Buah Naga Untuk Ibu Hamil: Ketahui Khasiat, Jumlah Pengambilan & Jenis Buah Naga Terbaik

Kebaikan buah naga dapat memberi manfaat kepada kesihatan yang terbaik buat ibu hamil serta kesihatan bayi dalam kandungan

Tahukah anda tentang khasiat dan kebaikan buah naga untuk ibu hamil? Jika sebelum ini kami di theAsianparent pernah menulis tentang manfaat buah naga untuk bayi enam bulan tapi kali ini kami ingin memberi fokus pula tentang buah berwarna ungu serta putih ini kepada wanita mengandung.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom kita lihat apakah manfaat dan khasiat buah naga untuk ibu hamil dan bayi.

Kebaikan buah naga: Kenali apa itu buah naga

khasiat buah naga, dragon fruits

Buah naga atau dragon fruits adalah sejenis buah yang berasal dari beberapa spesies kaktus dari genus Hylocereus dan Selenicereus.

Bagi anda yang belum mengetahui, buah naga atau dragon fruit ini berasal daripada Selatan dan Amerika Tengah. Ia juga dikenali dengan buah kaktus yang popular di Asia. Buah naga atau dragon fruits ini memiliki kulit yang bersisik dan bertekstur di mana kulitnya tidak boleh dimakan.

Sementara di bahagian isi dragon fruits ini pula berwarna putih dan ada juga merah dengan biji hitam yang boleh dimakan serta tidak berbahaya.

Apatah lagi, khasiat buah naga ini cukup menyegarkan dengan rasa masam-masam manis yang enak malah mengandungi nutrien seperti protein dan serat yang sangat bagus bagi wanita yang sedang berbadan dua. 

Selain itu, buah naga turut mengandungi gula, karbohidrat, kalsium, serat makanan dan sodium yang dipercayai sihat bagi wanita hamil.

Nilai pemakanan buah naga

Berikut ialah anggaran nilai pemakanan 100 gram (3.5 auns) buah naga:

  • Kalori buah naga: 60-80
  • Karbohidrat: 9-14 gram
  • Serat: 1-3 gram
  • Protein: 1-2 gram
  • Lemak: 0-0.5 gram
  • Vitamin C: 20-30% daripada Nilai Harian (DV)
  • Kalsium: 1% daripada DV
  • Besi: 1% daripada DV

Buah naga juga merupakan sumber antioksidan yang baik, termasuk betacyanin, yang menyumbang kepada warna merah jambu atau merah yang cerah. Selain itu, ia mengandungi sejumlah kecil vitamin dan mineral lain, seperti vitamin B6, vitamin E, vitamin K, fosforus dan magnesium.

Adakah selamat makan buah naga ketika hamil?

Jadi, jika anda masih tertanya-tanya sama ada wanita hamil boleh makan buah naga, jawapannya adalah ya.

Terdapat banyak faedah yang boleh anda perolehi daripadanya untuk diri sendiri dan anak anda. Memilih buah naga merah adalah cara terbaik untuk bermula dan membiasakan diri dengan rasa dan rasanya.

Berapa banyak buah naga boleh dimakan

Jadi, sekiranya anda mengambil buah naga atau dragon fruits ini dalam jumlah yang sepatutnya maka ia tentu sihat untuk anda.

Bagi wanita hamil, anda sebaikya mengambil sekurang-kurangnya 200 gram atau sebiji buah naga dalam satu hari.

Mengambil lebih daripada kuantiti ini boleh meningkatkan risiko menghidap diabetes semasa hamil. Jika ragu-ragu untuk mengambilnya, tanyakan dahulu kepada doktor dan ambil tahu jumlah yang disyorkan oleh perubatan.

Khasiat buah naga 

buah naga dragon fruits

Di bawah ini kami kongsikan beberapa khasiat buah naga atau dragon fruit untuk wanita hamil iaitu:

#1. Mengelakkan risiko anemia

Berdasarkan kajian yang dilakukan, minum jus buah naga merah mempunyai kesan yang signifikan ke tahap paras baik hemoglobin dan erythrocyte bagi wanita hamil.

#2. Melegakan masalah sembelit

Wanita hamil selalu mengadu sembelit sampai kadang-kadang mengalami setiap hari hingga perut dan rutin harian jadi tidak selesa.

Jadi dengan kebaikan buah naga atau dragon fruit ini dapat membantu meredakan sembelit pada tahap yang tertentu.

Ini kerana buah naga dapat membantu menghilangkan toksin dan mengekalkan kesihatan pencernaan secara keseluruhan.

#3. Lindungi dari radikal bebas

Satu kajian menunjukkan bahawa kesan antioksidan buah naga merah dapat mencegah kerosakan yang mungkin disebabkan oleh asap rokok pada bayi.

