X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Buang Air Kecil Terlalu Kerap Ketika Hamil, Adakah Normal? Ini Punca Dan Cara Menangani

8 min bacaan
Buang Air Kecil Terlalu Kerap Ketika Hamil, Adakah Normal? Ini Punca Dan Cara Menangani

Kerap buang air adalah antara salah satu tanda awal kehamilan. Anda boleh atasinya dengan mengelak minuman berkafein.

Mesti ramai ibu-ibu hamil yang rasa keletihan perlu bangun malam berkali-kali untuk buang air kecil. Namun, usah terlalu risau, kerap kencing ketika hamil adalah perkara biasa bagi anda yang berbadan dua.  

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Kerap buang air kecil tanda awal kehamilan
  • Simptom biasa kerap buang air kecil 
  • Apa yang menyebabkan ibu hamil kerap buang air kecil
  • Cara mengatasi kekerapan buang air

Berita baik untuk ibu-ibu, ada cara untuk meredakan ketidakselesaan anda dan memastikan pundi kencing anda sihat sepanjang kehamilan anda.

Isi Kandungan

  • Kerap Buang Air Kecil Tanda Awal Kehamilan
  • Apa Yang Menyebabkan Ibu Hamil Kerap Buang Air Kecil
  • Simptom Biasa Kerap Buang Air Kecil 
  • Bila Ia Berlaku?
  • Siapa Yang Berisiko?
  • Cara Mengatasi Kekerapan Buang Air
  • Bila Patut Jumpa Doktor?

Kerap Buang Air Kecil Tanda Awal Kehamilan

buang air, kerap buang air, kencing, buang air kecil, tahan kencing, kerap kencing, kenapa kerap kencing ketika hamil, kerap kencing tanda hamil, punca kerap kencing, kerap kencing selepas minum air

Kerap buang air kecil adalah salah satu tanda awal kehamilan. Kebocoran air kencing juga merupakan gejala biasa semasa dan selepas kehamilan.

Ramai wanita hamil yang mengadu, keadaan ini memberi kesan negatif terhadap kualiti hidup mereka, terutama ketika melakukan perjalanan jauh.

Gejala boleh menjadi lebih meningkat apabila bayi membesar sehinggalah beberapa minggu selepas kelahiran yang mana ibu hamil akan mengalami kerap kencing. 

Jika anda memang merancang untuk hamil, harus diketahui kerap kencing tanda hamil. Tanda awal ini boleh dijadikan salah satu pentunjuk bahawa anda bakal memiliki cahaya mata. Namun, lakukanlah ujian kehamilan terlebih dulu.

Jenis kebocoran pundi kencing:

  • Tekanan: kehilangan air kencing akibat tekanan fizikal pada pundi kencing
  • Segera: kehilangan air kencing kerana keperluan mendesak untuk membuang air kecil, biasanya disebabkan oleh pengecutan pundi kencing
  • Campuran: kehilangan air kencing akibat tekanan fizikal pada pundi kencing dan keperluan mendesak untuk membuang air kecil, biasanya disebabkan oleh pengecutan pundi kencing
  • Sementara: kehilangan air kencing sementara akibat ubat atau keadaan sementara, seperti jangkitan saluran kencing atau sembelit

Apa Yang Menyebabkan Ibu Hamil Kerap Buang Air Kecil

buang air, kerap buang air, kencing, buang air kecil, tahan kencing, kerap kencing, kenapa kerap kencing ketika hamil, kerap kencing tanda hamil, punca kerap kencing, kerap kencing selepas minum air

Pundi kencing anda terletak betul-betul di atas tulang pelvis dan disokong oleh lantai pelvis anda. Ia melegakan dan dipenuhi dengan air kencing sepanjang hari manakala sfinkter mengekalkan organ tertutup sehingga anda boleh ke bilik air dan kencing. Semasa mengandung dan bersalin, otot lantai pelvis anda akan diuji. 

Ada beberapa punca kerap kencinh ketika hamil, ia termasuklah:

#1. Tekanan

Anda mungkin buang air kecil apabila anda batuk, bersin, bersenam atau ketawa. Pergerakan fizikal ini memberi tekanan tambahan pada pundi kencing anda, yang menyebabkan kebocoran pundi kencing akibat tekanan.

Bayi anda juga memberi tekanan tambahan pada pundi kencing anda apabila ia membesar. Semasa rahim anda mengembang untuk menampung bayi anda yang sedang membesar, ia akan menekan otot pundi kencing, uretra dan lantai pelvis anda ke bawah.

#2. Hormon

Perubahan hormon boleh menjejaskan lapisan pundi kencing dan uretra anda. Selepas proses implan embrio di rahim anda, badan akan menghasilkan hormon kehamilan yang disebut hCG yang boleh mengakibatkan kencing lebih kerap ketika kehamilan.

Pada masa yang sama, kenaikan progesteron, hormon kehamilan yang lain, juga boleh menjadikannya punca. Malangnya, keinginan untuk kencing tidak hanya terhad pada trimester pertama. 

#3. Keadaan perubatan/kesihatan

Beberapa punca perubatan atau masalah kesihatan boleh menjadi sebab kenapa anda kerap kencing ketika hamil ia termasuklah diabetes, sklerosis berbilang, ubat keresahan atau strok pada masa lalu.

#4. Minum banyak air

Wanita hamil mungkin minum lebih banyak air daripada biasa. Mereka biasanya rasa dahaga malah doktor juga menasihatkan wanita hamil untuk memastikan mereka kekal terhidrat mereka mengalami mual atau muntah.

Jadi, kerap kencing selepas minum air biasa berlaku.

#5. Jangkitan saluran kencing (UTI)

Sebanyak 30 hingga 40 peratus wanita akan mengalami UTI ketika hamil. Ini juga akan menyebabkan mereka tidak dapat tahan kencing.  

Simptom Biasa Kerap Buang Air Kecil 

buang air, kerap buang air, kencing, buang air kecil, tahan kencing, kerap kencing, kenapa kerap kencing ketika hamil, kerap kencing tanda hamil, punca kerap kencing, kerap kencing selepas minum air

Sebelum hamil, kebanyakan orang buang air kecil antara enam hingga lapan kali sehari, tetapi ia boleh berbeza-beza berdasarkan seberapa cepat anda boleh terhidarat dan juga bergantung kepada apa yang anda minum seperti kopi yang akan membuatkan anda kerap ke tandas. 

Seberapa kerap anda perlu membuang air kecil pada kehamilan bergantung pada berapa kerap anda buang air kecil sebelum hamil. Contohnya, jika anda biasanya buang air lapan kali sehari, anda mungkin akan buang air 10 kali sehari ketika hamil. 

Bila Ia Berlaku?

Simptom ini akan bermula biasanya seawal dua hingga tiga minggu pertama kehamilan anda. Walau bagaimanapun, kebanyakan wanita perasan mereka mula mengalaminya ketika kehamilan mereka berusia 10 hingga 13 minggu.

Masalah kerap buang air mungkin akan sedikit reda pada trimester kedua namun akan kembali lagi sekitar minggu ke-30 kehamilan iaitu waktu di mana kepala bayi mula menekan pundi kencing anda.

Siapa Yang Berisiko?

Wanita yang sudah mempunyai pundi kencing yang terlalu aktif atau sering tidak tahan kencing berkemungkinan akan mengalami gejala yang berterusan atau bertambah teruk semasa kehamilan.

Faktor risiko lain termasuklah:

  • umur yang lebih berusia
  • berat badan berlebihan
  • pernah bersalin normal 
  • pernah menjalani pembedahan pelvis
  • merokok, yang menyebabkan batuk kronik

Melahirkan juga boleh menjadi punca kurang ketahanan untuk menahan daripada membuang air kecil.  Selepas bersalin normal, otot dan saraf di faraj mungkin cedera.

Proses bersalin yang lama atau tujahan berpanjangan boleh meningkatkan kemungkinan kerosakan pada saraf juga. Kongres Pakar Obstetrik dan Ginekologi Amerika sebulat suara bersetuju bersalin secara caesar mengurangkan masalah ini pada tahun-tahun pertama kelahiran. Walau bagaimanapun, ia hilang dua hingga lima tahun selepas bersalin.

Cara Mengatasi Kekerapan Buang Air

Sekiranya anda merasakan kekerapan rasa ingin buang air ini satu masalah besar, anda mungkin akan kurangkan minum air sebagai langkah pertama.

Tapi awas! Ia dapat menganggu penghidratan badan anda semasa hamil, boleh membahayakan bayi dalam kandungan.  Oleh itu, apa yang akan dilakukan oleh bakal ibu? Di sini, beberapa perkara yang dapat membantu menghentikan kencing yang kerap:

#1. Kurangkan minum air sebelum tidur

Anda boleh mengurangkan jumlah cecair yang anda minum dalam beberapa jam sebelum tidur – pastikan anda masih minum air yang cukup pada waktu siang untuk mengekalkan penghidratan keseluruhan anda.

