TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Risau Bil Elektrik Melambung Tinggi? Ini Tips Jimat Aircond Ketika Cuaca Panas

4 min bacaan
Risau Bil Elektrik Melambung Tinggi? Ini Tips Jimat Aircond Ketika Cuaca Panas

Bil elektrik meningkat kerana pendingin hawa lebih kerap digunakan semasa cuaca panas? Ini cara jimat aircond ketika berada di rumah

Musim gelombang haba yang melanda ketika ini menyebabkan kita lebih kerap menggunakan pendingin hawa atau aircond di rumah sepanjang masa. Namun begitu, ada cara jimat aircond yang boleh anda amalkan untuk mengurangkan bil elektrik pada bulan ini. 

Sebelum itu, tips yang bakal dikongsikan adalah bergantung kepada beberapa subjektif yang perlu diambil kira seperti tahap keselesaan individu yang berbeza dan kondisi aircond itu sendiri sama ada berada pada tahap prestasi yang optimum.

Isi Kandungan

  • Cara Jimat Elektrik Guna Aircond Rumah Dengan Berkesan
  • Sebab Bil Elektrik Tinggi Selain Cara Jimat Aircond

Cara Jimat Elektrik Guna Aircond Rumah Dengan Berkesan

Risau Bil Elektrik Melambung Tinggi? Ini Tips Jimat Aircond Ketika Cuaca Panas

1. Tetapkan suhu aircond kepada Mode ‘Dry’

Cara jimat elektrik guna aircond yang terbaik adalah dengan memasang aircond pada suhu 16℃ dahulu sekurang-kurangnya selama 45 minit, sebelum mengubah kepada 24℃.

Cara ini dapat mengekalkan suhu sejuk tadi walaupun pada suhu bilik. Membiarkan aircond hanya berada dalam suhu 16-18 ℃ akan memaksa kompresor untuk bekerja lebih kuat apatah lagi ketika cuaca panas sekarang. 

Kesannya, bil elektrik akan naik mendadak.

2. Pastikan ruang edaran udara sentiasa tertutup 

Untuk membolehkan ruang cepat sejuk dalam masa yang singkat, tutup semua tingkap, pintu dan ruang edaran udara yang ada. Ia bagi memastikan udara sejuk kekal lebih lama. 

Sebelum guna aircond, lebih baik jika anda menyejukkan ruang terlebih dahulu dengan membuka tingkap dan pintu seketika. Cara ini membantu untuk mengurangkan rasa bahang dan panas udara yang terperangkap. 

3. Cara jimat aircond: Pasang kipas dan tetapkan timer pada waktu malam

Cuaca ketika waktu malam mungkin tidaklah sepanas ketika siang hari. Sebagai alternatif lain, pasang kipas pada waktu malam untuk menyejukkan ruang dan membantu pengedaran udara dengan lebih baik.

Sekaligus, dapat mengurangkan penggunaan aircond secara berterusan dalam tempoh yang lama. Jangan lupa tetapkan timer untuk ditutup secara automatik apabila bilik rasa sejuk.

4. Servis atau cuci aircond secara berkala

Cuba cek bilakah kali terakhir anda servis aircond di rumah? Bukan bila tunggu dah tak sejuk atau kurang sejuk baru nak buat servis tau! Pembersihan aircond secara berkala setiap 3 atau 6 bulan membolehkan aircond berfungsi dengan baik. 

Ia juga akan mengelakkan dari penggunaan elektrik yang lebih banyak berbanding pendingin hawa yang tidak diselenggara akan menyebabkan habuk terkumpul dan kurang rasa sejuk.

5. Tutup suis utama apabila tidak digunakan

Perkara yang selalu orang tak sedar adalah terlupa menutup suis utama setelah menutup suis aircond. Seeloknya pilih aircond jenis inverter lebih jimat elektrik.

Cara yang betul untuk tutup suis aircond adalah tekan butang ‘off’ guna remote. Tunggu 10-15 minit. Kemudian tutup suis utama. Ia boleh mengelakkan risiko aircond cepat rosak dan mengurangkan bil elektrik bulanan.

6. Pilih aircond ikut saiz ruang

Keluasan rumah dan saiz ruang juga memainkan peranan penting untuk memastikan kecekapan tenaga pada aircond tersebut. 

Saiz Bilik Kapasiti Aircond (Horse Power)
4 x 4m 1.0 HP atau 1.5 HP
4.5 x 5m 1.5 HP atau 2.0 HP
5.5 x 5.5 m 2.0 HP atau 2.5 HP
6.5 x 6.5m 2.5 HP atau 3.0 HP

Sebab Bil Elektrik Tinggi Selain Cara Jimat Aircond

Risau Bil Elektrik Melambung Tinggi? Ini Tips Jimat Aircond Ketika Cuaca Panas

Selain penggunaan aircond dalam tempoh yang lama secara berterusan, terdapat beberapa sebab yang menyebabkan peningkatan elektrik terjadi.

Antara sebab yang menyumbang punca bil elektrik naik mendadak ialah:

  • Berlaku kerosakan pada meter.
  • Kerap menggunakan mesin basuh.
  • Tidak menutup lampu selama 24 jam.
  • Mempunyai peralatan elektronik lain dengan kompresor tinggi seperti penapis air.
  • Tidak mencabut plug yang tidak digunakan.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Jenama Aircond Terbaik Untuk Bilik Tidur Dan Ruang Tamu Di Rumah Anda

Baca juga: Rumah Sejuk Tanpa Pasang Aircond, Wanita Kongsi Cara Bajet Hadapi Cuaca Panas

Baca juga: Bimbang Bil Elektrik Akan Naik Melambung Ketika Cuaca Panas Bahang Sekarang Ini? Ini Cara Jimat Elektrik Guna Aircond

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Risau Bil Elektrik Melambung Tinggi? Ini Tips Jimat Aircond Ketika Cuaca Panas
Kongsikan:
  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham