Bagi rakyat Malaysia yang bekerja dan memenuhi syarat wajib membuat pentaksiran cukai dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui Borang Nyata Cukai Pendapatan secara atas talian. Jika anda pertama kali mengisinya, di sini kami sediakan cara isi e-filing yang betul.
Isi Kandungan
Bila e-Filing 2025 Dibuka?
LHDN akan membuka e-Filing untuk Tahun Taksiran 2024 mulai 1 Mac 2025. Anda boleh mengaksesnya melalui portal rasmi ezHASiL.
Cara Daftar & Log Masuk e-Filing (Untuk Pengguna Baru)
Jika ini kali pertama anda menggunakan e-Filing, ikuti langkah seperti di bawah. Pastikan anda sudah mempunyai nombor cukai pendapatan.
Jika belum, anda boleh mendapatkannya melalui:
- Secara dalam talian: Layari Portal MyTax dan pilih e-Daftar.
- Secara fizikal: Pergi ke cawangan LHDN terdekat dan isi borang CP600.
Namun, bermula 1 Januari 2024, permohonan pendaftaran Nombor Pengenalan Cukai (TIN) bagi individu hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi e-Daftar di Portal MyTax.
Jangan lupa sediakan dokumen sokongan terlebih dahulu.
Untuk e-Daftar, dokumen yang diperlukan:
- Pasport
- Sijil Pendaftaran Perniagaan
Untuk pendaftaran secara manual (di kaunter LHDN):
- Borang CP600
- Kad Pengenalan
- Sijil SSM (jika berniaga)
- Penyata pendapatan atau slip gaji
1. Daftar Akaun MyTax
- Layari Portal MyTax dan pilih Nombor Pengenalan.
- Jika pertama kali log masuk, sistem akan meminta anda mendaftar Sijil Digital melalui:
- e-CP55D – Permohonan dalam talian.
- e-KYC – Pengecaman wajah melalui aplikasi MyTax.
- Aktifkan akaun melalui pautan e-mel yang diberikan.
2. Semak Maklumat & Sahkan E-mel
Pastikan semua maklumat yang anda isi adalah betul.
Jika e-mel betul, klik ‘YA’. Jika salah, klik ‘TIDAK’ dan kemas kini dengan e-mel baharu.
Pautan pengaktifan akaun akan dihantar ke e-mel anda. Perlu diingat, pautan ini hanya sah selama 2 hari sahaja! Jadi, jangan berlengah untuk mengaktifkan akaun.
3. Isi Borang e-Filing
1. Pilih jenis borang cukai:
- Borang BE – Individu bergaji tanpa perniagaan.
- Borang B – Individu dengan perniagaan.
- Borang M – Individu bukan pemastautin.
2. Masukkan maklumat pendapatan, pelepasan cukai, dan rebat yang layak.
3. Pastikan semuanya betul sebelum menghantar.
4. Aktifkan Akaun & Cipta Frasa Keselamatan
Seterusnya, aktifkan akaun dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor PIN.
Selepas berjaya log masuk, cipta frasa keselamatan, kemudian klik Setuju dan Hantar.
5. Daftar Masuk ke MyTax & Pilih Tahun Taksiran 2024
Sekarang, anda sudah boleh mula mengisi e-Filing!
Caranya mudah:
- Pergi ke Portal MyTax dan log masuk.
- Klik ezHasil > e-Filing > e-Borang.
- Pilih Tahun Taksiran 2024.
6. Pilih Status & Isi Maklumat pada Borang EA
Pilih status cukai anda dengan betul:
- Individu pemastautin
- Bukan pemastautin
- Bukan individu (syarikat, persatuan, dll.)
Isi maklumat berdasarkan borang EA dan semak sama ada anda perlu membayar cukai atau layak menerima bayaran balik daripada LHDN.
- Jika perlu bayar, buat bayaran segera.
- Jika ada lebihan, LHDN akan memproses bayaran balik dalam masa terdekat.
Langkah terakhir: Pastikan semua maklumat betul, tandatangan, dan klik Hantar untuk mengesahkan e-Filing.
7. Bayaran & Semakan Status
- Jika ada baki cukai perlu dibayar, buat bayaran melalui FPX, kad kredit atau di kaunter LHDN.
- Semak status bayaran balik cukai dan rekod cukai anda di MyTax.
8. Lupa Kata Laluan? Ini Cara Set Semula
Jangan panik! Anda boleh menetapkan semula kata laluan melalui:
- E-mel berdaftar atau nombor telefon berdaftar.
- Segera hubungi Hasil Care Line di 03-8911 1000 (Dalam Negara) atau 603-8911 1100 (Luar Negara).
- Hadir ke kaunter perkhidmatan LHDN.
Tips Penting Sebelum Mengisi e-Filing
- Kumpulkan semua dokumen berkaitan cukai seperti penyata gaji, resit perubatan dan dokumen pelepasan cukai.
- Simpan dokumen ini sekurang-kurangnya 7 tahun seperti yang disyaratkan.
- Hantar sebelum tarikh akhir untuk mengelakkan penalti.
Dengan panduan ini, proses e-Filing akan lebih mudah dan lancar. Jangan tunggu saat akhir! Ikuti cara isi e filing yang mudah ini dan hantar borang anda sebelum tarikh tamat dan simpan maklumat penting supaya lebih mudah untuk e-Filing tahun hadapan.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 9 Akaun Bank Untuk Anak Yang Terbaik Bagi Tujuan Pelaburan & Simpanan, Daftar Online Pun Boleh!
Baca juga: Bersedia Untuk Ajar Anak Menyimpan Wang Sendiri? Ini Tips Menabung Yang Boleh Anda Praktik Bersama