#2. Elakkan minuman berkarbonat dan berkafein

Anda mungkin sudah sedikit mengurangi ini, tetapi jika belum, ketahui bahawa kopi dan teh mempunyai kesan diuretik, yang bermaksud mereka membuat anda lebih banyak

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

#3. Tukar kedudukan anda

Semasa duduk di rumah kedudukan kaki boleh membantu. Sebilangan wanita mungkin merasa kurang tekanan pada pundi kencing mereka dengan duduk atau berbaring berbanding dengan berdiri. 

#4. Lakukan senaman kegel

Senaman Kegel untuk menguatkan lantai pelvis anda. Ia adalah senaman yang selamat dan berkesan sebelum, semasa, dan selepas kehamilan. Untuk melakukan senaman ini, fokus pada otot yang anda gunakan untuk menahan air kencing. Picit mereka selama sepuluh saat sebelum berehat. 

#5. Catat diari buang air kecil anda

Catat apabila anda rasa terlalu buang banyak air kencing pada hari yang berkenaan supaya anda boleh merancang perjalanan anda. Ini juga merupakan langkah pertama untuk latihan semula pundi kencing.

Latihan semula pundi kencing adalah tentang mengajar semula pundi kencing anda untuk menahan lebih banyak air kencing untuk memanjangkan masa antara perjalanan.

#6. Makan diet tinggi serat

Makan makanan yang tinggi serat untuk mengelakkan sembelit, yang memberi tekanan tambahan pada lantai pelvis anda

#7. Kekalkan berat badan yang sihat

Berat tambahan, terutamanya di sekitar perut anda, meningkatkan tekanan ke atas pundi kencing anda. Menurunkan berat badan selepas bersalin juga boleh membantu masalah kerap buang air kecil selepas kehamilan.

Pengalaman ini mungkin agak menyukarkan aktiviti harian anda, tetapi akhirnya, harus difahami membuang air kecil dengan kerap adalah sebahagian daripada kehamilan.

Bila Patut Jumpa Doktor?

Walaupun, dalam kebanyakan kes, kerap membuang air kecil semasa mengandung adalah perkara biasa dan tidak membimbangkan tetapi ada juga beberapa situasi yang menyebabkan anda perlu berjumpa doktor. 

Jika anda berasa pedih, rasa terbakar atau jika anda berasa sakit semasa buang air kecil adalah penting untuk anda berbincang dengan doktor anda. Ia mungkin menunjukkan anda mempunyai jangkitan yang perlu dirawat dengan segera.

  1. Pregnancy Birth Baby.org.au (n.d) Frequent urination during pregnancy. www.pregnancybirthbaby.org.au/frequent-urination-during-pregnancy
  2. Healthline (February 22, 2017) Pregnancy Incontinence: Why It Happens and What to Do. www.healthline.com/health/pregnancy/urinary-incontinence

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 20 Tanda Awal Hamil, Kerap Buang Air Kecil Adalah Antaranya

Baca juga: Kencing Kotor Ketika Hamil Boleh Membahayakan Ibu & Bayi, Perhatikan 7 Perkara Ini!

Baca juga: Petua Hilangkan Kencing Kotor Semasa Mengandung, Ini Senarai Makanan Perlu Dielak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Buang Air Kecil Terlalu Kerap Ketika Hamil, Adakah Normal? Ini Punca Dan Cara Menangani
Kongsikan:
  • Bayi Kerap Buang Air Besar, Cecah 10 Kali, Adakah Normal? Ibu Ayah Please Alert

    Bayi Kerap Buang Air Besar, Cecah 10 Kali, Adakah Normal? Ibu Ayah Please Alert

  • Seorang Ibu Dicekup Polis Disyaki Buang Bayi Lelaki Dalam Mangkuk Tandas

    Seorang Ibu Dicekup Polis Disyaki Buang Bayi Lelaki Dalam Mangkuk Tandas

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Bayi Kerap Buang Air Besar, Cecah 10 Kali, Adakah Normal? Ibu Ayah Please Alert

    Bayi Kerap Buang Air Besar, Cecah 10 Kali, Adakah Normal? Ibu Ayah Please Alert

  • Seorang Ibu Dicekup Polis Disyaki Buang Bayi Lelaki Dalam Mangkuk Tandas

    Seorang Ibu Dicekup Polis Disyaki Buang Bayi Lelaki Dalam Mangkuk Tandas

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.