Jangan Sebar Video, Imej Bunuh Diri! Ia Boleh Undang Keinginan Orang Lain : Pakar

Kejadian bunuh diri yang berlaku saban hari bukan sesuatu yang patut disensasikan kerana ia boleh mencetuskan perbuatan sama kepada orang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap hari ada saja berita mengenai bunuh diri dilaporkan berikutan pandemik yang melanda dunia. Tidak kira di dalam atau luar negara, ia semakin kerap dari sehari ke sehari. 

Selain berita, video mengerikan dan menyayat hati turut disebarkan kepada masyarakat umum yang mana mungkin saja ada yang berpendapat ia sebagai iktibar kepada masyarakat.

Tetapi tanpa anda sedari, perbuatan menyebarkan video seperti ini bukan saja mengganggu dan tidak menghormati privasi keluarga si mati, malah lebih teruk mengundang orang lain melakukan perkara sama.

Bunuh diri bukan perkara yang patut disensasikan 

Kredit: science for new students

Dalam zaman serba moden ini, maklumat semuanya di hujung jari. Tidak perlu bersusah payah mendapatkan maklumat, mudah-mudah saja anda boleh mendapatkannya. 

Jadi kadang kala masyarakat seolah-olah tidak sensitif dengan keadaan keluarga mereka yang membunuh diri. Sewenang-wenangnya menyebarkan video yang tidak sepatutnya. 

Menurut pakar psikiatrik, Dr Rozanizam Zakaria,  perbuatan mensensasikan gambar, kaedah dan video bunuh diri adalah suatu perbuatan yang amat bertentangan dengan etika media, kerana ia boleh menjadi pencetus sekiranya tersebar kepada individu yang mempunyai tekanan dan mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri.

Katanya, kebelakangan ini kita digemarkan dengan kes kejadian bunuh diri digemparkan di pelbagai platform yang mengaitkannya dengan tekanan hidup yang dikaitkan dengan pandemik.

Keterujaan berkongsi berita boleh undang musibah lain

Beliau berkata dalam keterujaan berkongsi berita sebegini, harus kita mabil satu perhatian satu perkara penting iaitu bagaimana kejadian ini adalah satu isu sensitif yang perlu dibicarakan dalam konteks seimbang.

Malah kita tidak mahu menghantar mesej kepada orang di luar sana bahawa bunuh diri adalah satu-satunya jalan keluar kepada tekanan hidup yang ada.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh itu penting untuk kita bertindak mengikut etika maklumat berkaitan berkaitan isu atau berita berkaitan kejadian ini. Elakkan menyebar gambar video,imej dan kejadian tempat berlaku yang mana orang boleh kaitkan dengan diri mereka kerana dibimbangi bila kita mensensasikan kaedah bunuh diri ia akan mencetus perasaan sama dan tindakan sama kepada orang lain yang juga dalam keadaan sama.

Apa yang penting untuk kita tunjukkan di sana adanya jalan, cara untuk keluar daripada keadaan sedemikian. Hampir 70 peratus ke 90 peratus kes bunuh diri berlaku akibat masalah tekanan hidup yang membawa kepada penyakit mental.

Jadi kita hantar mesej ke luar sana, bahawa penyakit mental boleh dielakkan dan sekiranya berlaku sekalipun ia boleh dirawat. 

Jadi kita sepatutnya sebarkan maklumat bagaimana untuk mendapatkan bantuan, sekiranya mereka terlibat sebahagian dari ahli keluarga untuk bawa mereka keluar dari situasi tersebut.

Pengguna media sosial jangan sebarkan kejadian berunsur bunuh diri ini supaya kita tidak jadi sebahagian daripada ejen pencetus kejadian ini. 

Cara bantu pesakit kemurungan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: cgtn

Kemurungan adalah keadaan yang menyebabkan penderitaan dalam diam. Pada satu tahap yang kritikal ia boleh membawa kepada kejadian bunuh diri.

Sokongan ahli keluar, rakan dan masyarakat sekeliling adalah amat penting kepada penghidap penyakit kemurungan. Disebabkan itu pentingnya untuk kita belajar cara untuk membantu golongan ini. 

Sekiranya ahli keluarga atau rakan anda ada kemurungan dia akan mengalami beberapa simptom seperti di bawah:

  • Kelihatan sedih atau sering menangis
  • Buruk sangka dengan suasana sekeliling
  • Semakin kurang berkomunikasi daripada biasa
  • Mudah kecewa
  • Kurang tidur (insomnia)/ terlebih tidur
  • Sentiasa keletihan dan tidak bertenaga
  • Mengabaikan penampilan termasuk kebersihan diri
  • Makan terlalu banyak atau terlalu sedikit
  • Mudah lupa dan sukar beri tumpuan
  • Sentiasa bercakap mengenai kematian atau bunuh diri

Tindakan yang patut anda lakukan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai orang yang terdekat, pasti anda tiak mahu hidup orang tersayang diakhiri dengan perbuatan sebegini, jadi ini yang boleh anda lakukan:

#1. Sentiasa ada bersama mereka

Ada bukan bermaksud sentiasa menemani mereka, tetapi sentiasa bertanya khabar mengenai mereka. Cakna mengenai permasalah mereka.

Menjadi pendengar yang setia. 

#2. Bantu mereka dapatkan rawatan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: myhealth, mylife

Kadangkala mereka ini tidak tahu cara mendapatkan rawatan. Jadi ada baiknya anda bantu mereka cara dapatkan rawatan. Jangan biarkan mereka.

#3. Belajar sebanyak mungkin mengenai kemurungan

Dapatkan sebanyak mungkin ilmu mengenai kemurungan kerana ia bukan penyakit statik kerana simptom-simptom yang dialami mungkin sentiasa berubah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr Rozanizam Zakaria,Klinik Minda

Kredit foto: CNN Indonesia, psikiatri&psikologi

Baca juga: Tak Tahan Dimarahi Ibu, Remaja Bunuh Diri Lompat Dari Jambatan!

Baca juga: Duda Maut Tembak Kepala Sendiri, Kenali 7 Simptom Ingin Membunuh Diri

Baca juga: Amalkan Doa Ini Elak Penyakit Kemurungan Yang Sering Ganggu Kehidupan Kini

Penulis

Lala Annuar