TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Daftar ASB Online Dan Panduan Semakan Dividen/Baki

3 min bacaan
Cara Daftar ASB Online Dan Panduan Semakan Dividen/Baki

Siapa yang ada akaun ASB tetapi tidak tahu bagaimana cara daftar ASB online, rujuk artikel ini untuk kegunaan di masa hadapan.

Jika anda sudah mempunyai akaun ASB masih belum mendaftar akaun online, kami kongsikan cara daftar ASB online dan panduan semakan dividen/baki/ tanpa perlu pergi ke kaunter.

Isi Kandungan

  • Cara Daftar ASB Online
  • Cara Buat Semakan Baki / Dividen
  • Cara Buat Pengeluaran ASB Online
  • Waktu Operasi ASB Online
  • Aplikasi myASNB

Cara Daftar ASB Online

1. Pergi Ke Laman Web myASNB

Pendaftaran boleh dilakukan melalui laman web myASNB iaitu https://www.myasnb.com.my/

2. Tekan Butang Daftar

Tekan butang ‘Daftar Di SIni’. Baca dan fahamkan terma & syarat (T&C) yang ditetapkan. Tandakan kotak dan klik ‘Setuju’.

3. Isi Butiran

Isikan semua butiran penting yang diperlukan seperti yang tertera.

4. Masukkan kod TAC

Selepas itu, anda diminta untuk mengesahkan nombor telefon bimbit sepadan dengan nombor yang didaftarkan dengan akaun myASNB.

Kod TAC akan dihantar melalui SMS. Sekiranya tidak berjaya, klik ‘Hantar semula TAC.

5. Cipta akaun myASNB

Anda boleh memasukkan ‘Username’ atau ID Pengguna. Masukkan frasa selamat dan pilih dan jawab soalan keselamatan seperti yang diberikan.

6. Log Masuk

Setelah pendaftaran berjaya, kata laluan sementara akan diberikan untuk log masuk untuk kali pertama. Tukar kata laluan yang baru untuk tujuan keselamatan. Log masuk semula dengan menggunakan kata laluan yang baru dibuat.

Kini anda boleh menggunakan aplikasi myASNB untuk menyemak baki dividen, menambah duit atau mengeluarkan dividen.

Cara Buat Semakan Baki / Dividen

Untuk membuat semakan baki atau dividen dalam akaun ASB secara atas talian pula, ikut langkah mudah seperti yang berikut:

  • Log masuk ke https://www.myasnb.com.my/
  • Klik ‘Akaun Saya’
  • Jumlah baki terkini akan dipaparkan
  • Muat turun penyata bagi tahun terkini atau tahun sebelumnya jika perlu

Cara Buat Pengeluaran ASB Online

Kini, had pengeluaran ASB Online menerusi aplikasi myASNB dinaikkan kepada:

  • Jumlah maksimum untuk pengeluaran dalam sebulan: RM2,000
  • Jumlah minima untuk sekali pengeluaran: RM100
  • Hanya 3 transaksi sahaja dibenarkan dalam tempoh sebulan.

Berikut merupakan cara buat pengeluaran ASB secara atas talian:

  1. Log in ke aplikasi myASNB atau portal MyASNB https://www.asnb.com.my
  2. Tekan ‘Portfolio’. Pilih dana yang ingin dikeluarkan.
  3. Tekan ‘Transaksi’. Pilih ‘Jualan Balik’.
  4. Pilih ‘Seterusnya’.
  5. Isi maklumat dan buat pengesahan pengeluaran berdasarkan maklumat akaun bank.
  6. Duit akan dimasukkan ke akaun simpanan kita dalam masa satu hari bekerja.
  7. Semak semula jumlah duit yang dikeluarkan dari ASB jika mahu.

Waktu Operasi ASB Online

Waktu operasi myASNB adalah 24 jam sehari pada setiap hari. Namun begitu, terdapat waktu yang terhad untuk transaksi kewangan yang tertentu.

Antaranya:

  • Unit amanah harga tetap: Isnin – Ahad (7.00 pagi – 6.00 petang)
  • Unit amanah harga berubah: Isnin – Ahad (7.00 pagi – 4.00 petang) tidak termasuk cuti umum.
  • Rujuk kepada cawangan ASNB dan ejen ASNB

Aplikasi myASNB

Dah tak perlu beratur di kaunter atau berurusan di pejabat, anda boleh menyemak dan mengemaskini akaun ASB sendiri dengan menggunakan aplikasi myASNB oleh Permodalan Nasional Berhad dengan lebih cepat dan selamat.

Download di pautan berikut:

myASNB : Google Playstore

ATAU

myASNB : Apple Apps Store

Semoga bermanfaat!

eCentral

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Buka Akaun SSPN Anak Secara Online, Semak Penyata & Bayaran

Baca juga: Cara Buka Tabung Haji Anak Secara Online Dengan Mudah, Boleh Daftar Haji Sekali!

Baca juga: Cara Buka Akaun ASB Anak Tanpa Perlu Beratur Di Bank Atau Pejabat Pos

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Cara Daftar ASB Online Dan Panduan Semakan Dividen/Baki
Kongsikan:
  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham