Cara Berpantang Selepas Bersalin Menurut Islam, Ini Manfaatnya!

Cara Berpantang Selepas Bersalin Menurut Islam, Ini Manfaatnya!

Cara berpantang selepas bersalin sebenarnya lebih kepada ada orang melayu dan bukannya wajib menurut ajaran agama Islam. Ini yang anda perlu tahu.

Cara berpantang selepas bersalin sebenarnya lebih kepada ada orang melayu dan bukannya wajib menurut ajaran agama Islam. Namun ada beberapa perkara yang dilakukan ketika pantang menyamai dengan apa yang disarankan oleh Islam. 

Pantang tidak boleh keluar rumah, tidak boleh mandi kepala, kena mandi herba, bertungku dan berurut semua itu lebih kepada penjagaan kesihatan menurut orang tua-tua dulu. 

Malah tempoh berpantang yang dikatakan selama 44 hari atau 60 hari itu adalah berkaitan dengan tempoh maksimum nifas keluar. 

Darah nifas akan kering dalam sesuatu tempoh, jadi sepanjang tempoh itu, dalam Islam wanita yang bersalin tidak boleh bersolat. 

Menurut mazhab Hanbali, 40 hari tempoh maksimum yang ditetapkan, manakal mazhab Syafie pula menetapkan 60 hari sebagai tempoh maksimum pengeluaran darah nifas. 

Cara berpantang selepas bersalin menurut Islam

cara berpantang selepas bersalin credit to sources

Jadi adakah wajib untuk bertungku dan mengamalkan adat berpantang ini menurut Islam? Sebenarnya tidak sama sekali. Ini kerana, orang tua-tua kata perlu bertungku supaya rahim cepa kecut. Tapi rahim memang akan mengecut selepas anda bersalin, cuma lambat atau cepat sahaja. 

Hormon oksitosin yang dirembeskan ketika penyusuan badan boleh membantu mempercepatkan proses pengecutan rahim. 

Jadi dalam tempoh berpantang ini apa yang disarankan?

Cara berpantang selepas bersalin terbahagi kepada 3 iaitu wanita yang bersalin perlulah mendapat rehat yang cukup, mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang serta penjagaan luka akibat bersalin. 

#1. Rehat secukupnya

Tidak kisahlah sama ada anda percaya dengan adat berpantang atau tidak yang pasti ibu selepas melahirkan bayi perlu mendapat rehat yang cukup. Ini bagi memulihkan semula kesihatan badan yang kehilangan banyak nutrien saat melahirkan bayi. Malah dalam tempoh ini juga ibu perlu bertenang dan sihat dari segi mental. Perubahan mendadak selepas mempunyai bayi adalah satu fasa yang sangat ‘overwhelming’.

Perasaan anda akan bercampur baur, lagi-lagi untuk ibu yang terpaksa berpantang sendiri dalam tempoh PKPB ini. Ibu kandung atau ibu mertua tiada untuk memberi pertolongan. Hanyalah suami boleh diharapkan ketika ini. Jadi bila mana bayi anda tidur, waktu itulah anda perlu berehat dan turut tidur secukupnya. Tak lama pun tak mengapa janji anda punya waktu untuk rehat seketika. Ia amatlah penting untuk kesihatan mental anda. Jika tak mendapat rehat yang cukup ada kemungkinan boleh demam dan terkena meroyan.

#2. Pemakanan seimbang

cara berpantang selepas bersalin credit to sources

Perbanyakkan nutrisi dalam pemakanan anda, jangan ambil mudah dan jangan cari alasan berpantang untuk anda elakkan pemakanan yang pelbagai. Faham waktu ini anda tentunya komited untuk mengembalikan bentuk badan sebelum mengandung, tapi jangan sampai memudaratkan anda dan bayi. Ada ibu yang serta merta ingin berdiet ketika pantang kerana berlumba-lumba mahu tampak seperti selebriti yang selepas bersalin.

Mereka pakai ‘filter’ dan bersolek saja, jangan percaya sangat. Tiada siapa terus nampak cantik dan terus sihat 100% selepas bersalin. Jadi ambil sayur-sayuran, buah buahan yang berserat tinggi sepanjang berpantang. Ia juga bagus bagi mengelakkan anda sembelit ketika ini. Minum air dengan banyak juga satu cara yang bagus menangani sembelit malah ia juga beri kebaikan untuk badan anda yang kehilangan banyak air dan darah ketika bersalin.

Jangan ikut sangat pantang larang orang tua-tua yang menghalang anda minum air banyak, takut nanti rahim kembang. Tiada bukti saintifik mengenai itu. Ingat kata Dr Amalina Bakri? Rahim kita bukan span tau boleh kembang-kembang sebab air. 

#3. Penjagaan luka

cara berpantang selepas bersalin

Tidak kira sama ada anda menjalani proses bersalin normal atau czer. Anda perlu menjaga luka anda dengan baik. Elakkan membuat kerja-kerja berat dan lasak. Ingat anda tak mahu jahitan luka anda terbuka atau terkoyak, perit untuk anda alami waktu berpantang lebih lama tau.

Sentiasa jaga kebersihan luka, itu juga penting. Setiap kali selepas mandi ambil tuala kering atau tisu untuk anda lapkan bahagian luka sehingga kering, kemudian baru memakai seluar dalam. Jangan lupa oleskan iodin pada bahagian luka, ia dapat mempercepatkan proses sembuhan. Ada juga yang kata tak perlu, tapi terpulanglah kepada anda. 

Sumber: Hello Doktor

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Nur Izzati

Artikel(Cerita)
app info
get app banner