Anak yang sedang membesar kebiasaannya mudah untuk jatuh sakit seperti demam, batuk dan selesema. Hal ini kerana sistem ketahanan tubuh mereka masih tidak kuat seperti orang dewasa. Justeru sebagai ibu, adalah penting untuk anda memastikan cara bagi anak makan ubat dengan betul.
Tidak dinafikan bahawa setiap ibu ada cara tersendiri dalam mengurus dan menjaga anak-anak di rumah. Seorang pengguna Facebook, Aizah Zarirah telah membuka mata ramai ibu mengenai cara beri ubat kepada anak.
Salah cara bagi anak makan ubat jadi punca demam on off dan lambat pulih
Rupanya SALAH caraku bagi anak makan ubat! Hari tu ada kawan facebook akak cerita mengenai baby dia. Ceritanya macam ni
Anak dia yang baby tu umur 8 bulan. Dah 2 minggu demam dan masih tak kebah-kebah. Demam on off la. Kali kedua, kawan akak bawa balik babynya jumpa doktor di satu klinik swasta ni, di pinggiran batu caves. Kawan akak beritahu la balik doktor yang anak dia demam tak kebah pun.
Lepas tu doktor pun tu tanya. “Berapa kali puan bagi anak makan ubat?”
Lepas tu kawan akak cakap la. Dia bagi makan ubat demam budak macam biasa la ikut masa doktor tetapkan.
Then doktor tu tanya balik, “Bagaimana cara puan bagi anak ubat demam kanak kanak?”
Kawan akak pun cakap “Saya buat cam biasa la doktor, celup penyedut dalam botol. Sedut la ubat pakai syringe tu, Lepas tu bagi anak. Lepas tu saya bagi ubat lain pulak.”
Doktor tanya lagi “Syringe tu puan guna yang sama?” Kawan akak pun cakap, “Ya, saya masuk balik syringe tu ke botol lain sedut ubat lain dalam ubat lain”.
Ibu boleh guna syringe yang sama, tapi kena basuh dahulu
Doktor tu pun pandang kawan akak ni sambil senyum dan cakap “salah cara puan bagi ubat tu!” Kawan akak pun punya la terkejut bila doktor dah explain panjang lebar, akak pun baru tahu yang selama ni kita memang salah cara bagi anak makan ubat.
Doktor cakap kalau dah mencelup ubat, boleh buat ubat itu dah tak ada fungsi dalam badan anak. Zero. Manfaat ubat dah hilang. Ibarat seperti bagi air gula je pada anak.
Pesan doktor, ubat mana yang sudah dicelup nanti buang. Jangan nak simpan. Kalau cara bagi anak makan ubat yang betul boleh tahan selama sembilan bulan dalam peti sejuk. Kecuali antibiotik, tempoh singkat.
Contoh yang salah adalah celup dalam botol ubat pertama kemudian bagi pada anak. Selepas itu guna syringe yang sama tanpa basuh bersih, celup pula botol kedua.
Point yang mudah:
- Nak celup pakai syringe je, lepas itu basuh bersih dan celup lagi. ITU BOLEH.
- Nak tuang dalam penutup selepas itu bagi pada anak, tak payah pakai syringe. ITU PUN BOLEH.
- Nak pakai satu ubat, satu syringe. ITU LAGILAH BOLEH.
Faham kan?
Cara bagi anak makan ubat jenis sirap dengan betul
Jom ikuti langkah-langkah yang betul cara nak bagi anak kita dengan betul.
Ni cara yang betul bila nak bagi anak makan ubat.
#1. Langkah pertama tuang dulu ubat demam budak pada penutup transparent yang di sediakan di setiap botol ubat. Tuang ikut nombor yang di penutup, mengikut berapa ML yang kita nak.
#2. Pastikan kita hanya masukan muncung syringe je ye. Jangan masukan dengan badan-badan dia. Lepas tu baru kita sedut perlahan-lahan. Kalau ada ubat yang berlebihan dalam penutup transparent tu BUANG je. Ingat! Jangan masukkan balik dalam botol dan jangan sesekali main celup syringe dalam botol ubat.
Kalau ada tiga jenis ubat, pastikan kita sediakan tiga jenis syringe. Satu ubat, satu syringe. Baru ia tak bercampur.
#3. Tapi kalau kita hanya ada 1 syringe pastikan kita basuh bersih-bersih dulu sebelum kita masukan pada botol lain. Seeloknya sediakan cawan berisi air bersih kalau jauh sangat nak berjalan pergi dapur cuci.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tiada Ubat Batuk & Selesema Bayi Bawah 6 Bulan, Teknik Chest Physio Berkesan Cairkan Kahak
Baca juga: Walau Demam Dah Kebah, Ibu Kena Teruskan Antibiotik Anak Sampai Habis, Doktor Kongsi Akibatnya!
Baca juga: Lepas HFMD, Doktor Minta Ibu Waspada Musim Demam Influenza, Ramai Anak Jatuh Sakit!