X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

5 Sebab Kenapa Buang Air Besar Lepas Bersalin Menyakitkan!

4 min bacaan
5 Sebab Kenapa Buang Air Besar Lepas Bersalin Menyakitkan!

Buang air besar selepas bersalin amat menyeksakan! Tapi anda tahu kenapa ia terjadi? Ini 5 sebabnya dan bagaimana anda boleh kurangkan rasa sakit itu.

Selepas 9 bulan menunggu dan mengharungi kesakitan untuk bersalin, ada lagi kesakitan yang lebih ngeri selepas itu. Ia ialah masalah buang air besar selepas bersalin.

Topik ini selalu dibincang bersama dengan masalah buasir semasa kehamilan dan ramai yang pernah mengalaminya akan berkongsi pengalaman buang air besar  selepas bersalin buat kali pertama.

Mengapa sakit buang air besar selepas bersalin berlaku? Di sini ada 5 sebab yang anda patut tahu.

Mengapa buang air besar selepas bersalin menyakitkan

#1- Ibu sudah pun ada masalah sembelit

buang air besar selepas bersalin

Selepas bersalin, tubuh anda akan mengambil sedikit masa untuk sembuh dan kembali seperti biasa.

Ini termasuklah metabolisme ibu dan sistem pencernaannya. Pengambilan ubat, vitamin tambahan serta masalah dehidrasi juga menyumbang kepada berlakunya sembelit.

Ibu-ibu yang melahirkan anak melalui pembedahan caesarean juga akan menghadapi masalah sembelit, terutamanya apabila tamatnya kesan ubat bius. 

#2 – Faraj koyak

Ibu-ibu yang melahirkan anak secara biasa akan diberi episiotomi, atau pemotongan “membuka ruang” di kawasan antara faraj dan dubur untuk meluaskan saluran kelahiran.

Vulva dan perineum juga boleh terkoyak secara spontan semasa bersalin jika episiotomi tidak diberi.

Bayangkan betapa sakitnya apabila ibu perlu membuang nanti.

#3 – Ibu mungkin tidak ambil ubat pelembut najis

buang air besar selepas bersalin

Sumber gambar: Lelong.my

Ramai ibu-ibu menganggap ubat pelembut najis adalah tidak penting. Tapi, jangan menyesal selepas ini, ye?

Ubat pelembut najis sebenarnya banyak membantu dan boleh memudahkan ibu membuang tanpa perlu meneran sangat. Anda akan berterima kasih dengan kehadiran ubat ini!

#4 – Jahitan yang sakit

Jika faraj terkoyak atau selepas prosedur episiotomi, doktor akan menjahit kawasan luka tersebut supaya ia boleh sembuh.

Ibu perlu menahan sakit selama beberapa hari dan kalau luka itu lambat sembuh atau faraj ibu telah koyak teruk, mungkin kalian perlu menahan sakit sehingga beberapa minggu.

Malah kesan jahitan ibu-ibu yang melahirkan anak melalui pembedahan masih rasa sakit selepas beberapa minggu.

Jaga jahitan dan kawasan luka di bawah dengan baik untuk mengelaknya daripada meradang.

#5 – Kawasan faraj yang kembang dan sakit

buang air besar selepas bersalin

Sumber gambar: medicaldaily.com

Ibu baru masih akan rasa sakit ketika buang air besar selepas bersalin walaupun farajnya tidak terkoyak.

Seorang bayi baru saja keluar dari saluran kelahiran dan faraj ibu itu. Biarpun ia tidak terkoyak, faraj ibu mungkin kembang dan akan rasa sakit di kawasan dubur. 

Bawa bersabar dan tahan kesakitan itu, ya!

Sekarang lepas anda tahu kenapa seksa sungguh nak buang air besar buat pertama kali selepas bersalin, jom kita tengok apa cara yang boleh mengurangkan rasa sakit bila tiba waktu membuang nanti.

Cara memudahkan ibu buang air besar selepas bersalin

  • Dapatkan nasihat doktor supaya beliau boleh memberi ubat-ubat sesuai untuk melegakan keadaan ini.
  • Ibuprofen, krim sejuk dan ubat pelembut najis, semuanya boleh membantu.
  • Anda juga boleh menggunakan tekanan sebagai satu cara untuk menahan rasa sakit semasa membuang air besar.
  • Anda juga boleh menggunakan lampin atau pad ibu bersalin yang telah dibekukan untuk melegakan rasa sakit pada luka faraj.

Jangan makan keju atau makanan yang boleh menyebabkan sembelit seperti roti putih, beras putih, pasta, dan telur.

Sebaliknya, banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar – elakkan jenis yang dalam tin. Makanan berlemak dan diproses juga perlu dielak buat masa ini.

Sekiranya keadaan ibu tidak bertambah baik setiap kali ke tandas, berjumpalah dengan doktor untuk mendapat jalan penyelesaian lain supaya anda boleh menikmati minggu-minggu pertama bersama bayi anda.

Anda ada pengalaman yang sama? Apa anda buat untuk mengurangkan rasa sakit buang air besar selepas bersalin?

Boleh kongsikan di ruangan komen ya! Semoga bermanfaat. 

Artikel ini telah diterbitkan semula dari theAsianparent Philippines

Sumber: Romper, Baby Center, What to Expect, The Huffington Post

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Kembali Pulih Selepas Bersalin Secara Normal: Perkara Penting Anda Harus Tahu

Baca juga: Bersama Selepas Bersalin Czer, Adakah Menyakitkan? Ini Jawapannya

Baca juga: Ini Apa Yang Terjadi Pada Faraj Lepas Bersalin, Setiap Suami Isteri Kena Tahu!

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • 5 Sebab Kenapa Buang Air Besar Lepas Bersalin Menyakitkan!
Kongsikan:
  • Kenapa Saya Selalu Rasa Nak Membuang Air Besar Semasa Period?

    Kenapa Saya Selalu Rasa Nak Membuang Air Besar Semasa Period?

  • Dubur lelaki ini terkeluar lepas duduk dalam tandas terlalu lama sambil main phone!

    Dubur lelaki ini terkeluar lepas duduk dalam tandas terlalu lama sambil main phone!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Kenapa Saya Selalu Rasa Nak Membuang Air Besar Semasa Period?

    Kenapa Saya Selalu Rasa Nak Membuang Air Besar Semasa Period?

  • Dubur lelaki ini terkeluar lepas duduk dalam tandas terlalu lama sambil main phone!

    Dubur lelaki ini terkeluar lepas duduk dalam tandas terlalu lama sambil main phone!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.