Ibu bapa yang baru menimang cahaya mata mungkin keliru lebih-lebih apabila dapat bayi perempuan azan atau iqamat? Sunat untuk diazankan di telinga kanan bayi lelaki dan perempuan sesudah kelahirannya. Dan juga disunatkan untuk diiqamatkan di telinga kiri bayi lelaki dan perempuan sesudah kelahirannya.
Tujuannya adalah untuk melindungi dan menyelamatkan bayi dari gangguan syaitan sebaik sahaja bayi dibersihkan dari segala lendiran dan darah dalam perut ibu ketika berada dalam kandungan sebelum diserahkan untuk diazankan oleh bapanya.
Bayi Perempuan Azan Atau Iqamat, Ini Adab Menyambut Kelahiran Ikut Tertib
Tahukah anda, bacaan azan bayi dan iqamah di telinga mereka ini merupakan sunnah yang dianjurkan oleh nabi kita, Muhammad SAW. Perkara ini telah dilihat dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW ke atas Husein bin Ali.
رَأَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ (صلى الله عليه وسلم) أَذَّنَ فِي أُذُنِ الْحُسَيْنِ بْنِ عَلِيٍّ حِيْنَ وَلَدَتْهُ فَاطِمَةُ بِالصَّلاَة ِرضي الله عنهم
Maksudnya: Aku melihat Rasulullah SAW mengadzankan seperti adzan solat pada telinga (cucunya) Husein bin Ali ketika Fatimah RA melahirkannya.
Ahli keluarga lelaki bagi bayi baru lahir seharusnya membacakan azan bayi lelaki dan iqamah.
Jika keadaan tidak mengizinkan untuk kehadiran sesiapa pun ahli keluarga lelaki bayi tersebut, adalah dibolehkan bagi ahli keluarga perempuan untuk membacakan azan dan iqamah malah ibu bayi tersebut itu sendiri.
Kadangkala, ada juga doktor yang melakukan bacaan azan bayi atas sebab-sebab tertentu.
Langkah Menyambut Anak Yang Baru Dilahirkan
Cara Untuk Azan Bayi Lelaki:
- Angkat bayi ke paras mulut
- Letakkan mulut ke telinga kanan bayi dan azan dengan suara yang sederhana. Jangan terlalu kuat kerana gegendang telinga bayi yang baru lahir adalah sensitif
- Selesai diazankan, letakkan semula bayi ke tempatnya
Cara Untuk Azan Bayi Perempuan Pula:
- Angkat bayi ke paras mulut
- Letakkan mulut ke telinga kanan bayi dan azan dengan suara yang sederhana. Jangan terlalu kuat kerana gegendang telinga bayi yang baru lahir adalah sensitif
- Kemudian beralih ke telinga kiri bayi. Iqamatkan bayi dengan suara sederhana
- Selesai diazan dan diiqamatkan, letakkan semula bayi ke tempatnya
Sebagai maklumat tambahan, bagi sesiapa yang azan bayi, orang tersebut tidaklah perlu sehingga meletakkan jari di telinganya.
Perkara ini sering dilihat ketika muazzin melaungkan azan secara kuat bagi memanggil umat Islam menunaikan solat.
Cukuplah sekadar bacaan azan dengan suara biasa kerana bacaan ini bukanlah bertujuan untuk menyeru orang ramai menunaikan solat.
Selain daripada itu, apabila tiba bahagian bacaan ‘Hayya ‘Alas Salah’ di dalam azan dan juga iqamah, adalah digalakkan agar ayat tersebut dibacakan di telinga sebelah kanan bayi baru lahir.
Kalau Sebelum Ini Tak Pernah Azan Bayi Bolehkah?
Bagi ibu bapa yang tidak sempat membaca azan bayi di telinga anak sebelum ini, tidak mengapa. Ini bukanlah perkara yang diwajibkanAllah SWT, dan tidak jatuh hukum dosa ke atas ibubapa tersebut.
