidak Dimasak

Daging mentah atau tidak dimasak sepenuhnya seperti steak medium-rare atau burger boleh mengandungi bakteria berbahaya seperti E. coli, Salmonella, atau Toxoplasma.

Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan yang membahayakan ibu dan janin. Pastikan daging dimasak sepenuhnya sebelum dimakan untuk mengelakkan risiko tersebut.

10.Produk Tenusu Tidak Dipasteur

Keju lembut dan susu yang tidak dipasteur mengandungi risiko terdedah kepada bakteria Listeria, yang boleh menyebabkan keguguran atau masalah kesihatan serius pada janin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pastikan produk tenusu yang diambil dipasteur dengan betul untuk menghindari risiko ini. Pilih keju keras seperti cheddar yang lebih selamat untuk ibu hamil.

Pantang Larang Ibu Mengandung 1 Bulan

Pada trimester pertama, ibu hamil perlu berhati-hati dengan beberapa pantang larang untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi.

Salah satunya adalah menghindari stres berlebihan, kerana terlalu banyak tekanan boleh memberi kesan negatif pada perkembangan janin.

Selain itu, aktiviti fizikal berat seperti angkat berat atau sukan lasak perlu dielakkan. Tubuh ibu masih menyesuaikan diri, jadi lebih baik pilih senaman ringan seperti berjalan kaki yang lebih selamat untuk ibu hamil.

Ibu juga disarankan untuk menjauhi rokok, alkohol, dan penggunaan ubat tanpa nasihat doktor, kerana bahan-bahan ini boleh merosakkan perkembangan janin.

Jangan lupa untuk menjaga pemakanan dengan menghindari makanan mentah atau tidak dimasak sepenuhnya, seperti sushi, daging mentah, atau keju yang tidak dipasteur.

Pastikan juga tidur dengan posisi yang selesa, lebih baik mengiring ke kiri untuk kelancaran aliran darah.

Emosi juga boleh menjadi halangan bagi ibu hamil, jadi penting untuk mendapatkan sokongan daripada pasangan atau keluarga. Menggunakan produk kosmetik yang mengandungi bahan kimia berbahaya juga perlu dielakkan.

Kehamilan adalah masa yang menggembirakan, tetapi memerlukan perhatian lebih dalam menjaga diri. Jadi, jangan segan untuk berunding dengan doktor bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Nak Bayi Lahir Sihat & Sempurna, Ibu Amalkan 11 Makanan Terbaik Semasa Kehamilan Ini

Baca juga: Bolehkah Makan Durian Ketika Hamil? Ini Yang Para Ibu Perlu Tahu

Baca juga: 20 Makanan Yang Perlu Dielakkan Ketika Hamil & Garis Panduan Makanan Untuk Ibu Mengandung