Ini kerana, wanita hamil yang terdedah dengan asap rokok boleh mempunyai risiko bayi dengan berat rendah.

Jadi dengan mengambil kebaikan buah naga ini dapatlah mengatasinya secara semula jadi

#4. Kebaikan buah naga dalam membantu mengawal kadar glukosa dalam darah

Menurut Yayasan Diabetes, benih buah naga dapat bantu mengatur kadar glukosa dalam darah dan berpotensi mencegah diabetes jenis 2.

Namun begitu, tiada bukti saintifik untuk menyokong teori ini sama ada dragon fruit ini baik atau berbahaya untuk pesakit diabetes gestational.

Sekiranya ragu-ragu untuk ambil buah naga, adalah lebih baik berbincang dengan doktor kehamilan anda terlebih dahulu.

Walaubagaimanapun, biasanya tiada kesan sampingan untuk makan buah naga semasa hamil tapi jika berlaku sebarang kesan alahan seperti bersin, ruam dan gatal-gatal sebaiknya henti dari mengambilnya.

Meskipun tiada alergi yang muncul, tapi anda disarankan mengambil dalam jumlah yang sepatutnya dan tidak berlebihan kerana apa saja yang diambil dalam jumlah yang banyak boleh menyebabkan hasil yang tidak baik.

#5. Mencegah kecacatan kelahiran

Manfaat buah naga seterusnya adalah kadar asid folik yang tinggi membuatkan buah ini menjadi kegemaran yang sangat sihat untuk ibu hamil. Asid folik melindungi bayi yang belum lahir daripada mendapat kecacatan kelahiran.

Kebaikan buah naga ini memiliki beberapa nutrisi penting lain seperti vitamin B1, B2, B3, dan vitamin C.

Buah naga juga mengandungi nutrisi penting lainnya yang meningkatkan kesihatan janin, menjamin pertumbuhan dan perkembangan yang optimum.

#6. Kebaikan buah naga dalam membantu pertumbuhan tulang yang sihat

Khasiat buah naga yang seterusnya membantu pertumbuhan tulang kerana ia mempunyai kalsium yang berperanan menguatkan tulang dan gigi.

Kalsium dan fosforus dalam buah naga dapat membantu pertumbuhan tulang pada janin.

Seperti yang ramai tahu, ketika hamil ibu akan kekurangan kalsium kerana ia banyak diserap oleh bayi yang dikandungkan, jadi disebabkan itu eloklah sekiranya ibu hamil mengambil buah naga dalam diet hariannya bagi memastikan mereka memiliki kadar kalsium yang cukup sepanjang berlakunya kehamilan.

Ibu hamil juga kadang kala mengalami sakit gigi yang disebabkan oleh kekurangan kalsium, jadi dengan mendapatkan kebaikan buah naga dalam diet harian mampu  mengurangkan masalah gigi rapuh dalam kalangan ibu hamil.

#7. Meningkatkan hemoglobin (Hb)

Sering kali kita mendengar keluhan ibu hamil yang mempunyai masalah Hb rendah hingga ada yang takut untuk menghadap nurse katanya kerana takut nurse bising.

Jadi, kandungan zat besi dan vitamin C dalam buah naga membantu meningkatkan jumlah hemoglobin pada ibu hamil.

Jadi, buah naga membantu mengurangkan risiko anemia dan setiap kesan buruk yang disebabkan oleh kadar hemoglobin yang rendah.

Ibu hamil wajib menjaga hemoglobin mereka dan pastikan tidak terlalu rendah kerana ia merbahaya kepada bayi dalam kandungan dan juga ibu yang mengandung.

#8. Kebaikan buah naga dalam mengatasi masalah sembelit

Sembelit antara masalah popular yang sering menjadi keluhan rata-rata ibu hamil.

Serat tinggi dalam buah naga dapat mengelakkan sembelit. Selain itu, nutrisi dalam buah naga juga bertindak sebagai ejen untuk melawan banyak gangguan pencernaan yang lain yang akan menyebabkan ketidakselesaan kepada ibu hamil.

#9. Kebaikan buah naga yang mampu menjadikan kulit ibu hamil lebih cantik

Jika dulu tidak pernah berjerawat, tidak mustahil ketika hamil akan munculnya jerawat di pelbagai tempat termasuklah juga kawasan dahi dan sebagainya.

Jadi kandungan vitamin C yang tinggi dalam dragon fruit ini akan melindungi kulit ibu hamil daripada menjadi terlalu kering atau berminyak.

Semasa kehamilan, mendapatkan Vitamin C yang cukup adalah penting untuk menyokong pertumbuhan gusi, gigi dan tulang pada janin.

Bukan hanya itu saja, vitamin C juga dapat menangkal radikal bebas yang dapat mencegah terjadinya penyakit.

#10. Kebaikan buah naga yang berfungsi sebagai sumber karbohidrat yang baik

100 gram buah naga atau dragon fruit memiliki sekitar 9 hingga 14 gram karbohidrat. Kadar karbohidrat yang disarankan untuk diambil ibu hamil adalah 135 gram setiap hari.

Karbohidrat menyediakan sumber tenaga utama ketika pertumbuhan janin dalam perut ibu.

Makan buah naga setiap hari dapat membantu menjaga tenaga dan stamina agar dapat menjalani masa kehamilan dengan baik.

#11. Mengawal gula dalam darah

Ada kalanya ibu hamil terlalu sensitif dengan gula. Makan gula sikit pun boleh buat kadar gula dalam darah naik. Jadi, amalkanlah buah naga jika anda teringin makanan manis.

Buah naga merah vs putih

manfaat buah naga dragon fruit

Untuk makluman anda, buah naga atau dragon fruit yang berwarna merah adalah lebih manis dan berair berbanding dengan buah naga yang berwarna putih.

Seperti warnanya yang berbeza, khasiat untuk kedua-dua buah ini juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Kebaikan Buah Naga Merah

  • Kelebihan buah naga merah adalah ia mengandungi serat yang tinggi
  • Terdapat kandungan prebiotik di mana ia berfungsi untuk memberi makan kepada probiotik yang sihat di dalam usus
  • Antara khasiat buah naga untuk ibu hamil juga adalah dapat meningkatkan sistem imun tubuh
  • Berupaya untuk menstabilkan gula dalam darah
  • Mempunyai magnesium yang tinggi
  • Sangat kaya dengan fitonutrien yang berupaya membantu dalam pencegahan penyakit serta memastikan tubuh berfungsi dalam keadaan yang baik
  • Mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi
  • Mempunyai lebih banyak kandungan vitamin C

Kebaikan Buah Naga Putih

  • Kandungan gula yang rendah di dalamnya sangat sesuai buat anda yang mempunyai diabetes
  • Kandungan serat yang tinggi membantu melancarkan sistem pencernaan
  • Kelebihan buah naga putih adalah kerana ia mengandungi antioksidan flavonoid serta betasianin yang berupaya melindungi sel badan daripada radikal bebas
  • Buah naga putih juga mampu membantu serta menurunkan risiko penyakit jantung serta strok
  • Sangat sesuai buat anda yang ingin menurunkan berat badan kerana buah naga putih mempunyai kandungan kalori dan lemak yang rendah

Kesan sampingan buah naga 

Makan buah naga merah vs putih semasa mengandung juga boleh mendatangkan kesan sampingan. Beberapa kesan sampingan ini termasuk:

  • Buahnya mengandungi terlalu banyak serat, yang boleh menyebabkan masalah seperti sembelit, kembung perut, dan kekejangan perut jika diambil dalam kuantiti berlebihan.
  • Sesetengah orang mempunyai reaksi alahan terhadap buah naga, menyebabkan gejala seperti bengkak, gatal-gatal, bengkak lidah, atau muntah.
  • Makan terlalu banyak buah ketika hamil boleh menyebabkan ruam kulit.
  • Jika buah naga merah dimakan dalam kuantiti yang berlebihan, ia boleh menyebabkan air kencing menjadi merah jambu atau merah, yang mungkin kelihatan membimbangkan tetapi tidak dianggap sebagai kesan sampingan yang serius.
  • Pengambilan buah naga secara berlebihan juga boleh menyebabkan cirit-birit semasa hamil.

Jenis buah naga yang terbaik untuk ibu hamil

Terdapat tiga jenis buah naga yang boleh dimakan ketika hamil. Ini adalah:

  • Hylocereus Undatus atau pitaya berisi putih.
  • Hylocereus Costarricense atau pitaya berisi merah.
  • Hylocereus Megalanthus atau pitaya berkulit kuning dengan isi putih.

Cara masukkan buah naga dalam diet

khasiat buah naga untuk ibu hamil

1) Potong bahagian buah sama ada dalam bentuk kiub atau kepingan. Anda juga boleh campurkan buah naga dengan buah-buahan yang lain serta jadikannya seperti salad buah yang enak! Pasti nikmat dan terangkat selera.

2) Boleh juga buat smoothie dengan menggunakan buah naga. Ia cukup menyegarkan anak tekak!

3) Buah naga ini juga boleh dibuat jem dan nikmatinya bersama roti putih atau pankek. Memang enak!

Pesanan: Sekiranya anda tidak minat untuk makan buah naga ini, anda boleh juga makan buah-buahan yang lain bagi mendapatkan khasiatnya.

Buah untuk ibu mengandung yang lain

Selain buah naga, terdapat beberapa lagi jenis buah yang sangat sesuai dan amat digalakkan ibu hamil untuk memakannya bagi membantu anda dan bayi sentiasa berada dalam keadaan kesihatan yang terbaik iaitu:

#1. Avokado

Bagi anda yang sering mengalami masalah kekejangan pada kaki semasa hamil, anda disyorkan untuk memakan buah avokado bagi melegakannya. Avokado juga berupaya untuk membina kulit dan tisu otak bayi.

#2. Epal

Buah epal mampu mengurangkan risiko bayi menghidap asma dan alahan serta membantu janin membesar dengan sihat.

#3. Pisang

Pisang mengandungi serat yang sangat tinggi di mana ia membantu menyelesaikan masalah sembelit di kalangan ibu hamil serta menghilangkan rasa loya dan muntah semasa mengandung.

#4. Oren

Kandungan folat dalam buah oren berupaya untuk mencegah kecacatan pada tiub neutral di mana ia mampu menyebabkan berlakunya keabnormalan pada otak serta saraf tunjang bayi. 

#5. Aprikot

Aprikot mempunyai pelbagai nutrien penting untuk tubuh seperti kalsium, zat besi, potasium, beta karotena, fosforus, silikon serta vitamin A, C dan E. Semua nutrien ini sangat diperlukan bagi perkembangan dan pertumbuhan bayi anda serta mencegah masalah anemia ibu hamil.

#6. Mangga

Buah mangga sangat kaya dengan vitamin A dan C. Ia membantu meningkatkan tahap imun badan bayi terhadap jangkitan penyakit.

#7. Pear

Ibu hamil yang sering mengalami sembelit sangat digalakkan untuk makan buah pear kerana ia mengandungi serat yang tinggi. Selain itu, buah pear juga mempunyai kandungan potassium yang memberi manfaat kepada jantung serta merangsang pertumbuhan semula sel.

#8. Delima

Buah delima merupakan makanan sunnah dan memberi banyak manfaat kepada wanita hamil. Ia mengandungi vitamin K, kalsium, folat, zat besi, protein dan serat. Buah delima dapat membekalkan sumber tenaga serta mengurangkan risiko kecederaan pada plasenta.

Buah yang tidak boleh dimakan ketika mengandung

Walaupun diketahui bahawa kebanyakan buah-buahan banyak memberi manfaat kepada ibu hamil, tetapi anda tetap perlu waspada dengan beberapa jenis buah-buahan seperti berikut:

#1. Anggur

Ibu hamil dinasihatkan untuk elakkan pengambilan buah anggur ketika berada pada trimester terakhir kehamilan. Ini adalah kerana buah anggur mampu menaikkan suhu badan di mana ia tidak bagus untuk ibu serta bayi dalam kandungan. 

#2. Nanas

Pengambilan buah nanas semasa mengandung boleh menyebabkan berlakunya kontraksi pramatang atau keguguran di mana buah ini mengandungi enzim yang boleh mengubah tekstur serviks. Selain itu, buah nanas juga boleh menyebabkan anda mengalami cirit-birit.

#3. Betik

Elakkan daripada memakan betik mentah atau separuh mentah kerana ia mengandungi lateks yang boleh menyebabkan pengecutan rahim, pendarahan, keguguran, kelahiran pramatang dan membahayakan bayi.

#4. Asam jawa

Walaupun terkenal kerana mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi, anda tidak digalakkan mengambilnya secara berlebihan ini adalah kerana ia mampu menyekat pengeluaran progesteron dalam tubuh. Pengeluaran progesteron yang rendah mampu membuatkan ibu hamil mengalami keguguran, kelahiran pramatang serta berlaku kerosakan pada sel janin.

Semoga perkongsian ini sangat bermanfaat buat anda semua!

  1. www.momjunction.com (2022, 6 Disember) Dragon Fruit In Pregnancy: Safety, Benefits, And Side Effects www.momjunction.com/articles/dragon-fruit-during-pregnancy_00379937/

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bagus Untuk Sembelit, Ini 10 Manfaat Makan Buah Nanas Untuk Ibu Mengandung Ramai Tidak Tahu!

Baca juga: Boleh Cegah Komplikasi Kehamilan, Ini 9 Khasiat Buah Delima Untuk Ibu Mengandung

Baca juga: Buah Kering Berkhasiat Untuk Ibu Hamil, 6 Pilihan Yang Boleh Anda Cuba

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!