Bacaan cara azan yang betul dan iqamah ini juga adalah bertujuan untuk melindungi bayi daripada gangguan jin yang suka menganggu bayi iaitu Ummu Sibyan.
Azan Rumi Bagi Memudahkan Urusan Bakal Bapa
Bagi anda yang masih mempelajari cara azan yang betul, boleh sahaja ikuti azan rumi ini. Jangan risau, masih belum terlambat untuk anda membaiki diri dengan adanya kelahiran cahaya mata ini.
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR.
ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH, ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH.
ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH, ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH.
HAIYA ‘ALAL-SALAH, HAIYA ‘ALAL-SALAH.
HAIYA ‘ALAL-FALAH, HAIYA ‘ALAL-FALAH.
ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR.
LA-ILAHA ILLALLAH….
Maksudnya:
ALLAH maha besar, ALLAH maha besar.
Aku menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH.
Aku menyaksikan bahawa NABI MUHAMMAD itu pesuruh ALLAH.
Marilah sembahyang.
Marilah kepada kemenangan.
ALLAH maha besar, ALLAH maha besar.
Tiada tuhan melainkan ALLAH.
Bacaan Selepas Azan
Selepas habis sahaja azan, kita disunatkan membaca doa selepas azan sebagai mendoakan selamat sejahtera atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW:
Doa Selepas Azan Rumi:
Allahumma rabba hazihid da’ watittamah.
Wassolatil qaimah.
Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.
Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah.
Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah.
Innaka laatukhliful mi’ad.
Maksud doa selepas azan:
Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan.
Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan,
Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
Panduan Mendidik Dan Membesarkan Anak Mengikut Cara Islam
#1. Elakkan pukul anak dari bahagian lutut ke atas
Kawal diri sebagai ibu-bapa. Elakkan pukul anak dari lutut keatas. Kalau marah sangat, pukul tapak kaki anak.
Ini kerana jika dipukul di bahagian kepala atau muka ia akan mendatangkan kecederaan kepada anak. Pukul atau rotan anak hanya sebagai pengajaran, ia sepatutnya tidak memberikan kecederaan yang dapat meninggalkan luka atau parut.
Memukul di bahagians sensitif seperti kepala mungkin boleh mendatangkan kecederaan yang membuatkan anak hilang upaya dan sebagainya. Jadi kawal kemarahan anda jangan sampai pukul di bahagian yang sensitif.
#2. Elakkan guna tangan atau anggota tubuh lain untuk pukul anak
Yang lebih penting, walaupun kita pernah mengalami perkara ini, jangan sesekali menampar anak menggunakan tangan kita.
Ia akan menjadi lebih buruk di mana anak akan bertambah nakal dan degil.
#3. Nama panggilan anak
Beri dan panggil anak dengan nama yang baik-baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.
Lebih malu apabila kawan-kawan mereka mengetahui panggilan itu. Jangan buat body shaming pada anak kerana ini akan mengurangkan self confidence mereka.
#4. Peluk anak setiap hari
Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
Jadi, rajin-rajinlah peluk anak anda ya kerana mereka akan lebih gembira dan rasa disayangi!
Kesimpulannya, setiap kelahiran memberikan perasaan cukup bahagia bagi pasangan suami isteri. Beberapa minggu pertama anda adalah normal sekiranya anda berasa sedikit kekok dalam menguruskan bayi baru lahir.
Namun jangan risau kerana semuanya proses belajar. Paling penting adalah suami dan isteri kena bekerjasama dan mainkan peranan masing-masing bagi memudahkan kerja harian. Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 8 Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir, Semua Parents WAJIB Tahu
Baca juga: Checklist Barangan Keperluan Bayi Baru Lahir, Ibu Boleh Prepare Seawal Kandungan 6 Bulan
Baca juga: 7 Perkara Yang Sering Buat Ibu Takut & Overthinking Ketika Menjaga Bayi Baru Lahir
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!