X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Luluh Hati Ibu Ayah, Budak 7 Tahun Ditikam Tanpa Sebab Hingga Mati Di Taman Permainan

26 Mar, 2020
Luluh Hati Ibu Ayah, Budak 7 Tahun Ditikam Tanpa Sebab Hingga Mati Di Taman Permainan

Keluar bermain di luar rumah mampu menyihatkan fizikal dan mental. Namun, seorang budak perempuan berdepan nasib malang apabila dirinya ditikam secara rawak

Ahli keluarga seorang budak perempuan berusia 7 tahun yang mati ditikam di sebuah taman permainan telah memberikan penghormatan terakhir sebagai anak cantik, penuh kegembiraan, cinta dan bahagia.

Pastinya sekelip mata kehilangan seorang anak yang dicintai memberikan kesan kesedihan berpanjangan hanya kerana pembunuhan kejam.

Budak perempuan maut ditikam

budak perempuan ditikam

credit to sources

Difahamkan kejadian tragis berlaku apabila budak perempuan, Emily Jones telah dibunuh dalam serangan rawak dan provokasi di Bolton pada petang Ahad yang lalu.

Pada waktu berkenaan, mangsa sedang menikmati aktiviti riadah bersama ibu ayahnya.

Budak perempuan 7 tahun ini telah mengalami kecederaan yang sangat teruk di bahagian lehernya. Meskipun paramedik dan keluarga telah berusaha menyelamatkannya,  Emily telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Setelah penyiasatan dilakukan, seorang wanita berusia 30 tahun yang tidak diketahui latar belakang ahli keluarganya menjadi suspek kes pembunuhan ini.

Dia telah ditahan di bawah Akta Kesihatan Mental dan dikawal ketat oleh pihak polis.

Pada hari ini, ibu ayah Emily meluahkan perasaan mereka yang telah hancur dan menyifatkan anak perempuannya sebagai seekor rama-rama yang ingin bebas bermain di luar rumah.

”Emily adalah cahaya hidup kami. Hanya dia seorang sahaja anak yang kami miliki dan selalu membawa kegembiraan dan perasaan cinta,” ujar mereka.

Tambah mereka lagi, Emily sering mengukirkan senyuman yang manis dan dirinya cantik di luar dan dalam.

”Dia juga sering gembira ketika menghabiskan waktu bersama keluarga dn kawan-kawannya. Emily gemar bermain di luar rumah dan aktif terlibat dengan pelbagai sukan meskipun dia sering memakai baju berwarna merah jambu,” luah ibu ayah Emily.

budak perempuan mati ditikam

Luahnya lagi, mereka begitu berasa terkesan kerana jenayah pembunuhan ini telah memisahkan hubungan dengan Emily buat selama-lamanya.

‘Ia adalah sesuatu yang menyakitkan apabila bangun dari tidur dan mendapati cahaya mata kami tiada bersama, ia sangat sukar memahami keadaan ini,”

” Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada orang ramai membantu di taman dan pihak perubatan kecemasan kerana melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa Emily,” ujar mereka.

Panduan keselamatan di taman permainan

Setiap petang taman permainan yang kecil dan memiliki beberapa peralatan sentiasa riuh dengan ketawa dan jeritan riang kanak-kanak. Namun, tahukah anda akan risiko bahaya menanti mereka?

Sebenarnya, aktiviti di luar rumah pada masa kini memberikan risiko tinggi terhadap keselamatan anak-anak sama ada kecederaan fizikal ataupun menjadi mangsa jenayah. Ia boleh diatasi dengan beberapa cara ini:

#1. Sentiasa menemani

Kehadiran ibu bapa atau orang dewasa di taman permainan sebenarnya sangat penting bagi memastikan keselamatan kanak-kanak.

Langkah ini bukan saja memberikan perlindungan daripada penjenayah tetapi juga untuk mengelakkan mereka melakukan perkara yang boleh menyebabkan kecederaan.

Hal yang perlu anda pastikan ialah jangan terlalu leka bermain telefon pintar. Hal ini kerana anak-anak yang sedang membesar akan aktif menerokai dunia mereka.

Jangan kerana kelalaian anda dalam memantau anak-anak, mereka akan menjadi mangsa jenayah dalam sekelip mata.

#2. Mengajar cara yang betul

budak perempuan mati di taman permainan
Stories Rakan Kongsi
Is It Important To Teach Balance Between Saving And Spending?
Is It Important To Teach Balance Between Saving And Spending?
Mums, could you be giving your child too much without knowing it?
Mums, could you be giving your child too much without knowing it?
5 Reasons Why You Should Book a Family Holiday to Desaru Coast
5 Reasons Why You Should Book a Family Holiday to Desaru Coast
Anda Sudah Masuk Trimester Kedua Kehamilan? Ini 5 Perkara Penting Mummy Perlu Lakukan!
Anda Sudah Masuk Trimester Kedua Kehamilan? Ini 5 Perkara Penting Mummy Perlu Lakukan!

foto: rojakdaily

Langkah mudah yang perlu anda lakukan adalah mengajar anak menggunakan alat permainan yang disediakan dengan betul.

Misalnya, maklumkan anak-anak bahawa mereka tidak boleh berdiri ketika bermain buaian, jongkang- jongkit atau mendaki papan gelongsor kerana ia akan menyebabkan perlanggaran dengan kanak-kanak yang lain.

Sentiasa mengingatkan mereka agar tidak bermain secara kasar atau tolak-menolak. Jika membawa beg, letakkannya jauh daripada peralatan permainan untuk mengurangkan risiko terjatuh.

#3. Memakai pakaian sesuai

Ibu ayah perlu memastikan anak-anak memakai kasut yang sesuai ketika bermain. Jangan sekali-kali berkaki ayam ketika berada di taman permainan agar tidak tertusuk objek tajam tersembunyi, khususnya di kawasan berumput.

Bukan itu sahaja, pastikan anak memakai seluar panjang, kemeja-T dan kasut ketika bermain di luar. Tanggalkan rantai, gelang atau baju bertali yang mungkin menyebabkan mereka tersangkut di celah peralatan permainan.

Sumber: Daily Mail, Aku Dan Duniaku

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Luluh Hati Ibu Ayah, Budak 7 Tahun Ditikam Tanpa Sebab Hingga Mati Di Taman Permainan

Baca juga:

https://my.theasianparent.comperabot-rumah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Luluh Hati Ibu Ayah, Budak 7 Tahun Ditikam Tanpa Sebab Hingga Mati Di Taman Permainan
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham